Thursday, March 31, 2011

Interview Tips..

Ada seorang Hamba Allah meminta pertolongan daripada saya supaya war-warkan dalam blog tentang tips2 dan juga bagaimana menjawab soalan semasa sessi temuduga.  Well, tip2 berpakaian cantik, kemas, datang awal tu, x perlulah saya bagi kat dia.  Almaklum orangnya memang manis menawan, memang sentiasa cantik dan kemas.  Yang dia takut dan nervous giler ialah macamana nak jawab soalan2 yang cepumas seperti:-

1.  Why do you want to resign from your current company?  Katalah si cantik manis ni jawab, nak cari 'new enviroment'.  Dia takut orang tu tanya dia balik..'your current environment is not good enough or ok for you? why?'...haa...soalan mcm ni yang dia takut.  So, korang2 yang selalu pergi interview tu tolonglah bagi tips ye..camana nak jawab.  Yang benarnya mmg dia nak lari dari bos dan opismate yg sengal.

Dia dah 3 tahun tak pergi interview..ada ke dia tanya saya ni yang dah 12 tahun tak pergi interview.  Hahaha..memang susahlah saya nak jawab kan.  Saya bagi tips mcm ni je kat dia..ko pergi interview, ko anggap je macam ko pergi jumpa client.  Pergi jumpa bankers ke..so, xdelah nervous sangat.  So, nanti leh gelak2 sama ngan interviewer...hihihi.  Soalan berikut:-

2.  Boleh ke kita tanya..ada tak Family Day kat new company ni?  Pada saya boleh tanya, tapi jangan cakap Family Day, cakap what type of social activities do the company practice in order to build relationship among the staff and management?  Ha...so, nampaklah ko tak kebulur sangat dengan Family Day..hahaha.  Ko nak tanya, ada tak surau ke, bonus ke, increament ke, ko tanya.  Masa nilah nak pulun tanya.  Ada tak transport allowance, phone allowance semua tu.  Selalunya interviewer suka orang banyak tanya..tapi jangan over lak.  Nanti dia cakap dlm hati..sudah2lah tanya..aku byk keje lain ni..hehehe. 

Last, but not least, please tanya tentang gaji.  Itu yang penting.  Itupun kalo interviewer tak cakap.  Pernah sekali saya pergi tapi interviewer tak cakap, saya pun lupa nak tanya.  Dan lagi satu..kalo interviewer ko botak ke, pakai rambut palsu ke..tolong jangan gelak.  Interviewer saya dulu rambut palsu..saya mmg nak gelak tapi tahan je dalam hati.  Perempuan you..mmg cun habis..hihihi.  Lain2 mintak kawan yang tolong bagi kat kotak komen ye.  Or ko boleh juga google di sini, sini, sini dan sini.

P/S:- Jangan lupa study pasal background company..it shows that you are interested to work with them...GOOD LUCK!



Wednesday, March 30, 2011

I Love You..Eh..I Hate You..I'm Confused!

Credit to Google Image

Wah..talking about love-hate relationship memang takkan habis.  Macam what happened recently, my niece ada blog.  So, bila dia nak edit, dia tak berapa reti.  Masa dia tanya saya pun saya tak berapa pandai..nak2 edit background pictures.  Malas betul nak googlekan tutorial utk dia.  So, dia dengan baikhatinya pergilah tanya ex-gf kepada current boyfriend dia skrg.  Supposedly dia ngan ex-gf mamat ni baiklah kan..mmg xde masalah.  Dgn ikhlas hati bagilah email login and password.  Ex-gf dia ni pegi tukar password my niece..pastu pegi buat entry..yang kalau u oll baca pun rasa nak lempang2 je minah tu.  Tak padan dgn pakai tudung.  Link?  Tak payahlah..saya tak mahulah mengaibkan lagi anak buah saya tu.  Cukup2lah kami sekeluarga sakit hati dengan membaca entry tersebut.  Yang pasti, ex-gf tu tulis yg anak buah saya ni 'bohsia'.  Suka 'b*t**g besar sahaja.  Sapa2 nak terai bolehlah..disertakan sekali no handphone my niece.  Dahlah no tu my sis yg bagi.  Dekat blog ex-gf tu..dia tulis..dia dah berdamai ngan my niece.  Manusia jenis apalah ni.  Buat malu makpak je.

