Friday, July 31, 2009

Menari Lagu MJ...


Saksikanlah video yg x reti sy nk tegakkan ni. Anak buah sy yg dpt captured si fifi tgh menari lagu michael jackson.

Ini sarapan sy tadi...sarapan nasi lemak kari telur...kat Cosway. Sedap!!

Ini pulak bekal utk lunch sy nanti..msk mlm td sambal petai udang tu. Arini sumer org jgn jumpa sy tau..hahaha...



Lastly, hope you have a relaxing weekend ya!!

Thursday, July 30, 2009

Jom Makan..Org Belanja...

Salam suma. Smlm lunch ada org roger2..nk belanja sy mkn. Mkn kat ner..kat The Lodge..tepi swimming pool. Sib baik x bwk swimsuit..kalo idak terjun dh. Hahaha...

Org yg belanja tu...tu hah..pakai baju pepel. Sweet je. Susah owh..mau tangkap sama ini org. Sis..thx belanja tau. Moga murah rezeki sis selalu..sis mana ni ek...alah sis Rasplah. Yg baik hati, baik body budi. Jangan gosok mata anda..sy mmg dh gemuk..n rambut mmg dh cantas. Mana x gems...asik makan je. Tgk bloglah..hahaha..

Eh...x ketinggalan..blogger tegar n semi tegar yg ada di sekitar perlu diajak sama memeriahkan keadaan. Sis zana n sis lina. Wah...ber'sis-sis' lak arini. Ber '4' kami..lunch together-gether.

Deretan air yg cam keretapi Thomas & Friends...me-lime juice, rasp-ice lemon tea, lina-longan n last skali zana-carrot susu.

Ni favourite dish sis Rasp...dia order..sy pun order benda yg sama..nk gak try..sedap. Fried Beef Kuew Tiow with gravy...salah kalu..i'm sorry. X ingatlah sumer nama food..tau makan je.

Ni food zana...Chicken Chop...sy curi sket fries dia...

Ni pulak Bangkok Fried Rice lina..sy curi gak sket..wei..camana x gems..yg hak sendiri licin...cilok lagi hak org. Hahaha...semuanya sedap...tambah2 lagi bila ada org belanja. Kihkihkih...apa nk mkn lunch ni nanti eh? Emmm...emmm...lina jom gi pekena roti nan n tandoori chicken kat NZ tghari ni!! Ahaks!! Chow!!

P/S: Ada sessi tukar2 hadiah..u oll tgk kt blog dorang eh..sy x dpt. Sy dh ckp ngan rasp...we hv to stop this..kalo x sepjg tahun sy ngan dia dok balas2 hadiah...bila nk abis? Tell me..tell me...

Wednesday, July 29, 2009

Penatnyer...

Salam suma..Ya Allah..penatnyer sy. MasyaAllah..meja sapa lah ni ek. Hahaha..meja yg sepah tandanya org tu bz. Kalo kemas tu..xde kejelah tu...hihihi. Nmpk cek tu? Ada sapa2 mau sy tulis nama? Yelah tu..mau sy kena lepuk ngan bos ni karang. Pastu bos ckp..bole2..potong gaji awk..hahaha...cari nahas je.

Sejak 2, 3 ari ni sy mmg suka sangat mkn pistachios ni. Mmg suka dari dulu. Tp ada org ckp x elok mkn byk2. Ye ke? Ada sesapa tau? Leh share info. Takut lak jd kacang antu ke..hihihi...

Ni baju sy beli dari abang ipar sy. Jgn x caya..dia mmg dealer..jual baju, cadar dsb. Dulu kakak sy..tp kakak sy dh suam2 kuku. Abg ipar plak yg ligat. Eh...cantik2 tau..lg murah dari beli online..less than RM25 ok.

Ni pun dari katalog tulah...puashati..murah n cantik. Cantik ke? Wakaka..perasannyer sy.

Semlm jumpa lina...dia bagi gift...suker..cute je.

Slalu letak gambar food..kecik je kan..cam x puas tgk. Ni saja letak besor2..ni maggi sup sy mkn ngan lina smlm kat NZ Curry House. Hahaha..percayalah walaupun maggi..tp sodap.

Last but not least, yong tau foo kg pandan yg femes emes. Sedap u oll...smpi menjilat jari. Oklah..nk rehat2 arini. Daaa!!!

