Thursday, April 29, 2010

Memang Kisah Tipah Je Ni..

Ok..sy nk buat pengakuan..mmg sy beli Mastika tiap2 bulan. Tapi bacanya x pernah habis..yg bulan lepas pun baca x abis...tp yg bulan baru tetap sy beli. Kali ni sy nk share Lawak Senyum Pisang dalam Mastika Oktober 2009.

Lawak 1

TIPAH baru beli kereta. Suatu hari Tipah memandu keretanya itu balik kampung. Di pertengahan jalan, keretanya rosak. Lantas dia berhentikan keretanya di tepi lebuh raya dan menelefon kawan baiknya, Moin.

"Bahaya tu, Tipah. Nnti kereta lain tak sempat elak..accident. Baik engkau pasang lampu hazard."
Tipah pun memasang lampu hazard.
"Dah pasang?" tanya Moin.
"Dah."
"Hidup tak lampu tu?"
Jawab Tipah, "Hidup..tak..hidup..tak..hidup..tak..."

Lawak 2

TIPAH di dalam kapal terbang. Setengah jam selepas penerbangan, kedengaran kapten pesawat itu membuat pengumuman. "Harap maklum, salah satu drp enjin pesawat ini mengalami kerosakan dan tidak berfungsi lagi. Akibat kerosakan itu, penerbangan ini akan terlewat sejam drp yang dijadualkan. Tapi jgn risau, pesawat ini masih ada tiga lagi enjin yang masih berfungsi.'

Setengah jam kemudian, satu lagi pengumuman dibuat, "Harap maklum, sebuah lagi enjin pesawat ini mengalami kerosakan. Kami minta maaf kerana penerbangan ini akan terlewat dua jam daripada jadual." Setengah jam selepas itu, satu lagi pengumuman dibuat oleh kapten. Dia memberitahu, enjin ketiga pesawat pula rosak. Penerbangan akan terlewat tiga jam dpd jadual asal.

Mendengar pengumuman ketiga itu, Tipah memandang ke arah penumpang di sebelahnya dan mengeluh. "Bosan betullah. Kalau satu lagi enjin rosak, maknanya kita akan terus terapunglah kt sini sampai bila-bila."

Alahai Tipah...

14 comments:

hahahaha tipah tertipu tertipu tertipah...hehehehehehe...
dah lama xbaca mastika..dulu2 masa zaman study rajin jugak baca mastika nie..tue pun pinjam member punya...
 
syok gak baca mastika ni. semua kisah ada..part fakta pelik tu ly suka!
 
alahai tipah..ko tenggelam bukan terapung hahahahahahhaahha..

tq dee dpt le saya sengeh ptg2 nie :)
 
hikhik... hidup tak hidup tak... lawak gile si tipah nih.. :P



komen i punya entry gak ye.. klik kuat-kuat kat sini >>Sebab-sebab Blogger takde Idea nak tulis Entry



 
alahai tipah...patut asyik tertipu ;)
 
hihihi sian tipah tau
 
Adei! Si Tipah ni... mau demam kalau dpt kawan mcm ni... hehehhe
 
ahahahahaha...aallllaaaaahhhhaaaaaaiiiiii tipah...

nik dah lama tak beli mastika..dulu tak pernah miss...tapi sebabkan makin mengarut2 isi dalamnya..dah stop beli mastika......
hubby plak kalau beli baca bahagian yang lawak2 macam sneyum pisang tu je...hihihi
 
kesian tipah terkotak katik!
 
dulu rajin jgk jd Regular cust. Mastika nih..siap kumpol..

sejak 2 menjak ni je cam terlepas pandang! InsyaAllah..nnt akan jd cust semula...huhuhhu!
 
hahahaha...kelakar..sabo je lah..

btw,kimmy follow ur blog ye dee...;)
 
hahahaha...roh la yg terapung pastu. tipah..tipah..
 
popular gak sitipah ni nnti, masuk paper, senarai mangsa..
 
aduhhh -- tipah = bersepai le