My niece dah lupa pulak tu login id dia.  Lagipun ex-gf tu dah tukarkan password.  Dah mintak tolong dengan kawan, still tak tau macamana nak retrieve.  Korang kalo terror hack account orang..tolong bagitau eh.  Memang nak delete the whole blog.  My niece tu pun kena marah dah kaw2.  Percaya sgt dengan kawan.  Lagi satu kena marah..sebab gambar yg diletak pun bukan main hebat.  Budak2 sekarang ni nak tegur kemain susah lagi.  Dikontrol sangat pun masalah, tak control lagi bermasalah.  Pening2..tak tahu dah nak buat camana.

Back to love-hate relationship...uiii..sekarang ni merata saya tengok.  I hate you lah..tp I mahu tahu pasal you.  Kelakar kan.  Pastu gaduh2 macam budak2.  Walhal semua dah makpak orang ni.  Dengki-mendengki ni udah2lah.  Takde bawak faedah.  Yang peliknya, orang yang takde mengena dlm cerita pun turut serta.  Yelah..nak kongsi dosa sama2 kot.  Kalo sorang2 je kawan dia tanggung tak best agaknya.  Kata kawan, kenalah share dosa sama2 kan.  Cukup2lah..orang lain yang tengok semua bertepuk tangan.  Tunggu je..what's next.  Sebagai manusia2 yang menuju kematangan, pendek kata dah semakin berumur, benda2 macam ni usahlah dilayan.  Manusia2 yang suka tumpang glamour..lagi kita layan lagi menjadi.  Tukang cucuk sate pun ramai ni.  Saya?  Tukang tengok je.  Oklah..gtg.  take care semua.  Ingat..hidup ini tidak lama.  Sempat ke kita minta maaf dengan orang2 yang kita musuh tu.  Dosa dengan Allah, boleh kita bertaubat.  Dosa dengan manusia?  Sendiri mau ingat.  Nasihat dari seorang kakak yang tua..ngehngehngeh.  Chow!

Tuesday, March 29, 2011

Aktiviti Mengisi Perut..

Last week, saya mundar-mandir di Midvalley.  Tujuan pergi nak bayar bil Digi je.  So, lepas tu dah 'blank' tak tau nak makan kat mana.  Kejadian 'blank' ni biasanya bila poket dah nipis, kalau poket penuh jarang2lah 'blank'..hahaha.  Tetiba nampak Auntie's Anne Spretzel.  So, grablah satu.  Ni Almond apa ntah..bolehlah, buat alas perut.  Rasanya yang coklat tu or cinnamon lagi sedap kot.  Perut dah suku isi, still rasa lapar.  Mundar-mandir lagilah..hmmmm.

Tetiba ternampak lak Ireland's Potato ni.  Shop ni dah lama ada tapi saya tak pernah singgah.  Oklah, moh singgah.  Sebab dah suku kenyang, kita order yang ringan2 je.  Oh, shop ni terletak depan Paddington House of Pancakes..dekat2 Tony Roma's tu gaklah.

Saya amik set RM15 consisting of Baked Potatoes ni..filling dia chicken.  Beef dah habis.  Sedap jugak.

Dan jugak potatoes balls ke or potatoes popcorn..saya lupalah nama dia.  Tapi kentanglah..dan juga air Sprite.  Kenyang perut jugaklah.  Tak perlu dinner lagi.  Korang kalau terserempak dengan saya di Midvalley, jalan sorang2, makan sorang2..tegur2 tau.  Saya memang kadang2 jalan sorang2 je.  No hal lah kan.  Balik umah pun senang je..dekat.

