Monday, November 11, 2013

Autumn in Beijing: Tibetan Medicine Spa


Ni antara papan tanda jalanraya yang ada di Beijing. Saya rasa maksud dia..kereta tak boleh ke kiri atau ke kanan..sila maju ke depan..hahaha. Ke..no parking di kiri dan kanan jalan..hahaha.


Daun-daun pokok yang dah kekuningan dan gugur ke bumi tapi takde pulak bersepah di jalan..ada je orang yang sapu. Bersih.


Kereta-kereta comel yang menghiasi jalanraya di Beijing.


Bas ala2 tram. Meh tengok lebih dekat.


Ha..tu..bas tu menggunakan kuasa elektrik ye. Antara yang menarik di Beijing.


Bagus betul tour guide susun itinerari kitorang kan. Lepas je dah berjalan kaki selama 3 jam lebih tu..kami dibawa ke sini. Tibetan Medicine Spa. Pintu masuk sebelah lain..bukan yang ini.


Masuk je, ada pegawai yang mahir cakap Indon membuat serba sedikit penerangan sambil kaki kami direndam dalam air panas yang dicampur herba. Mula2 macam rasa melecur kaki..lepas tu sedap. Oh ye..kat sini tak dibenarkan ambil gambar..saya ambil gambar masa org2 dia takde..hehehe.


Orang sebelah saya tu adalah mangsa. Mangsa apa?  Ok, kat sini rendam dan urut kaki adalah percuma. Tapi takkan percuma je kan tanpa ada muslihat...hahaha. Nanti datanglah tabib2 dari Tibet. Dia akan diagnose koranglah. Tanya 'period' korang camana. Tanya sakit itu tak sakit ini tak. Kawan sebelah tu jujur sangat.  

Dibawa ke bilik lain..disapu iodin kuning tu..tetiba ada darah. Adalah benda yg disembur. Tapi kawan saya cakap dari segi chemical reaction dia rasa benda tu mmg akan mengeluarkan warna merah. So, hati2lah..jangan terpedaya. Tak cakaplah benda ni tak elok, cuma cara dia approach kita tu mmg mencurigakan. Kalau dia betul2 hebat, napa dia tak boleh teka saya ada Asthma..hahaha.


Oh ye..walaupun urut kaki tu free..pekerja dia mintak je kita tips. Macam biasa, saya tak bagi.  Nak bagi duit kecik tak diherannya..hahaha. Pengalaman yang nak dikatakan pahit tapi taklah pahit sangat pun..tapi memberi kita peringatan supaya lebih berhati-hati.


Lepas tu makan di restoran yang sama masa lunch tadi. Masa ni sejuk giler..kami ronda2 kat depan area tu.  Ada penjual di kaki lima. So, sapa nak beli glove, kasut bolehlah tawar menawar  Hati2..bagi duit ngam2 aje. Ada antara mereka kaki tipu, nanti dipulangkan dengan wang palsu. Ataupun lari dikejar ala2 DBKL sbb berniaga secara haram. Silap haribulan duit balance kita pun tak dapat balik..huhu.


Sampai je hotel, kami ke bilik kawan. Kat sini ada penjual nama Aishah datang bawa barang jualan. Semua diatur oleh Tour Guide. Apa lagi..shoppinglah. Dengan dia ni..shopping baju, FM, keychain oklah..harga sama je kat luar..dan ada yg lebih mahal. Tapi alas meja dan sarung kotak tisu tu..kalau ada masa carilah kat Yashow Market. Lebih murah dan corak lebih menarik.  Esok, kita sambung lagi cerita ye. Bye. 

10 comments:

Penuh 2 katil ha.. Tp kalau murah oklah..

Bahaya jugak ye yg rendam kaki tu kan, tetiba org approach.. teknik diorang nak dapatkan pelanggan
 
tu diaaaa shopping!!!
 
penuh katil barangan sopingnya .
 
bestlah klu ada penjual yg dtg, tapi klu murah takpe lah..
klu mahal baik beli kat luar saja.. hehehe
 
sign board tu..
maknanya..
kalau parking kat situ..
kereta akan diangkat naik .. atas pokok!!
:)
 
hahahahah aah apa ek maksud sebenar signbord tuh, rasa2 mcm tak penah jmpa je...

oooo kirenyer kite kene betul2 berhati2 lah ek kak, kot2 blh tertipu kt spa tuh... free tp ada udang sebalik keuw tiaw...
 
bestnyer akak berjalan2... i is jelesssss hihihi
 
Waah bestnyaa byk betul shoppingnya yer.. :)
 
Senangnya datang berjualan ke bilik hotel, tak payah susah-susah mencari di luar.
 
banyaknya hasilnya...akkekkekee