Tuesday, January 31, 2012

Senyum Pisang 2

Redha jelah u oll kena layan lawak sengal dari saya.  Hari ni saya ada training sepanjang hari.  Training start awal giler pukul 7 pagi.  So, by 6.30 am saya dah kena keluar rumah.  Kata Mimi, "Bapak Awal"..hahaha.  So, korang layan jelah Lawak Senyum Pisang dari Mastika ni ye..hehehe.

Kahwin

Sebagai salah seorang saksi terhadap satu kes jenayah, Rahim dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.  Pertama kali dalam hidupnya, Rahim menjejakkan kaki ke mahkamah.  Sebab itu dia gugup dan cemas bila peguam mula bertanya kepadanya.

Peguam:  Anda sudah berkahwin?
Rahim:  Sudah, tuan.
Peguam:  Berapa kali kamu berkahwin?
Rahim:  Baru sekali, tuan.
Peguam:  Dengan siapa kamu berkahwin?
Rahim:  Dengan seorang wanita, tuan!
Peguam:  Eh! Loyar buruk pula kamu ya! Dah tentulah kahwin dengan wanita.  Ada ke kahwin dengan lelaki pula?  (si peguam mula bengang).
Rahim:  Ada tuan, adik perempuan saya kahwin dengan lelaki, tuan!

Monday, January 30, 2012

Senyum Pisang 1

Minggu ni Dee bz..so, mari layan Senyum Pisang dalam Mastika je ye..hehehe.

Jam Mati

Suatu hari Pak Pandir dihadiahkan jam dinding oleh pasukan  keselamatan kerana membantu dalam operasi membanteras komunis.

Alangkah bangganya Pak Pandir lantas menggantungkan jam tersebut di depan rumahnya.  Maka ramailah orang kampung datang melihat jam tersebut.  Waktu itu, itulah saja jam yang terdapat di kampung Pak Pandir.

Suatu hari, anak Pak Pandir dengan wajah kusut memberitahu jarum jam berhenti bergerak.  Kebetulan ketika itu ramai anak buah Pak Pandir sedang menyaksikan kejadian jam itu mati.

Lalu Pak Pandir menurunkan jam tersebut lantas membelek-belek depan dan belakang.  Tanpa sedar Pak Pandir terkuis bateri jam tersebut dan bateri tercabut.

Entah macam mana ternampak pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bekas bateri.  Pak Pandir pun mengangguk-angguk sambil tersenyum memberitahu kepada anak-anak buahnya: "OOOOH...patutlah tak jalan, drebarnya mati tershepittttt....!"

Friday, January 27, 2012

Makan2 With Geng..

Kejadian dah lama, masa ni mmg set2 nak jumpa tapi saya kata saya bz.  Tup2 saya terpacul..apalagi geng2 pun menjerit sakanlah.  Geng yg ini mmg suka nau buat surprise.  Ni masa makan Cheese Nan..kali ke berapa?  Tak ingat dah..mmg byk kali dah..hahaha.  Sis Iyra and Mummysyafie sekeluarga pun join sekali. 
 Sis Elly bawak boipren kecik....hehehe.
 Me & kids.
 Alamak...rindunya kat Sis Pepel, Amani dan Maktok.  Suami dia takleh ar...hahaha.
 Lepas tu 'hang out' lagi,  pekena Char Kuey Tiow Mali's Corner kat Setapak.
 Nasi lemak dia pun sodap sangat.
 Kali ni Sis Elly bawak boipren besau..hahaha.
Mummysyafie mcm biasa bawak suami dan anak2.  Sis jgn marah Dee letak gambar ni ye.  Btw, I miss all of you including Sis Rasp, Sis Wahida, Sis Amy Sweetdarling and Sis Ayumie.  Rindu nak komen2 kat FB.  Memandangkan kita semua sangat bz, maka minggu depan jelah kita jumpa ye.   Can't wait nak fly together2.  Moga perjalanan kita selamat pergi dan balik.  Amin...