Ni last ar nak share hari ni.  Terbaca kat blog lieyalatif.  Eh..pengaruh blog ni besar kan.  Bawah opis saya ni Domino's.  Tak pernah saya tahu ada food yg sedap mcm lempeng pisang ni.  Dek kerana terbaca dan tertengok pic dalam blog lieya tu..saya telah membedal semua ni sorang2.  Inilah dia Banana Kaya from Domino's Pizza.  Sedap..mcm lempeng pisang.  Nak2 makan panas2.  Harga RM5.80.  Domino's ada new product..Chocolate Lava.  Macam yang ada di Secret Recipe tu...tapi sy tak pernah cuba lagi.  Nanti dah cuba saya bgtaulah sedap ke tidak ye.  Meanwhile, sila jamu mata anda.  Daaaa!!

Monday, March 28, 2011

Wow..6 Packs Tuh!

Korang yang malu2 tak payah ar tengok gambar2 ni..hihihi.  Ke malu tapi mahu?  Kehkehkeh.  Oklah, sepatutnya saya share picture ni tahun lepas lagi.  Tapi asyiklah terlupa.  Mau share sebab yang menang tu cousin saya, kalau takde kena mengena tak koser saya nak share..hehehe.
Kejohanan Bina Badan Kuala Lumpur ni diadakan bulan Jun, 2010.  Ko tengok sorang2..pergh..berkilat2 bodynya.  Kiranya ini untuk gelaran Mr KL 2010 lah.  Yang saya boh anak panah putih tulah cousin saya.  Tag no 44.
Ko tengok sapa yang menang.  Mestilah cousin saya tu.  Sy panggil dia abang Izal je.  Ini kategori Welter Weight.  Apa kategori2 lain tu..tidaklah saya tahu..hehehe.
 
Abang Izal ni..merupakan bapa kepada 3 orang hero.  Dia mmg dah lama main angkat besi ni.  Gym yang dia pergi pun gym kat flat saya je.  Bukan gym besar2..glamer2 tuh.  Apapun tahniahlah pada dia sbb berjaya merangkul gelaran MR KL 2010 last year.  So, yang lelaki2 tuh..mau 6 packs kalu..kenalah rajin training di gym dan jaga pemakanan.  Ada bran?  Hehehe...

Friday, March 25, 2011

Kenduri Tahlil

Alahai..ada yg takut eh cerita seram semalam..tu tak berapa seram.  Minggu depan khamis, saya bagi yg lagi seram..yang siap nampak2 punya..hehehe.  Oklah, last saturday, my family buat majlis kenduri tahlil dan doa selamat.  Ini semua anak buah saya I-Shah yang sponsor...sebab dia dah niatlah..kalau naik pangkat mau buat sedikit kenduri.  So, inilah hari yang dipilih.  Tu mysuami tengah masak ayam masak merah.  Orang kuatlah tu..hehehe.
Ini pulak my paksu yang datang rumah semata-mata untuk makan sahaja...sebab tu muka takleh tunjuk..kena cover2..paparazzi merata amik gambar..hahaha.

Anak dara + separuh mak dara buat kerja dalam rumah..potong2 kuih, cuci2 pinggan mangkuk, vacum2 carpet..sambil gossip2..hehehe.

Budak ni telah didera mummy dia mandi air paip..menjerit masa orang tengah baca doa.  Kesian Batrisya ye..mata bulat dan kepala botak.  Sib baik cute.  Actually family kitorang mmg biasa mandikan baby dgn air paip je...tapi agak2lah..masa tu hujan.  Mummynya pun..ish..ish..ish.  Lagipun Batrisya kecik lagi..tak sampai 2 bulan pun lagi.
Ini masa orang surau datang rumah dan bacakan doa.  Rumah kecik memang tak boleh sumbat ramai2.  So, kitorang decide utk buat buffet je..senang.

Antara lauk yang dihidang..ikan masin, sayur kobis dan sambal belacan serta ulam2.  Takyah amik semua gambar food kan..padahal terlupa...ngehngehngeh.

 Daging masak kurma dan ayam masak merah.  Marvellous!!

Buah pisang dan kuih2.  Ini semua orang lain yang bawakkan.  Terima kasih kepada yang bawakkan tu ye.  Ada juga tembikai sebijik tapi malangnya isinya dah tak elok.  Harapkan besar je..so, tong sampahlah jawabnya.

