Tuesday, March 20, 2012

Review Filem Cinta Kura-Kura


Jumaat lepas, Sis Elly ajak saya gi tengok filem ni.  Sebab FOC, Dee laju je ckp YES.  Nak2 Friday night.  Mulanya kat Galaxy Ampang je, sekali Sis Elly call cakap dah tukar venue..kat TGV The Mines pulak.  So, berdesuplah ke sana. Sampai2 terus teman orang lapar makan kat OTWC.  Alamak..dalam pic ni dagu Dee dah triple chin lah..huhu.



Ok, berbalik kepada filem keluaran KRU Studio ni, oklah..not bad.  Ada part2 yg Dee gelak sakan gak.  TizZ Zaqyah comel sangat.  Heronya Aeril Zafrel pun cute.  Nak2 kura2 nama NICO tu suara Zizan.  Mmg kelakarlah kan.  Awek dia suara Fara Fauzana kecek Kelate.  Ada lagi sekor kura2 nama Atok, suara Usop Wilcha.  

Kura2 dia pakai teknik CGI kan...yg kelakarnya kura2 dia jalan guna 2 kaki..kehkehkeh.  Tapi bagi Dee bolehlah citer ni.  Dee bagi 2.5 * je..out of 5...hehehe.  Sinopsis citer? Korang tengok jelah kat bawah ni. 

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
 

18 comments:

Dee... Triple chin tu kesan khas jer tu hehehhehe...
 
OK JELES...
MAJOKKKKKKKKKKK~

*motif guna caps lock*hehe
 
cam best jek review ko nie dee....tgu astro first je laa takpun tgu kat youtube laa heheehehe
 
Ohhh..so mmg betul2 ada kura2 lah dalam movie ni, walaupun guna CGI..igt kan tajuk aja ada kura2..hehehe
 
tunggu lieyalatif download... huhuhuhu
 
msti ada kelakar2 sbb ada zizan kn... walaupun dlm benttuk kura2 huhuhui
 
huhu tggu astro 1st je la nampaknye
xsempat da nk tgk wayang la ni
 
kak dee ~ ni nak gtau.. shu selalu cari widget "Post a Comment" kat blog akak x jumpa.. kejap dia dok atas..kejap dia dok bawah..hihihihi...

btw, cita tu ok2 jer kan.. part last tu mcm x logik jer kan.. segala gajah rimau semua keluar..hehe..
 
dpt tiket FOC harus berdesup sampai kannnn...
rezki jgn ditolak :)
 
FOC??? awat xhabaq kat cheq....eh lupa lak...jumaat malam tue dah ada kat kampung
 
2.5 je.. hahaha..
 
dengar review cam bess...tp mesti tak dpt pi nyer..
 
nasib baik ade org nak bawak samapi ke The Mines tu if not tak dapat lah nak gi melayan movie free :p
 
tunggu donload laa citer ni tp selalunya kalau KRU punya mmg tak lepas lama kat donload... kena pantas
 
mm..best gak nih~
 
boleh masuk list cite doubleIS nehh.hehhee
 
biasa je kan citer ni..kikhih
 
xtgk lg....mgkin kene cr dvd.....