Thursday, January 26, 2012

Ini Bukan Blog Politik Ye..


Kenapa saya nak bagitau ini bukan blog politik?  Yelah, nanti sebab nampak gambar pemimpin pembangkang kat sini, kang ada yg cop blog saya blog politik pulak...hahaha.  Kalau nak baca blog politik, sila google..berlambak ada..hehehe.   Oklah, program ni dah lama..awal Januari aritu.  Sebenarnya bukan saya yang bagi nama anak saya utk sumbangan ni tapi cousin saya yang masukkan nama dia.  So, pada hari kejadian kelam-kabut saya dibuatnya.  YB Nurul Izzah dah sampai tapi saya baru terhegeh2 nak masuk dewan.  Eh..dewan ke? Kecik je tempat ni, tak layak dipanggil dewan.  Bilik darjah tu besar jugaklah, ini lebih kecil dari bilik darjah. Tgk backdrop tu..sempoi habiskan?  Miskin peruntukan..ginilah.


Biarlah apa pun orang nak kata tentang YB Nurul Izzah tetapi dia secara personally, sangat mesra orangnya.  Teringat masa saya terserempak dgn dia di Pasar Malam Pantai Dalam, sangat2 peramah.  Muka bersih tanpa secalit mekap.  Masih kekal dengan imej tudung bawal.  Sangat manis orangnya.  Masa dia berucap ni pun takde protokol langsung.  Memang sempoi orangnya.


Mimi dapat beg sekolah sumbangan Yayasan Salam.  Lepas sorang, sorang budak diusiknya.  Sweet sangat.  Tak ramai yang dapat, tak sampai 10 orang pun.  Dan yang pernah dapat tahun ini, tahun2 depan mmg takkan dapat.  Tak terhad pada kanak2 darjah 1 je tau.  Yang ada dalam dewan tu pun ialah orang2 yang sama ada kalau UMNO buat majlis.  Begitulah 'kita' kan, tak kiralah sapa pun yang kita pilih, kalau dapat sumbangan dan bantuan, tak salah rasanya kita menerima.  Hakikatnya, mereka ini dipilih rakyat..iaitu kita sendiri.


Tanpa segan silu, saya cakap, YB saya nak bergambar.  Eh..boleh2.  Lepas tu, jap2..saya pun nak amik gambar u oll ngan BB saya.  So, suami sy yg tolong capture kan.  Dia pun tgh busy, so tak sempat makan.  Tapau karipap je.  Siap dia ckp, sorry, saya tak malu tapau karipap.  No protocols..itu yang bestnya.  Eh..jangan salah sangka..baju saya kuning tu kebetulan je.  Bukan baju 'Bersih' tapi baju Family Day company husband saya..hehehe.  Apa pun, terima kasih atas sumbangan yang diberi.  Kalau boleh berilah lagi..hahaha.  Lepas ni kalau orang lain yang terpilih sebagai MP Lembah Pantai, harap2 dpt yang mesra rakyat jugalah..barulah  Wakil Rakyat namanya..hehehe.  Adios..take care!

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday..


Hasil lukisan anakanda tersayang..Mimi..hihihi (leher ke atas tu je).

Friday, January 20, 2012

Happy Chinese New Year!

Lagi 2 hari, kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina.  Tahun Naga..ada Ong kata dorang.  Siap ada orang suruh saya pregnant lagi.  Ong wooo..kalau dpt anak Tahun Naga.  Belum lagilah bab2 pregnant ni.  Tapi pada semua kawan2 saya yang berbangsa Cina saya ingin mengucapkan "Happy Chinese New Year, may this year brings more prosperity, longevity, happiness and peace too."


Jangan makan limau mandarin banyak sangat.  Nanti cirit birit.  Jaga kesihatan.  Nak2 cuaca tak menentu ni.