Last sekali, saja2 je tunjuk lagi sekali..ayam masak merah yang marvellous.  Terliur tak tengok?  Selamat menjamu mata ye..kehkehkeh.  Have a nice weekend!

Thursday, March 24, 2011

Cerita Seram Bilik Menaip..

Semalam punya kes sakit2 hati tu dari no 1 - 9 tu bukan saya punya kes pun.  Tu semua orang2 lain punya..saya tolong sampaikan je..hahaha.  Yang saya punya no 10 tu je.  Tapi berbaloilah bising2 sebab hilang USB cable, pagi ni saya dah jumpa dia..elok je melingkar kat rumah tu..hehehe.  Tapi hari ni saya tak mau buat posting gambar2 tu..esok jelah ye.  Sebab hari ni hari Khamis, malam Jumaat sinonim sangatlah kan kalau nak cerita kisah2 seram.  Moh saya cerita..ini dari pengalaman sendiri tau.

Korang tengok typewriter ni.  Wui..ni lama punya..dulu saya pernah ada kursus GPMS-ITM kat ITM Sura Gate, Dungun..sekarang orang panggil UITM Dungun kot...hehehe.  Dulu student2 SS10 (Diploma in Secretarial Science) kat branch2 masih pakai kot typewriter mcm ni.  Tapi kat ITM Sura mmg pakai typewriter ni lah.  Masyaallah..smpi terselit-selit jari saya dalam ni.  Saya respek ar ngan student sana.  Sebab kitorang kat ITM Shah Alam yang amik course SS14 (Diploma in Executive Secretaryship) dah pakai yang electronic punya.  Tengok gambar kat bawah ni..lebih kurang mcm nilah.

Eh..nak cerita typewriter ke nak cerita seram ni..hahaha.  Oklah..saya ni dulu2 jenis buat assignment last minute.  Masa tu mana ada laptop2 ni.  Assignment memang kena pakai typewriter ar kan.  Computer lab pun penuh memanjang..tak koser nak gi queue sambil tengok student course lain yg menaip dengan 2 jari.   Lambat giler menunggu dorang abis. Cewah..eksyen giler..mentang2 kitorang type 10 jari..hehehe.  So, dipendekkan cerita, masa tu hari Jumaat dalam kul 8 malam.  Assignment nak hantar Isnin.  Weekend tak mau lah dok Kolej.  Mau pulang rumahlah..lagipun rumah dekat je.  So, saya pergilah bilik menaip sorang2.  Kawan2 semua dah siap, ada yang pinjam typewriter orang lain.  Masa saya masuk bilik menaip tu..saya pilih duduk tengah2.  Bilik tu besar.  Abang yg jaga bilik tu datang jenguk dan tegur..sorang je ke?  Saya cakap a'ah.  Dia bagitaulah..kalau ada apa2 bagitau abang je ye.  Pastu dia chow.
Yang gambar atas ni orang panggil corrector.  Di letak dalam typewriter.  Fungsinya kalau kita salah menaip, kita tekanlah 1 keyboard button tu..dia hilangkanlah apa yg kita salah type tu.  Macam  liquid paper ar..tp bukan cecair.  Dia tape.  Ok, sambung cerita...saya pun menaiplah sambil mendengar lagu melalui walkman.  Tetiba rasa seram sejuk..bulu roma kat tengkuk meremang.  Corrector tape  yang saya letak atas meja...yg mcm gambar kat atas tu..bergerak dari kiri meja ke kanan meja.  Ah..sudah.  So, saya pun kalut2 lah kemas meja..off typewriter..off aircond (sempat lagi tu gi belakang off aircond) tetiba pintu terbukak.  Abang jaga bilik tu tanya..kenapa muka pucat?  Saya memang takleh nak jawab.  Terus dia cakap, dah takyah cakap apa2..gi je balik..abang dah tau.  Masa saya keluar dari bilik tu..dengar suara mengilai.  Serius..sampai saya jalan kaki menuruni tangga2 kat Engineering School pun saya masih terdengar.
Sampai dalam bilik di kolej, saya menangis.  Kawan sebilik dah saspen..wei..napa?  Bila saya cerita..barulah lega ketakutan saya.  Terus member pergi cari kawan2 lain yg ada typewriter mcm kat atas ni bagi saya pinjam.  Siap jugaklah assignment tu tapi penuh dengan cabaran ar kan.  Bilik menaip memang sinonim ngan student secretary..kadang2 takde orang tapi bunyi keyboard diketuk sentiasa kedengaran..hehe.  Seram tak?  Kalau tak seram malam nanti tengok je cerita hantu kat TV3 pukul 9.30 malam nanti..hehehe.