Tuesday, July 28, 2009

Tips Mengenali Lelaki Idaman...

Salam...selamat pagi. Arini sy nk buat preview sket pasal buku. Maybe ada yg tau sy mmg minat membaca. Bukan terhad kepada novel je tau. Adalah a few motivation books yg sy beli. Tp dlm byk2 buku motivasi ada satu penulis ni..dia lelaki. Nama beliau Abd. Jalil Ali. Ini semua adalah kompilasi artikel beliau yg pernah tersiar di majalah Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan Midi. Mmg lucu. So, sy share sket je..dari buku kedua beliau Teh Tarik Kurang Manis. Buku pertama bertajuk Asam Garam, Gula & Kopi pun best juga. Yg terbaru, Kopi O Tanpa Gula. Pakcik Zino dh ada ni..leh ar pinjam...hehehe.

Salah satu tajuk yg menarik ialah tips mengenali lelaki idaman. Korang baca tau..lawak. Sebahagian je ni.

1. Jgn mudah percaya cinta seorang lelaki.

Harus selalu diingat bahawa ada 1001 jenis mamat di luar sana yg bersedia utk memberikan cintanya kpd sesiapa shj, tidak kira anak dara, janda atau isteri orang. Lelaki jenis ini mudah menawarkan cinta. Baru sekali date dan belanja menonton filem Hindustan, sudah mengaku tertawan. Janji temu kali kedua dan setelah menjamu rojak buah sambil menghirup ABC, dia terus menyatakan I love you!.. Kalau dia mudah memberi cinta kpd anda, dia juga murah memberi cinta kpd org lain. Bagi lelaki spt ini tidak ada cinta sejati. Yg ada hanyalah cinta kacang putih yg boleh ditaburkan di mana shj. Sekali anda terperangkap dlm cinta palsunya, anda mudah menyerahkan apa yg diminta. Gelang emas, subang, duit dan segalanya.
Jauhi mamat seperti ini.


2. Jangan mudah termakan puji.

Mmg lelaki suka memuji. Tetapi, kalau pujiannya itu tidak munasabah, itu ertinya dia hanya ingin memperdaya anda shj. Fikirkan sama ada pujian yg diberikan itu menepati keadaan diri anda. Kalau dia kata,"Pinggang ayang ni ramping mcm biola," sedangkan hakikatnya ialah tubuh anda bulat seperti buah nangka, itu ertinya pujiannya tidak ikhlas. Atau, dia mungkin memuji,"Wajahmu licin seperti pauh dilayang, izinkan aku menjamahnya..." Sedangkan pipi anda penuh dengan jerawat batu, itupun komen yg tidak jujur. Sepatah kata org, sendiri mahu fikirlah! Lelaki ini dari spesies serangga perosak.
Jauhi lelaki seperti ini.

3. Jangan mudah terpengaruh dgn janji2 manis.

Ramai lelaki yg pandai memujuk dan memikat dgn janji2 manis. Kalau dia berjanji akan membelikan sports car sedangkan dia sendiri memandu kereta model tahun 70-an yg exhaustnya bocor dan enjinnya semput spt harimau lapar, jgn percayakan dia. Jika si teruna berjanji akan membelikan intan berlian utk membalut seluruh tubuh anda, ujilah keikhlasannya dgn berkata, "Boleh x abang belikan cincin emas sebesar anak mancis skrg?" Kalau cincin sebesar anak mancis pun dia tidak terbeli, mana dia hendak cari duit utk membalut tubuh anda dgn intan berlian. Percayalah ianya hanya cakap kosong. Dan, ingatlah dlm byk kes selalu terjadi 'cakap x serupa bikin!'

4. Adakah lelaki idaman anda menepati waktu?

Biasanya janji temu yg pertama, kedua dan ketiga, mmg tepat. Malah, yg pertama lebih awal dari waktu yg dijanjikan. Kalau janji tunggu di hadapan pawagam jam 6 ptg, pukul 4.30 ptg dia sudah ada. Tetapi, yg keempat mula nmpk tersangkut. Janji pukul 6, dia tiba 6.30. Kelima, keenam dan seterusnya selalu lewat, kdg2 'kantoi' terus tidak nmpk btg hidung. Memang dia akan memohon maaf, membongkok hingga 90 darjah sambil memberi bermacam2 alasan: jalan sesak, ada kereta masuk parit, tayar kereta pancit, senak perut nak pergi tandas, tok wan buat kenduri utk ke Mekah, hantar anak kak long ke klinik sebab buah saga termasuk dalam hidung, bla..bla..blah. 1001 alasan boleh diberikan. Org mcm ini tidak kira macam mana kacak pun dia patut dinyahkan segera. Kalau nasib tidak baik, pada hari pernikahan dia tidak muncul2, majlis pun boleh haru-biru.