Kepada yang travelling atau balik kampung, berhati-hati di jalanraya.  Moga selamat sampai ke destinasi.  Ingatlah keluarga yang tersayang.  Saya jalan tak jauh sangat, Bukit Beruntung sahaja..hehehe.  Ada kenduri cukur jambul lah.  Lepas ni baru travel jauh...happy holiday utk semua.  Take care.

Thursday, January 19, 2012

Southgate ~ New Place For Shopping

Cuti hari Krismas kot ni, punya lama perap cerita..hehehe..kami jalan2 di SOUTHGATE.  Pagi before jalan2 ke Muzium Negara tengok Upin Ipin dan Planetarium Negara tu.  Lepas breakfast kat Jalan Dua, Chan Sow Lin di kedai nasi lemak/lontong/meehoon sup favourite saya, kami terus ke sini.  Parking masih free, so, jom terjah.  Eh..cantikkan benda alah belakang saya tu..puas bergambar kat sini.
Apa yang best dalam ni?  Satu floor tu NICHII saja ok.  Pilihan baju sgt banyak.  Masa ni tgh cuba kasut..dah berkenan tp belum gaji..so, tak beli.  Si Bambam depan tu mmg menyibuk je.  Ada lagi KITSCHEN, DRESSING PAULA dan banyak lagi.  So, camana nak gi SOUTHGATE? Sila tengok Google Map di bawah.



Ha..kau besar bagak map.  Kalau tak nampak gak, tgk kat SINI eh.  Kalau korang tau NICHII kat F&N tu..terus je ke depan lagi menghala Highway Plus ke Seremban, lepas je CIMB, Shell, dah boleh nampak SOUTHGATE sebelah kiri.  Jangan lupa bawa duit banyak2 eh..muahaha.

Wednesday, January 18, 2012

Farewell @ Hadramawt Chulan Square

Sebulan lebih dah kejadian ni, baru ada kesempatan nak story.  Ni kira mcm farewell lah utk saya sbb saya berhijrah ke syarikat baru yg tentu2 jauh dari Golden Triangle.   Tapi teman2 bloggers yg organize.  So, kitorang pun terjah Hadramawt @ Chulan Square. 
Ni ada promo Mamatisya beli kat groupon.  So, 2 ice lemon tea..yg strawberry tu add on. 
 Ni Arab salad tapi sy mmg tak berapa suka tomato, so not my choice lah.
 Lamb mandy, portion kambing sikit je..tak taulah kalau order tak guna coupon dpt portion besar.
 Ni pulak chicken mandy..pun ciput je ayam tu.  Nasi dia sedap jugak. 
Geng komplot hari tu dari kiri Sis Zana, Mamatisya dan well..tentulah saya kan. 
 Kitorang rasa mcm lapar lagi, so orderlah lauk tambah ayam, sekali dihantarnya ayam berkuah dgn nasi lagi.  Adoi..mmg  tak abislah kan.  Waiter dia pulak mmg jenis tak faham apa yg kita ckp..payah2.
 Ada  dessert..serius..tak sedap langsung..kehkehkeh.  Mcm ubat spital je rasa dia.
Lepas tu minum mint tea ni.  Mint tea ni sedap.  Tapi kalau tanya saya, Al-Rawsha still the bestlah..hehehe.  Oh ye..thanx to Mamatisya.  Semua ni gambar dari blog dia.  Saya letak watermark je...hehehe.  Apapun hari tu mmg kami enjoy..nak2 dgr cerita hot dari Sis Zana.  Thx friends..ada masa kita bertemu lagi.  

Tuesday, January 17, 2012

Durian Buffet @ Rawang


Turun dari Fraser, terus roger2 CT Elly dan Wahida.  Dah malam baru dpt buat tujuan asal kami ke Rawang..hehehe.  Mula2 dorang bagi camnilah rupa durian tu..sgt tak menarik ok.  Lepas tu baru dapat yg elok2 tp camera dah simpanlah..demi menikmati kesedapan raja buah.


Geng semeja yang makan dan makan dan makan durian smpi kenyang...CT Elly dan Wahida.