Wednesday, March 23, 2011

Sakit Hati Bila..

1.  Perkara yang boleh diselesaikan semalam terpaksa buat kalut2 hari ni...
2.  Orang tanya kita tentang sesuatu dokumen/perkara yang kita tak pernah terima/tahu pun..
3.  Jawapan mudah seseorang..tanya si polan..walhal benda tu dia yang buat..
4.  Bila MC atau bercuti, tak habis2 orang call..cari file itu dokumen ini..walhal masa kita ada takde lak sibuk nak..
5.  Ada cara paling cepat, tapi saja2 je nak ikut jalan jauh...
6.  Nak mengamuk tak tentu pasal..walhal benda boleh settle cara baik..
7.  Orang ni cakap ok..orang ni cakap tak ok..yg pekerja bawahan pening kepala..
8.  Suka nau nak berahsia..bila dah takleh buat..kita yang kena settlekan..huhu..
9.  Suka mencari kesalahan orang...dia buat takpe..kita buat tak boleh..
10.  Bila USB Cable hilang..nak update blog takleh..hahaha..itu yang paling2 sakit hati..jangan marah haaa...


Tuesday, March 22, 2011

Rambang..

Hari ni entry rambang je ye.  USB Cable tak tau mana hilang..hehehe.  Masih mencari.  Ni dinner saya di Mohd Abdullah Chan - Chinese Muslim Restaurant di Wangsa Maju.  Nasi goreng seafood yang sedap, seafood besar2, portion pun besar.  Air pulak kedondong asam boi..masam melekat.  Burrpp..Alhamdulillah.
2nd pic..nak tunjuk kat korang, saya kalo ambik surat tak pernah bukak mangga kecik tu.  Main seluk2 je.  Janganlah buat naya boh cicak ke lipas ke dalam peti surat tu ye.  Peha saya besar tapi tangan saya kecik je..hehehe.  Sebab tu muat.
Satu hari saya ternampak pic mamat ni kat dinding rumah depan lif.  Siap ada no telefon tuh..hahaha..sapalah pedajal mamat ni.  Kesian dia..tp tak sampai 1/2 jam gambar tu dah takdelah.  Sudah kena cabut...ngehngehngeh.
Pergi makan kenduri kahwin di Kg Sg Penchala...kau tengok alas meja hijau, air hijau dgn kakak saya sekali pakai baju hijau.  Korang tau tak Kg Sg Penchala ni kubu kuat parti mana?  Ha..mesti tau punyalah kan..agaknya sebab tu semua hijau..hihihi.
Cuti sekolah baru ni sebab nak elak jem...subuh hening dah seret anak2 masuk kereta.  Sampai mimi tanya kenapa takde kereta kat jalanraya.  Yelah..5.30 pagi hari Sabtu..manalah banyak kereta kan.  Dari dulu dok perati, suami saya mmg jenis drive tak laju.  Jenguk2 tengok meter dia dok tang tu je..60 km/h.  Baik suami den..patut tak pernah kena saman.  Bila tanya..awak bawak 60 km/h je bang?  Takdelah speedometer saya rosak..muahaha.  Den tertipu!!
Amik gambar pelamin je kat kg baru2 ni..sebab tetiba saya segan..muleh?  Sampai saya heret anak2 balik rumah MIL dulu..dekat2 pengantin nak sanding baru pergi balik.  Abis..adik ipar semua tak sampai lagi..xde geng..saya segan..kihkihkih.
Ni kat Pantai Baru..baru je food sampai blackout.  So, semua makan ala2 romantik candlelight dinner...kihkihkih.
Manisan dari negeri Arab kawan saya bagi.  Memang manis tapi sedap.  Nama?  Tak tau..hihihi.  Makan?  Tahuuuuuuuuuuuuu....
Lastly, presenting my ex-boss pya anak angkat yg comel...nama?  Muhammad.  Betul...Muhammad je.  Senang dan simple.  Oklah..ada new FC lah kat opis ni.  Segan lak rasanya.  Tapi BW..tetap..tunggu ye.