5. Sesetengah mamat selalu datang dgn berbagai2 kisah duka.

Biasanya kisah sedih itu ialah perihal dia putus cinta dgn makwe yg dulu. Makwe mata duitanlah, "sekarang ni abang dh papa kedana, makan mi segera pun tak mampu!" Atau dia bercerita mengenai adiknya yg hendak masuk IPTA tetapi duit x cukup. Motosikal kapcai telah dijual, barang emas telah dilelong, tetapi masih tidak cukup duit utk hantar adik ke universiti. Ada kisah lebih tragis, ibunya jatuh tangga ketika hendak mengambil air sembahyang waktu subuh. Sudahlah terjatuh, terpijak pula lipan bara sepanjang dua jengkal..Ibu masuk hospital, kini ICU. Kalau sekali jumpa ada kisah sedih, boleh percaya. Tetapi kalau setiap kali ada janji temu, ada sahaja kisah sedih, jangan percaya. Itu semua drama sebabak untuk mendapat simpati anda. Lelaki ini boleh menangis teresak-esak utk menyakinkan anda dgn kisah sedihnya. Dia sebenarnya boleh dicalonkan sebagai pelakon air mata terbaik dalam Pesta Filem Malaysia. Biarlah dia menangis hingga basah baju, itu hanyalah tangisan sang buaya.

Saya percaya ramai wanita atau gadis telah mengetahui 5 perkara yg disebutkan di atas. Tetapi, kaum Hawa selalu lembut hati, walaupun tahu ada perangkap maut dan jerangkap samar, mereka percaya juga pada kaum Adam yg mempunyai ciri2 negatif itu. Sebab itu ramai wanita yg merana setelah berkahwin.

Cinta sejati sukar diperolehi zaman ini. Sekadar panduan, cinta yg murni tidak akan dilafazkan sesuka hati. Kadang2 cinta kudus itu tidak pernah terkeluar dari bibir, tetapi dapat dirasakan hingga ke dasar sanubari. Kesimpulan: biarlah lelaki menabur cintanya di tepi jalan atau di dalam lif atau di mana sahaja. Wanita jangan mudah terpengaruh pada 'cintan-cintun' seperti itu. Lebih baik hidup tanpa cinta daripada dibelenggu cinta palsu.
Petikan dari buku Teh Tarik Kurang Manis..penulis Abd. Jalil Ali..keluaran Alaf 21.
Credit to Google for the lovely images...

Monday, July 27, 2009

Meeting Kojah...

Salam monday morning!! Hopefully u oll ceria2 selalu. Last friday, sy gi antar besday gift sis Rasp. Ni kiriman sis Nani Choc. Dh org mtk tlg..i gi lah antar. Nk harap sis Rasp lunch together-gether cam dulu2 tu mmg susah sesangat skrg ni. Sy gi ofis dia..mmg busy sesaja. Ni pun curi dia jap..5 minutes..amik2 gambar lagi. Hihihi...bukti ni nani..pesanan sudah dihantar. Hehehe...

Then, i rushed to Berjaya Times Square. Meeting somebody. Ajak dia lunch kat Penang Village. Suka deco dia..bila snap gambar suma jadi pink. By the way..minah tu pun mmg suka pink.

Nilah kojah. Sy nk tergelak tgk pinggan kojah tu. Mmg panjang u oll. Sy ckp ngan kojah..ko mkn cam dari Seremban ke KL je..hihihi.

Sy minum rose syrup with calamansi n kojah..ice lemon tea.

Kojah makan Beehon Chee Hor Fun with egg (betul ke x betul..taram saja)..n sy Penang Char Kuey Teow. Our dessert that day..Puding Sagu Malacca.....fuh sedap n manisssss....sesangat. Restoran ni kat level LG kalo x silap. Harga ok, layanan best, rasa food sedap...gi lah try.

