Wednesday, November 30, 2011

Pustaka Peringatan P. Ramlee & Tugu Negara..

Cuti sabtu baru ni, saya pikir punya pikir ke manalah nak bawa anak2 berjalan.  Gaji tak masuk lagi ni.  Toingggg!!  Dapat satu idea.  Marilah kita jalan ke tempat2 yang admissionnya free.  So, ke Pustaka Peringatan P. Ramlee lah kita.  Terletak di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, KL.  Yang penting, masuk free..hehehe.
Arkib ni kecik tau.  Boleh bergambar kat luar je.  Kat dalam no, no, no...so, kami bergambar 2 keping je kat sini.  Tu belakang kami, kereta Allahyarham Seniman Tan Sri P. Ramlee.  Moh ler datang..sunyi tau tempat ni, xde pengunjung pun.  Kesian lak saya tengok.  Ni dulu merupakan rumah Allahyarham.  Adalah kerusi2 dan meja2 kat sebelah luar tu tulis nama2 filem P. Ramlee tapi saya malas nak upload pic kat sini.  U oll terjah tau.
Lepas je balik dari pustaka tu, kami singgah Tugu Negara pulak.  Nampak tak orang2 tengah jaga pintu masuk tugu tu..hahaha.  Free admission jugak ok.  Eleh..sure ramai yang tak pernah sampai..tak pun lama dulu masa kecik2.  Warga KL pun sure ramai tak pernah singgah, eh..malu tau.  Moh2 singgah. 
Posing adalah kewajipan paling utama kat sini.  Sib baik kubah tu tak dikata masjid oleh anak2 saya.  Biasa dorang ni pantang nampak kubah..terus dikatanya masjid..hehehe.
Ha..terpantul flash camera kat tugu.  Cun tak?  Tapi kamera biasa2 je ni.  Kalau DSLR..lagi cun gambar.  Belasah jelah..janji ada pic kat tugu..korang ada?   
Tetiba nampak satu family main tarik upih.  Kelassss kau bang..kat KL pun kau main tarik upih..tp anak dia mmg seronok sakan.
Dah alang2 sampai, bergambar sakanlah kita.  Eh, anak2 saya suka pergi tempat2 mcm ni.  Takkanlah asyik shopping complex, theme park...biarlah dorang mengenal tempat2 gini.  Macam saya gak, ada kenangan pergi tempat gini masa kecik2 dulu.  So, besok kalau dah besar orang tanya dorang, kau pernah pergi Tugu Negara..eh pernah..mama kitorang bawak..ha..kan best...kehkehkeh.
 Cer tengok, mmg they enjoyed themselves that day.
Lagi satu monumen utk bergambar.  Sebenarnya kat sebelah Tugu tu ada taman monumen/landskap semua...tapi dek kerana hujan kami tak singgah.  U oll kalau cuaca mengizinkan, singgah tau.  Menariklah kalau nak posing2 ni.
Posing terakhir sebelum berundur.  Ok tak my idea?  Eh..suami saya mana?  Biasalah musim2 mengawan ni, dia busy masak2 umah orang kahwin.  Pandai2lah saya bawak anak meronda-ronda...hehehe.  Nak tunggu dia, alamat terperuklah kami kat rumah.  Dengan izin dia, pergilah ke mana pun, janji pandai jaga diri kan. 

Eh..lupa, cer tengok apa yang berbeza.  Fuh..kalau nak disenaraikan dari segi rupa paras dan size body saya  memanglah banyak bezanya kan.  No, no..hahaha.  Perasan tak?  Tugu Negara yang saya baru je lawat tu takde bendera Malaysia.  Maybe dorang dalam proses pertukaran bendera.  Dari kibarkan bendera koyak dan buruk, baik tanggalkan terus, ye tak?   So, sapa2 yang tak tau nak gi mana cuti sekolah ni, budget lak ciput..bawak jelah anak2 datang sini.  Yang penting happy..hehehe.  Oklah, gtg.  Take care u olls.

Tuesday, November 29, 2011

Kesedapan Nan Cheese Dikongsi Bersama :)

Hangat2 lagi story ni..sehangat nan cheese yang dimakan.  Semalam ajak geng2 pi pekena pulak.  Rupanya dorang start serving pukul 6 petang.  Sementara tu, mari ronda2 KL dulu..hehehe. 
 Mamarazzi kau kemain lagi Iyra, sempat snap sambil kami lintas2 jalan depan Pertama Complex.
 Singgah pi collect handphone kawan.  Sempat lagi posing kau..hahaha.
Then, patah balik ke kedai.  Muka2 yang tak sabar nak pekena nan cheese.  Sampai Mummysyafie sanggup turun KL dari Putrajaya tuh..hehehe.
Tukang buat Nan...sekali tepuk meja..berdentam-dentum.  Baling nan pun ada style..huhu.
 Tengok cheese dia, sebesar penumbuk.  Tak mainlah cheese slice2 tu..apa barang kan.
Dal yang superb.  RM2 sepinggan.  3 orang pun boleh share ni.  Banyak.  Hitam2 tu blackpepper..sedap. 
 Nan Cheese tebal mcm ni..RM5.  Terbaik.
 Tak suka cheese..pekena nan kosong or nan butter mcm ni pun sedap gak.
Happy giler muka.  Tengok cheese dia..kalah Pizza Hut tau.  Tu sengih menahan kepanasan roti tu..muahaha.
Wah..mimi hebat.  Cheesenya lagi panjang..hahaha.  So, apalagi, jomlah serbu.  Lagi sekali, depan MARA, sederet Lotus Restaurant, sebelah Restoran Haniffa, nama restoran RSMY Nasi Beriani di Medan Tuanku.  Jom2 pekena nan cheese the best in town lagi sekali..huhu.  