Monday, March 21, 2011

20 Fakta Gila Tentang Orang2 Di Sekeliling - Tag..

Memandangkan saya tak tahu celah mana saya selitkan usb cable phone saya ni, korang layanlah dulu tag ni ye. Hehe....

Ditag oleh MADAM LADYELL

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang.. Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang.. Pastu tag la 5 orang kawan2/sedara mare/sahabat blogger korang..Senang kan?

5 Fakta Tentang Dee
1.  Seorang ibu muda ehem2...yg mempunyai 2 orang anak dara.
2.  Mempunyai 3 orang mak (nenek yang dipanggil mak, ibu kandung dan ibu mertua)
3.  Dahulu baran, sekarang tahap kesabaran sudah tinggi sbb anak dara 2 orang tu  sentiasa bagi latihan kesabaran tahap dewa kat mama dia.
4.  Seorang yang sangat2 berdikari, tak kisah pergi mana2 seorang diri (dgn izin ye).
5.  Dulu minat camping, sekarang asal bercuti mesti mahu tempat yang selesa2 sahaja.  Janganlah kau ajak daki gunung kinabalu or pergi taman negara..dah pencen semua tu.  Hakikatnya dah tak koser you.

5 Fakta Tentang Suami
1.  Seorang yang tidak banyak cakap.
2.  Minat menonton filem Tamil sampai saya subscribe channel Thanggatirai (tak taulah betul ke tak ejaan ni) CH951.
3.  Suka memasak...menolong orang catering dan kenduri kahwin tu agenda utama.
4.  Seorang yang tidak pernah lekang dengan sikat di tangan, dulu2 rambut dia panjang..maklumlah rockers..hehehe.
5.  Orang N9 tetapi dari kenal dia 7 tahun, bertunang 2 tahun, berkahwin 7 tahun tidak pernah mendengar dia bercakap loghat N9 hatta bila dia bersembang bersama keluarganya...konon2 orang KL ler tu..ceh.

5 Fakta Tentang Ibu Mertua
1.  Seorang yang suka memasak..dari pagi sampai malam dia kat dapur je.
2.  Bab2 mengemas agak kureng sikit..yelah..umah 6 bilik duduk sorang2..mana laratkan.
3.  Seorang isteri yang sangat tabah sehingga mempelawa 'madu' tinggal bersama..kami yg terkedu jadinya.
4.  Seorang yang sangat sporting dan penyayang dengan anak menantu dan cucu.
5.  Suka sangat kucing sampai tak terbilang jumlahnya di rumah..sampai anak2 saya kadang2 takut bila pulang ke kampung...tapi saya tahu kucing2 itulah peneman mak di kampung :)

5 Fakta Tentang Jiran2 Dee
1.  Beberapa anak dara tapi pemalas tak henggat..rumah berkepam, langsir hitam, cotton bud ada kuning2 letak kat tingkap, lantai beranda hitam dengan bekas2 najis kucing...eee...malanglah sapa amik buat bini sok ni.
2.  Seorang ibu yang suka memberi kucing makan, rumahnya penuh kucing, saya naik rimas, sampai ada yang berak kencing depan rumah saya.  Kalau saya bising, dia datang kaup taik kucing tapi dia tak basuh.
3.  Satu kelamin, yang isterinya saya tak pernah nampak muka, sangat sombong tetapi mendera seorang nenek tua dengan tidak memberikannya makanan, terbongkok2lah nenek tua tadi turun ke kedai beli sendiri lauk nak makan.
4.  Seorang kontraktor..rumah cantik, isteri cantik, rumah bersih..rajin menyapu dan membersih sampai ke tangga2 di depan lif.
5.  Sekumpulan lelaki2 bangla yang fifi suka sangat tegur.."abang..abang"..eeee..fifi ni..tak payahlah peramah sangat..kihkihkih.