Sebelum balik..haruslah amik foto sama2. Ni pun cubaan yg ke berapa kali pun x tau..ater..tangan ketor2 amik gambar. Kojah ada bg sy duit luar negara..sy amik Singapore Dollar je. Lupalah nk snap. Hehehe..thx kojah..teman akak that day. Nti kita lepak2 lg eh. Happy working to all of you!!

Friday, July 24, 2009

Fifi...Caught in Action!!

Aduhai...salam ari jumaat. Terkejut sy mula2. Nk gelak pun ada..ingat si kenit ni dok atas apa.

Hailah..skuter. Kalo ko leh jerit..ko dh jeritlah ye...sian ko.

Dhlah disepahnya 1 umah ngan brg2 mainan dia..duduk selamba je atas skuter tu. Ish..ish..ish...anak sapa lah ni.

Tengok tu..smpi jilat pinggan. Sedap sgt ke nasi + kicap tu. Budak kenit ni semakin ari semakin pjg akalnya. Kdg2 ilang sabar sy. Yelah..cucuk jari jemari dlm kipas yg berpusing. Sib baik xde apa2. Pusing2 tombol dapur tu..konon2 dia nk masak. Yg ni mmg sy selalu peratikan. Segala mak nenek reta kakak dia..dicampaknya kat luar tingkap. Aritu dia campak berus gigi dia. Terpaksa mama beli baru. Marah betul sy. Bukan marah kena beli baru...marah habit yg buang sampah ikut tingkap. Tong sampah ada xnak guna. Skrg ni kalo sy jegil mata..taulah dia jln gi sinki dapur buang. Main sampah dlm tong sampah kat bilik mmg favourite dia. Aritu kaki sangkut kt celah katil n kt kepala katil. Yelah..org dh tidur..dia main sorang2. Tau pulak ckp.."ma..ki atah". Mama..kaki patah. Eeeee....geram2. Sib baik dh nk ujung minggu kan.



So, to all my frens...happy weekend ye!! Enjoy!!

Thursday, July 23, 2009

Recycle Oh Recycle...

Last weekend, my hubby panggil org yg kutip brg2 lama tu kan. So, we oll let go suma brg2 plastik (bekas shampoo, dynamo, softlan, etc), paper lama, old magazines, basikal mimi yg dh rosak tu pun we oll let go.

Ada kat setahun ni hubby sy kumpul suma. Tp tin2 aluminum we oll x tolak..sbb dia amik murah. Tu..my hubby kata dia nk antor sendiri. Suker hatilah..jgn smpi my stor kat umah nk termuntah kuar baru sibuk nk jual. Ni pun dh lama sy bising. Simpan lama2 buat apa..menyemak je. Tpkan..punyalah byk jual ni..dptnya RM24 je. Jdlah..dari xde. Hehehe...

Gambar kucing jiran sibuk nk nyelit. Dia masuk my house senyap2.

Ni...si Reddy kucing Redmummy. Aritu lupa nk tepek..kasi dia glamer samalah..kehkehkeh. Ok, guys..nk gi buat keje. Month endkan...kira2 gajilah...kehkehkeh...selamat malam jumaat....oppss!!

Wednesday, July 22, 2009

Murahlah Rezeki Kalian...

Salam...selasa minggu lepas sy jumpa zana. Yelah..nk passing2 souvenir. Lgpun zana bz je...anak dia kan baru operation tonsil. Ajak dia lepak kat Wendy's sebelah my office. Wah..Wendy's ada new burgerlah...dia panggil stacker. Utk this promotion, sy dpt foc strawberry milk shake. Fuh...sedap!!

Sapa yg pernah terjah blog dia taukan..dia baru balik dr Cameron. Tulah..dpt souvenir dr CH...utk mimi n fifi pun ada. Cute2 sumanya....thx Zana!! Sy doakan dia dimurahkan rezeki...amin.

Ni pulak gift/souvenir dari sis Rasp. Dia kan baru balik dari Langkawi. Mmg susah nk jumpa sis ni. Sy gi ofis dia aritu pun nmpk ke'bz'an yg amat sgt. Sabar jelah ye sis...demi tugas. Anyway..ada lg coklat hershey's n daim. Dh abislah kena makan. Kehkehkeh. Pin comel2 tu utk mimi..sy nk amiklah..cute sgt....hehehe. Gurau je sis..mestilah bg kat budak2 tu..don't worry.