Friday, November 25, 2011

Bikin Video

video

Tengah giler bikin video sekarang ni.  Yang ini my first try.  Simple je.  Lagu pun main letak je.  Siap pukul 12 malam.  Sebab start pun dah pukul 11 malam  Tapi semalam saya start pukul 9 malam, pukul 2 pagi baru siap.  Mata bengkak dan lebam mcm Panda sekarang.  Mengantuk tak hengat.  Ada Board of Directors Meeting pagi ni.  Lepas ni saya terjah  u oll eh.  Cuba upload video kedua tapi masih tak berjaya.  Nanti saya cuba lagi.  Don't forget to enjoy your weekends!

 

Dah boleh pun upload..ini video kedua saya.  Buka speaker utk lebih feel.  Sebelum tu pausekan dulu music player saya.  Enjoy friends!!

 

Thursday, November 24, 2011

Sharing Beautiful Quotes..

Sharing Beautiful Quotes on a Beautiful Day...

1.


2.


3.


4.


Wednesday, November 23, 2011

Kencing Tak Lawas

Sapalah yang kencing tak lawas tu?  Sayalah, serius sakit betul.  Tak puas pun ada.  Sampai terbayang-bayang bakal dapat batu karang ke?  Nasib baik kawan2 di FB banyak membantu bagi petua.


Sekarang ni saya cuma minum air masak banyak2.  Alhamdulillah dah nampak sikit perubahan.  Sampai naik demam badan dibuatnya.  Serik betul.


U oll bolehlah baca conversation ni, dee kongsikan petua2 yang ada.  Lepas ni dee kena pastikan minum air kosong selalulah.  Sebab dee ni jenis susah tau nak minum air kosong..dah kena gini baru padan muka.  Geng Doktor Blogger, silalah komen sikit utk manfaat kita bersama eh.  Thx friends!

Tuesday, November 22, 2011

Memujuk Hati Dengan Nan Cheese...

Sebagai manusia biasa, ada masa-masanya kita pun 'down'.  Ada masa-masanya kita pun ada rasa berkecil hati.  Tapi knowing me, takyahlah lama2 kan.  So, marilah memujuk hati dengan memakan The Best Nan Cheese in town dengan kawan senasib.  Serius..the best Nan Cheese I've ever taste!   
Fuh..lemak berkrim disukai ramai.  Roti Nan yang tebal, dengan cheese yang meleleh bisa menggugat iman kalian.  Say no to diet ok.  Makan dengan Dal pulak.  Kalau tak silap harga nan cheese ni RM5.  Kuah Dal tu asing kiranya tau..sepinggan gitu RM2.  U oll janganlah order sorang satu.  Semalam kitorang share bertiga, cukup je sepinggan tu.  Kalau rasa2 tak cukup, order 2 sudahlah..hehehe.
Perghhhh..meleleh-leleh.  Terus lupa rajuk di hati.  U oll kalau nak terjah...saya bagi clue sket kat mana kedai ni.  Di Medan Tuanku, sederet dengan Lotus Restoran tu..berhadapan dengan MARA.  Restoran ni betul2 sebelah Restoran Haniffa.  Nama dia RSMY kot..ada tulis beriani2 lah.  Kedai nampak buruk sket, tapi perggghhhh..hidangan Nan Cheese nya mantop!  Gi terjah ok!

Monday, November 21, 2011

Kita...


Friday, November 18, 2011

Bonne Grey..

Bonne Grey, you can like their page at Facebook.  Cafe restaurant ni terletak di Menara Hap Seng or dulu lebih dikenali sebagai Mui Plaza.  Same level ngan Starbucks and TGIF.  Kalau time gaji mmg saya ngan officemate suka makan kat sini.  Ada lunch set.  Sebab yang paling utama nanti saya reveal eh.
Saya try ni..tapi serius tak ingat dah nama.  It's a hot coffee serve with vanilla ice cream.  Coffee pahit tapi dimaniskan dgn ice cream vanilla.  Sedap tp sikit je..hehehe.  X puas. 
Mocha Fantasy sebelah kiri tu..sedap u oll.  Wajib cuba.  Yang kanan tu Vanilla Ice..eh..mcm Vanilla Ice yang nyanyi lagu Ice Ice Baby..u oll yg muda2 tak tau kot..lagu tu fofular zaman saya muda2..hahaha.

Yang kiri our Accountant, yang kanan my Financial Controller tapi dah resign.  Ni Farewell dia lah tapi dia yang belanja..hahaha.  Ada sebab tau kenapa.

Me and my colleague.  Both of us je perempuan kat opis tu.  Dulu saya sorang2 je.  Skrg ada kawan seronok sket.

Makan mushroom soup dulu.  Yang order western semua dpt ni..dalam lunch set meal.  Including all types of drinks..harga RM18++.  Murah tak?

Accountant saya makan meatball.  Bolehlah..sedap lagi meatball Ikea.

Sebab orang belanja saya order Fish & Chips.  Pun..bolehlah juga.

My Ex-Financial Controller punya signature dish.  Penang Assam Laksa yang awesome.  Dia lah yang supply kat cafe ni.  Dia yang masak sendiri.  Memang sedap, terbaik.  Kalau u oll turun KL weekend, gi singgah Bonne Grey.  Semua item 50% discount.  Lunch set ni RM18++ dapat 50% discount.  Murah kan? Parking pun flat rate RM3.  Go try, especially the Assam Laksa...memang terbaik.  Kalau nak order for party or nak deliver ke office for lunch pun boleh.  Email at laksachef@gmail.com or call Chef Siah at 012-2961803.  He's from Penang..so, u will never regret.  Oklah, chow dulu.  Enjoy your weekend.