Dulu harga buffet dia RM10..sekarang  RM8 je.  Sesekali bolehlah..selalu2 dpt penyakit..hehehe.  Tapi sekarang musim panas2 ni, janganlah gi bantai makan ni..mmg cari penyakitlah kan..hehehe.  You all take care ye..jaga kesihatan.

Monday, January 16, 2012

1st Trip 2012 ~ Fraser's Hill

Cuti Tahun Baru 2012 tu tetiba tekak teringin nak makan durian.  Saya cuma terbayang2 Rawang je.  Tapi alang2 nak gi Rawang, jomlah lajak sampai Fraser's Hill.  So, lepas je dari Kuala Kubu Bharu, nampak Empangan Sungai Selangor ni (tak sure sangat nama).  Apalagi, turun posing2lah.  View mmg cantik.  Ramai orang berhenti kat sini utk amik gambar.  Lepas tu teruskan perjalanan, anda akan nampak kereta parking kiri kanan dekat dgn jambatan.  Bawah tu Air Terjun Sg. Chiling.  Memang syok ar kalau dpt mandi waterfall tapi kami teruskan perjalanan.  Ok, tips eh.  Sila bawa baju lebih, plastik beg, minyak cap kapak sebab jalannya adalah sangat berselekoh..ala2 S..mcm ular kena palu.  Sib baik anak2 saya tak muntah tapi pening2 je.  Banyak kereta yg berhenti tepi jalan sbb anak2 muntah.  Kesian.  Jalannya lebih teruk dari Cameron Highland.
Setelah pening2 lalat, sampailah kita ke kaki Fraser's Hill.  Sekarang ni dah tak perlu tunggu2 queue.  Naik satu hala, turun pulak hala lain.  Senang.  Dulu ada timing2 kan nak tunggu naik.  Sekarang naik je, tak perlu tunggu2.
Sampai2 sinilah tempat wajib amik gambar.  Roundabout sebenarnya.  Tapi nak posing kat sini kena tunggu giliran.  Eh lupa, lagi satu tips..sila isi minyak kereta anda dengan penuh ye.  Kat atas ni takde stesen minyak.
Jalan ke depan sikit, lepas dari Paddock ada sebuah pusat penjaja.  Kitorang makan kat sinilah.  Jenuh gak menunggu sebab ramai orang.  Harga boleh tahanlah, rasa pun boleh tahan gak. 
Dekat sini boleh main motor kecik ni.  Yg pakai minyak tulah.  Ada yg jenis ni, ada yang jenis superbike.  Harga lupalah nak tengok.  
Atau anda boleh mengajar anak anda main golf.  Memang comel2 je sesuai utk budak2.  Yang ni murah tak sampai RM10.  Tapi kami tak cuba pun.   Besar gak golf course mini ni tapi tak amik pic lah.
 Oh.ini sekarang aktiviti favourite kami anak beranak  Saya naik dengan Fifi..1 round RM8.
Macam Mimi naik sorang...RM4.  Memang anak2 saya enjoy naik kuda ni.  U oll don't miss this tau kalau pergi ke Fraser.
Ini tempatnya..dari tepi jalan dah nampak.  The Paddock Fraser's Hill..tepi tempat ni lah jalan turun balik ke KL atau Raub.
Kalau minat memanah pun boleh juga cuba.  Kami tak cuba.  So, harga pun tak sure. 
Lepas je dari naik kuda tu, kami rehat2 je di depan padang golf di main centre Fraser.  Kat sini xdelah sejuk sangat kalau dibandingkan dengan Cameron.  Tapi udaranya nyaman.  Kadang2 ada juga kabus..terutama bila turun dari Fraser.  Malamnya sejuk juga smpi ke tulang hitam..hehehe.  Tapi saya pergi balik hari je.  Takdelah smpi bermalam.  Ada juga hotel2 kalau nak menginap.  Balik dari sini kami terus makan durian kat Rawang.  Harap dapat memberi sedikit info buat mereka yang suka cuti2 Malaysia.  Story esok eh.  Bye, take care.