Friday, November 1, 2013

Autumn in Beijing: Summer Palace


Hello..hello..korang masih di sini? Hehehe..ok..nak khabor sket. Kalau korang nak beli simcard kat Beijing, dorang jual 100 Yuan = RM50 kita. Biasanya Tour Guide mmg dah sediakan.  Bagi je duit kat dia.  Saya tak beli.  

Satu..sebab Digi mmg auto roaming. Kedua..saya guna Blackberry kawan saya sebagai Mobile Hotspot..so, bolehlah connect to FB..hehehe. Kalau thru China Telecom..mmg tak boleh connect to FB. So, no Facebooking. Whatsapps, WeChat, Insta takde masalah.


Basikal merupakan pengangkutan yang paling banyak digunakan di China. Memang di sana sini ada basikal. Ada banyak juga basikal elektrik dan scooter elektrik. Kat kota Beijing, laluan khas disediakan untuk basikal2 ni. Walau begitu, Beijing ada subway ye...don't 'pray-pray'..hahaha.


Autumn di Beijing lain sikit dari di Great Wall. Di sini daunnya dari hijau berubah kuning dan luruh. Kalau di Great Wall dari hijau bertukar merah dan lepas tu luruh. Tak kisahlah..janji dapat merasa musim luruh..hahaha.


Yeay..sudah sampai di Summer Palace atau Istana Musim Panas. Satu lagi Tapak Warisan Dunia Unesco yang telah diiktiraf pada tahun 1998 telah saya jejaki. Summer Palace ni dibina semasa Dinasti Jin oleh Maharaja Qinlong pada tahun 1749.


Moh masuk. Luas ok kawasan ni..seluas 720 ekar.


Tasik Kunming ni adalah tasik buatan manusia seluas 540 ekar iaitu meliputi 3/4 dari keseluruhan kawasan Summer Palace ni. Kalau datang masa winter, keseluruhan tasik ini akan beku. So, bolehlah korang pijak tasik ni untuk bergambar. Itupun kalau tahan sejuk..hahaha.


Kita boleh pergi ke Summer Palace tu nun di bukit tu samada jalan kaki atau naik bot. Kalau tak silap rate untuk boat tu 40 Yuan pergi balik bersamaan RM20. Tapi kitorang tak naiklah..tak cukup masa. Jom kita jalan2 lagi.


Ok, kita tuju ke "Seventeen-Arch Bridge" yang dibina pada tahun 1750. Baca jelah kat signboard tu..nampak kan? Tapi apa yang 17 nya?


Ha..tu dia yang 17 nya. Cuba kira 'arch atau gerbang' tu. Memang 17 kesemuanya. Oh..yang kuning kat tengah tasik tu adalah 'big yellow rubber duck' yang dipasang sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara China yang disambut pada awal Oktober.  


Kalau kami tiba awal, bolehlah tengok macam pic kat atas ni.


Dekat sini kita boleh nampak orang main layang-layang.


Besar layang-layang dia. Patut pakai roda besar tu untuk terbangkan.


Nampak macam jauh tapi bila kitorang jalan sampai sini, ok je. Dengan angin bertiup sejuk, taklah terasa sangat penat.  


Apek ni main muzik..bila kitorang amik gambar..dia buat 'peace'. Sporting.


Nampak tak stone lions kiri kanan tu..ada sebanyak 500 ok.


Gerai2 yang macam telur ni jual patung itik kuning tulah.


Eh..saya memang kat Beijing..bukan Amsterdam. Jangan confius.


Dekat Summer Palace, ada juga Bronze Ox. Kononnya diletak di situ untuk mengawal banjir. Eh..korang baca jelah..hehehe.


Ha..inilah dia Bronze Ox. Ox tu Lembu..untuk yang tak tahulah kan.


Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat kawan saya sorang ni. Gigih ok.


Gigih snapkan pic saya ni. Saya suka..thanks Amy. Tamat kisah Summer Palace. Esok, sambung lagi ye. Panjang sangat dah ni.

11 comments:

wahhh seronokkk!!!
 
sib baik ada kawan tu...
dpt pics cun...
tapi posing kawan tu sungguh menariks hahahahahaha...
lariiikkksss...
 
layang-layang berudu. hahaha.
 
4 sudahhh....akk masih sabar menanti cerita seterusnya....dgn rasa teruja dan uhhhhhhh!!! bilakah masa akk akan tiba kesini pulakkkk....
 
Kalau dah ox tu keras gitu, camna nak mengawal banjir? Confused...

Kesian kawan tu, memang gigih betul nak amik pose istimewa untuk Dee.
 
menariklah..
suka tempat2 bersejarah di beijing ni
 
Bestnya kak.
 
best best best...3 words
 
Bess nye dpt gi sana. Bersih gak eh tempat diorang.
 
Seronokkan Dee dapat berpijak di bumi Beijing....okje tak taul le bila nak sampai....tengok ni pun dah ok sangat....cantik pic yg bawah sekali tu Dee
 
Along masa pi last year memang x beli pun sim card..6 hari pi..6 hari bebas dari sebarang hubungan...hahahaha...tp memang banyak benda2 menrik kat sana untuk kita bergambar kan...