Fakta2 ni semua takdelah gila sangatkan.  Sebenarnya ni tag..tapi saya taknak tag sesapalah.  Selamat bekerja untuk semua di pagi Isnin yang sejuk2 ni.  Chow!!

Friday, March 18, 2011

Alahai Purse Ku..

Buruknya purse saya.  Yelah dah dekat 3 tahun dilanyak, tak heranlah rupanya jadi cenggitu.  Bila bayar kat kaunter saya cakap, purse buruk takpekan dik, janji duitnya ada.  Budak lelaki kt restoran biasa saya tapau tu sengih2 je.  Silap2 dia cakap kedekutnya akak ni..purse 10 hengget kt pasar malam pun tak mampu beli gamaknya...hahaha.
Sementara nak beli purse baru idaman hati, saya pakailah purse hitam ni.  Ini pemberian kawan saya masa dia gi Paris.  Beli kat Paris Yob!!  Don't play2!!  Masa dia bagi tu, saya memang tak berkenan, sebab tu saya simpan je dalam kotak, tak mau pakai.  Sekali terdesak gini..saya carilah kan.  Dasar manusia!  Sekali kelebek punya kelebek...ceh..MADE IN CHINA!!  Orang China ni mmg pandai berniaga sungguh..bawah Eiffel Tower pun ada jugak product deme.  Kawan saya cakap, sumpah aku beli bawah Eiffel Tower.  Alah, takyahlah sumpah2..saya percaya.  Abih tu..dah gambar dia merata ada dalam Eiffel Tower tu..bukan Menara Condong Teluk Intan...compom Eiffel Tower.  Tapi kalo kirim dengan kawan saya ni, memang biasanya tak dapatlah apa yg kome kirim.  Kirim handbag warna putih, dibelinya kelabu.  Samalah ngan kakaknya, ko kirim perfume ni..dia beli perfume lain.  Bila tanya, sukahati akulah..aku yang belikan..hahaha.  Yang penting FOC.  So, jangan banyak bunyik..hihihi.

Aissshh..ini 2nd entry saya tau..di hari first day berblogging.  Eksyen purse nilah.  Ko tengok, cantikkan.  Beli kt Tesco je..brand Chevy.  Dalam RM30 kot.  Kiosk comel2 depan Tesco Ampang tu.  Ha..entry ni ada sorang je pengomen.  Nak tengok sapa?  Jenguk SINI.  31 Oktober 2008..kenangan sungguh.  Alhamdulillah sampai sekarang dia ada gak komen blog saya walau tak berapa aktif sebab kesibukan tugas.  Gaji bulan ni ko tunggu ye...tuan master mu ini ingin meleburkan mu di shopping complex utk purse idaman kalbu.  Happy weekend!!


Thursday, March 17, 2011

Paddington Lagi..

Oh..saya ke Paddington lagi.  Mahu tengok visit yang sebelum ini..jenguk SINI.  Kali ini bersama kekasih gelapku..hahaha.  So, she was having a long black which is orang kampung saya panggil Kopi O and saya pulak Hot Chocolate with Marshmallow..manis melekat.
 This is mine..adeh..x ingat namalah.  Tapi ada telur hancur tu..chicken bacon, mushroom and salad, and also 2 pancakes..ada cheese..sedap.
Kekasih gelap ni orang nak belanja dia Pancakes..dia gi bantai order pasta with mushroom..amik ko..bosan giler tengok food dia..mushroom tu dia goreng dlm tepung..sib baik sedap.  No dessert sebab masa ni masing2 perut dah santak.  Total RM49.30.  Oklah tu kan..sapa2 pulak nak belanja saya makan kt Paddington ni..dah 2 kali saya belanja orang ni..muahaha.  Takdelah..bila ada rezeki lebih eloklah kita berkongsi-kongsikan..bukan selalu, sekali sekala..hihihi.  Oppss..rasanya ada hutang 2 orang belanja makanlah.  Hmm...tapi rasanya nak try Gardens baru yg ada kat Curve tu..dah ada kat Midvalley.  Jom!!