Tuesday, April 6, 2010

Tips Cover Malu...

Nak bagi tips ni..ceh..ceh..ceh..tips cover malu:-
  • Jika anda diketawakan rakan kerana tertidur di ofis hingga meleleh air liur basi, anda hendaklah terus bangun dengan keadaan separuh sedar!  Kemudian buat2 kena sawan sambil keluarkan lg air liur.  Gerenti member anda akan panik dan berhenti ketawakan anda!
  • Kalau anda tersilap menyapa orang yang tak dikenali, anda hendaklah teruskan menegur orang itu dan menganggap anda kenal orang itu dan terus bagi duit dekat dia.  Kononnya anda pernah berhutang dengannya.  Mesti dia mengaku anda kenalannya. 
  • Jika anda ditegur orang kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah: "Biar rosak zip, jangan rosak akhlak!"
  • Kalau anda bercakap sorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik!  Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan bercakap dan ketawa seorang diri sambil menyumpah member anda itu.  Tentu orang takkan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental kronik!
  • Jika anda tersilap masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat ialah anda perlu buat muka gelabah puyuh dan cemas sambil 'berlakon' menyatakan tujuan anda nak cari isteri atau awek anda yang dh sejam tadi masuk tapi tak keluar2 lagi!
Hahaha..ni semua sy ambil dari ruangan Senyum Pisang, Mastika April 2010.  Enjoy!!

17 comments:

ngeee....bleh di amalkan selalu ek
 
ahahaha....
 
kalu dah terjadi mmg selamba kodok jerla...pernah masuk keta org lain sbb nak cepat ingatkan keta boypren hampeh tul
 
hahaha.... bulih praktikla klu tjadi kt kita...
 
ekekekkeke..

meriah tips ni kalau di praktikkan!
ekekekke
 
hahaha..leh guna pakai ek
 
HEHEEHEH....tegelak2 wei....tang zip tu yg lawak....
 
ade yg leh follow..ekekekkeke
 
ahhahahahaah kita penah sekali salah nak naik keta..siap dah pegang pintu nak buka..jap lagi kena gelakkan dengan en suami jerk..hampeh betoi..memang malu la..dah la dekat kedai makan time tue...tapi nak kaber malu punya pasal buat2 cakap..eh cantik la keta nie..wkakakaka walhal sama jerk..kaler semua sama..hampeh jerk rasa..
 
alah bab no 1 tu pernah kena.tapi tak tahu tip lagi masa tu.gosok-gosok mata je, tapi malu toksah cakaplah.
 
hahaha mmg lawak.
ell ada gak..ni kalo jatuh

-kalo trjatuh tangga: terus bersilat seolah2 anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus..

-Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....

-Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

-Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

4 cukup lh eh..sekadar hiburan kan...

hv a nice day dee..:)
 
Sungguh menarik. Tapi yang paling menarik nak kena keluarkan airliur tu...hahaha..
 
hahhahaa..apa punya tips la...
 
'eh dik! nampak ada sorang budak pompuan masuk toilet ni tak tadi?'
Sambil wat muka risau..

'Dee!!! Dee!! jom balik diiikk, jangan nyorok dalam tandas ok..
abah dah tunggu kat keter nuuuu'
melaungkan ke siling nganharapan suara ku terpantul ke dlm toilet yg berkunci...



...adalah reaksi pocket kalau tersilap masuk toilet wanita dimasa yg akan dtG :D heheheheh
 
masa dpt email ni from my fwen, ketawa i dibuatnya....
tapi tips nie mmg leh guna ooooo hahahahahaa
 
dah ada yg di amalkan ke ? hehe
 
hahahaha..yg no 3 tu mmg kaver baeekkk punya..