Wednesday, July 15, 2009

Labuan Part 2

Perjalanan kami bermula dgn menziarah ke World War II Memorial (Labuan War Center). Padang yg sgt luas dan cantik. Terletak di Jln Tanjung Batu. Terdapat 3,908 kubur askar2 Australia dan British yg terkorban semasa perang dunia kedua. Tp dgr ceritanya batu2 tu hanyalah simbolik..di bawah tanah tersebut tiada mayat. Agaknya sebab dgr cerita tulah we oll berlari-larian, melompat2 smpi x ingat itu kubur? Org labuan...ada mayat ke kat situ? Huhuhu...

Lepas tu we oll singgah di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Apa ada di sini?

Ada ikan..hidup dan mati..more like cam kehidupan marinlah. Ada udang kara/lobster yg besar..belut yg besar..dan rangka ikan paus serta ikan dugong. Mimi sgt teruja di sini...fifi mana? Tido dlm kereta dgn sis Tina.

Lepas tu we oll pergi ke Labuan Peace Park. Mmg sgt2 peace. Hahaha..xde org. Terletak di Layang-Layangan. Terletak bersebelahan dgn Surrender Point di mana askar Jepun menyerah diri kepada Askar Australia. Sejarah lebih lanjut leh rujuk sini.

Nmpk x posing dgn 'handbag' biru di tangan? Handbag tu baru bangun tido. Still mamai.

Berhampiran dengan Peace Park..ada pantai. So, we all saja2 lepak jap amik angin.

Setelah berpusing2 sesat di Labuan..smpi ke Rancha-Rancha..kawasan perindustrian di Labuan, sampai ke Kg. Air Patau2 yg dilihat di tepi jalan sahaja...barulah we oll jumpa The Chimney. Wei..giler dlm kg nk masuk sini. Terletak di Tg. Kubong. Ketinggian Chimney 106 kaki dan dibina menggunakan 23,000 batu bata merah. Lg sejarah Chimney? Baca sini.

Keluar dr Chimney kami menuju ke Pantai Pancur Hitam. Komen sy? Pantai2 di Terengganu lebih cantik. Hehehe...niat di hati nk tengok matahari terbenam. Nan ado. Dia terbenam sebelah lain..wakaka. Sedih2...huhuhu...

Ni gambar view dari bilik hotel kami. Oh, ye..kojah menginap di hotel lain ye. Hotel kami sgt dekat dgn Financial Park. Yg merah tu Library Labuan dan Balai Polis Labuan. Mlm tu we all dinner berhampiran medan selera Financial Park. Sbb sy kena serang gastrik dan fifi dh melaburkan 'emas'nya, sy terus balik ke hotel. Langsung tidak singgah ke Financial Park. Ada sedikit kekesalan di situ..kerana langsung tidak membeli Fridge Magnet...hatta utk diri sendiri. Coklat? Lagilah. Lepas makan bersama kojah, sy terus balik ke bilik hotel utk berehat dan membersihkan diri.

Komen sy tentang Labuan...drive sahaja. Kamu tidak akan sesat. Kerana ianya hanya pulau kecil. Rumah2 di Labuan..sangat cantik. Rumahnya besar2. Ramai OKK (Orang Kaya2) di situ. Sy juga x dpt jumpa Husna (blogger..tp blog dia private). Dia bz dan tidak berkesempatan. Org2 di Labuan..ramah2..cantik2..putih2. Food? Tawar..tp dorang ada letak kicap, garam, sos, segala mcm atas meja. U oll add sendiri. Harga? Lebih kurang di KL. Tp seafood meriah. Ikan siakap hanya dikira RM8 seekor. X pakai kilo cam KL. Rasa? Bolehlah...tp dorang hidang x disertakan dgn senduk tau. Kautlah sendiri ngan sudu masing2. Adakah sy akan kembali ke Labuan? Mungkin tidak...sbb dh abis round. Hehehe...tp kalo free..mauk aja.

Penutup n3 Labuan...lihatlah sy auntie n uncle2. Tantek x? Nti mama stori trip to KK pulak ye. Tata..titi..tutu!!

15 comments:

kak, nanti email pix yg ada muka sy leh x?nie email sy, zif_1006@yahoo.com
 
wahhhh deeeeeeeeeeee....bess nyerrr.....sampai lentuk2 si kecik tu tido.....
 
emm =)
 
mana nak beli itu 'handbag' biru..
berkenan lah i *ahaks*
kalo drive sendiri lagik puas hatikan...segala ceruk leh jelajah :)
 
weh nice view..n3 ni tade gambo makanan jugakkk
 
syg la dee x dpt singgh beli fm.. klu x aku dh dpt fm dari labuan.. hehehe...
 
Wow wow.. jeles nih... cuti-cuti.. Dee.. ade any buah tangan untuk I ke tak nih? hehhee
 
bestnya u! hubby tak ikut ekk...nmpk enjoy sume
 
hahhaa..see..labuan takde ape2 kan..nak soping pun takde sgt..ccoklt aje la kan...:(

sorry akak..
 
wow weee...besnyer jenjalan!!!
dee, slim la kamu...
heheh kesitu lak komennyer pegi kan..
 
murahnya ikan siakap ye dee..

ya lah ..dee kan..dah abis pusing..kalo org banjer ..kty pun nak ikut tau..
 
oh... sgt seronok tgk.. oh lauk2 nya tak berapa best ya.. emmm gitu plak
 
lalala handbag biru tu boleh pinjam tak.. Huyyo ikan siakap very the cheap ye.. best arr kat sane
 
kojah: next week akak emel..

faizah: tulah..penat dia tuh..

kf: berangan ke kf..

rasp: handbag biru x jual di tepi2 jln..homemade ye..wakaka..

za: aku x pikir dh nk amik gambar..aku mkn je terus..kihkihkih..

zana: xde rezekilah tuh..

bspotgurl: ntah..ada kot..hehehe..

lily: girls trip..no male allowed..hahaha..

husna: no prob..husna kan bz..xde rezeki kita nk jumpa..

tinie: hahaha..slim eh..gemuk gak nih..

kty: tulah..seafood murahlah..

cutemiut: x sesedap yg kita biasa rasa di semenanjunglah..tp bolehlah mkn..

finee: pinjam? bole aje..brp ari nak? hehehe..
 
huhu..
seronok betul tengok pantainya ^^ best tak pantai tu? ombak besar ke tak?


p/s: nk luncur air..haha