Semalam ajak nani choc temankan sy gi cari besday gift yg tertunda. Ada few frens yg sy masih x bg2 lagi. We oll mkn kat Sogo. Simple je. Nani mkn penang cendol, sy fruit cocktail..n popia crispy tu nani belanja. Thx nani.

Adik nani pun baru balik dari Cameron. Dpt souvenir lagi sy....best!! Tima acih!!

Ni kasut Sentini yg dirembat di Sogo semalam. Nani lah pujuk2 sy..katanya cantik. Sy beli jelah..sy suka pakai wedges. Sgt2 selesa.


Ni pulak "hadiah" yg paling best skali. Dari LHDN...hehehe..duit refundlah. X byk sket je. Rezeki...rezeki. Pada semua kawan2...sy doakan agar murahlah rezeki kalian ye. Amin....

Tuesday, July 21, 2009

Redglow & Redmummy...

Last Saturday, redmummy ada ajak sy join dorang gi Redglow Bangi. Pikir pya pikir..oklah why not. Lgpun sy dh lama nk jumpa Red..x berkesempatan. Asik bertukar kiriman dan hadiah saja. X perlulah sy jelaskan sapa Red ngan sy. Rasanya ramai dh tahu..blog dia kan ramai org terjah. Kawan lama yg sgt2 'humble'.

Ini Sara...org kuat Redglow Bangi.

Ni Mondoks...xlah..nama dia Adar..betul ke ni eja. Kalo salah ko sms ek Adar. Sgt2 friendly. Nice knowing u. Bulu mata dia...fuh..mmg cantik. First time jumpa tp mmg bestlah kenal dia. Org bangi gak nih.

Masa masuk je..dh nmpk MV. Ngan baju ijonyer..sapa x kenalkan. X sangka jumpa kt sini. Ingat nti jumpa kat event dia. Hehehe..terawal pulak pertemuan kita. Tp sgt2 seronok.

MV, Prebetsabu & Avin Damia. Dpt gak tgk joget Avin Damia yg sgt2 funny tuh. Comel sesangat.

Me with Rose..one of the GBMs..nice meeting her n her beautiful daughter..Mia.

Ni 2nd time sy jumpa minah lonjong ni. Mmg sgt2 tinggi. Dh moved to Senai for good. Dik..ko napa nmpk ayu je ek? Ye..inilah yan a.k.a diana-k.

With Daela...first time jumpa..friendly gak. Tp we oll x byk sembangkan..next time ek!!

The girls without redmummy. Ayuthesun..last2 xde gak gambar dee ngan ayu eh. Eeee!!

Aksi2 gegirl bersama mummynyer. Gegirl adalah sgt2 cepat mesra. Cute..like her long hair. Keje dia asik snappy2 je dlm keta. Bakal blogger tegar cam mummynyer nih.

Sy sgt2 terpikat ngan mekap si Red Diva nih. Cantikkan..n the bulu mata pelesu..kalo dia x ckp mmg sy ingat ori.

Bukan selalu berkesempatan jumpa Redmummy kan? So, sy snappy2 suma reta dia yg warna merah. Cantikkkk...n ada class u!!

Acara iringan selepas kuar dari Redglow. Kita minum dulu!!

Lastly, bergambar dgn kawan lama yg sy kenal ketika umur dia 17 tahun. Masih muda belia time tu. Tp sy sgt2 respek ini orang..dia masih ingat sy. Sy yg x ingat dia. Tulah..sapa kata Redmummy sombong. Oh...tidak2...gossipan anda suma tidak benar sama sekali. Dia sgt2 humble n baikhati...yg penting orgnyer bukan sombong eh. Thx..sudi invite dee join this event.

Ending this entry with this picture....blogger style lah..hahaha!! Thx to Ayuthesun sbb dialah dee dpt jumpa Redmummy live. Thx tumpangkan keta..n thx antar dee balik. Jasamu sahabat sgt2 ku kenang. Moga ayu dpt mengharungi apa jua cabaran dan ayu tabah mengharungi apa jua dugaan. Doa dee utk ayu...yg terbaik sahaja. Amin....