Thursday, November 7, 2013

Autumn in Beijing: Tian An Men Square


Lepas dah solat tu kami teruskan itinerary seterusnya iaitu ke Tian An Men atau Tiananmen Square. Tak ingat pulak saya apa nama bangunan dalam gambar ni. Tiananmen Square adalah dataran ketiga terbesar di dunia. Mula direka dan dibina pada tahun 1651.


Ada 7 tarikan atau monumen di Tiananmen Square ni. Dari seberang kami masuk ke tunnel atau jalan bawah ni untuk ke dataran Tiananmen.  Ada Tiananmen Gate Tower dan Forbidden City di utara, National Museum of China di timur, The Great Hall of the People di barat, Zhengyangmen Gate Tower di selatan, Monument to the People's Heroes dan Mausoleum of Mao Zedong di bahagian tengah.


Kat belakang saya tu ialah Zhengyangmen Gate. Gate ni terletak di bahagian selatan Tiananmen Square


Dibina pada tahun 1419 zaman Dinasti Ming. Juga dikenali sebagai Qianmen (front gate). Ianya merupakan front gate untuk Imperial City. Dengan ketinggian 42 meter, ianya merupakan gate yang paling tertinggi di Beijing.


Lepas tu kita teruskanlah perjalanan sejauh 2 km tu. Jalan hingga ke Forbidden City dan terus tembus di belakang. Kalau sesat or terkeluar dari kumpulan, maka pandai2 lah balik hotel dengan teksi. Nak cari memang payahlah..ramai giler kot orang. Jadi, kami jalan rapat2lah..takut kehilangan Tour Guide sebenarnya..hehehe.


Kat sini memang ramai janitors. Amazingly Beijing memang bersih di mata saya. Kat bus stop, depan kedai, tepi jalan..sentiasa bersih. Part toilet je agak banyak kurengnya..hahaha.


Dan ini pula ialah National Museum of China. Tengok dari jauh je..tak masuk. Muzium ni dibina pada tahun 1959 dan digabungkan 2 muzium pada tahun 2003.


Ha..yang ini adalah Monument to the People's Heroes atau Tugu Wira Rakyat. Monument ni siap keseluruhannya pada tahun 1958. Kat belakang tu pulak ialah Great Hall of the People atau Dewan Agung Rakyat.


Lepas tu kita amik photo group. Dia jual dengan buku sekali 100 Yuan. Saya beli untuk kenang-kenangan. Gambar yang siap lagi cantiklah dari ini. Oh ye..dalam group ni tak semua kami kenal. Ada yang kami baru kenal. Tapi seronok juga berkenalan dengan kawan2 baru kan. Saya namakan 'networking'..hahaha.


Oh ye..nampak je panaskan..memang ada matahari tapi cuaca adalah sejuk. Tu masing2 berjaket. Dalam 5 hari kami kat sana..hari pergi ke Tiananmen Square ni lah paling sejuk (siang hari). Sebab angin agak kuat juga bertiup.


Dan kami teruskan lagi perjalanan. Masuk jalan bawah lagi. Untuk hampir ke bangunan merah ada gambar Mao Tse Tung tu. Jalan bawah dia pun bersih. Takde bau. Orang sangat ramai. Kalau group macam kitorang ni mudah sikit, semuanya ikut jalan pintas. Takyah queue pun.


Sempat saya amik gambar askar dia. Eh..jangan sembarangan amik tau. Memang tak boleh. Pandai2 lah cover line..hehehe. Ok, gambar mamat kat bangunan merah tu ialah Mao Tse Tung. Ada ke budak2 muda yang ikut trip kitorang tu cakap itu gambar Yap Ah Loy. Tak patut betul..hahaha.


Kita masuk bangunan merah tu..teruskan lagi perjalanan.


Ha...ni antara networking terbaru..terhangat di pasaran. Gadis2 untuk dijual..hahaha. Kecuali yang tudung biru tulah kan. Eh..yang tudung hitam tu mak si anak dara yg bawak beg pink tu. Kerja kat tempat bagus2 ni..BSN, Technip and Petronas.


Tetiba nampak pokok pisang kaki. Eh..pisang kaki kat Beijing ni berlambak.


Ok, saya jeles dengan orang yang ada data plan. Tapi korang kalau pakai simcard sana, tak dapat nak berFB. Yang pakai blackberry je boleh.


Jomlah jalan lagi. Menuju ke Forbidden City pulak. Penat wei jalan. Mujur cuaca nyaman..hehehe.  Esok je continue.

18 comments:

uhh kak dee oii...rase nak kumpul duitthn dpn cuti tgh thn nak pegi sana je nie..
 
dee, masa tu cuaca di sana berapa degree?
 
Sioknya jln2 ke sini..plan nk ke sini thn depan xtaulah jd ke x..uhuhuhu
 
Tu pun rakyat Malaysia tak bersyukur lagi dibuatnya macam China tak leh access FB padan muka...ahahhaa...
 
tata: 16 - 4 degree celcius..siang ada matahari tapi sejuk..nyamanlah..cuma bila angin bertiup..pakai jeans pun gigil..yg paling sengsara tangan ngan pipi lah..kebas dek angin sejuk..
 
junaina: dorang ada their own FB..dia panggil Renren..dorang tak heran pun takde FB ni..hehehe..
 
seronok lah baca entry beijing ni..
In Sha Allah nak pergi nnti..
tgh plan.. hehehe
 
serononknye jalan2 di sana...besttt...suke...pemandangan yg menarik
 
Gambar 1st tu, sekali imbas tgk..ala ala macam kat Europe design building nya..

Maksudnya, kalau guna Blackberry, boleh berFB ke di China?
 
DZ: yup..boleh..dee guna Blackberry kawan as mobile hotspot samsung dee..boleh je connect to FB..yang tak pakai BB tu..boleh instagram, wechat, whatsapps..FB je tak boleh tp dpt notification...cuma tak boleh buka..
 
ko kalo update bab cuti2 jalan2 ko mmg aku suke dee...perfect n lengkap dgn info...mmg senang org buat rujukan.....

tu laa tgk cuace mcm panas tapi sejuk rupenye kan....

eh aku tgk ko kurus sikit lah...
 
ni yang tak sabar nak pegi sana, saya pakai blackberry :)
 
lieyalatif: aku rasa mata kau kero..hahaha...
 
wow best nyaaaa~
 
Ahhh sangat jeles niii!
 
Owhh blackberry je yg boleh ke ? :)

Ensem jugak mamat askar tu kak..hehee
 
tang jalan kemain jaga..
tang toilet!! pengsan!!!
 
Yap Ah Loy ngan Mao Tze Tung sama ye? Tak perasan pulak sebab dulu-dulu masa belajar sejarah suka aje tulis surat cinta bawah buku....