Wednesday, July 2, 2014

My Borneo Trip - Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri


Dari Similajau National Park, kami teruskan perjalanan ke Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri.


Ini harga untuk Day Trip. Kalau nak tau harga untuk pakej, sila rujuk website BTRR ni. Kami pun dapat harga dalam RM400 lebih utk satu malam. Tapi pakej lah iaitu pakej 1 hari 1 malam including breakfast dan dinner. Dapat complimentary water park dan farm trailer ride. Kalau duduk sini mmg kena amik pakejlah. Kat mana pulak korang nak cari makan malam nanti. Jom tengok camana resort ni.


Lepas je entrance tadi camni lah jalannya. Tidak bertar. Kiri kanan hutan. Sebelah bawah hutan tu ada yang diteroka. So, agak sedih jugaklah tengok alam semulajadi jadi begitu.


Dalam 1km nak sampai ke Resort ni baru ada jalan tar. Jalannya memang sempit dan berliku-liku.


Sampai2 je nampak pokok besar ni. Entah berapalah usia pokok ni kan.


Ha..ni tempat kami breakfast. Memang nature abislah..hehehe.


Ada kuda gak kat resort ni. Sapa nak naik kuda bolehlah. Lupa pulak nak tanya harga.


Ha..tu lobinya..jom!


Biliknya luas, saya suka. Kami amik bilik biasa je. Pekerja kat sini ramah2. Sebab tu saya suka gi Sarawak.


Budak2 ni memang dah tak sabar nak mandi kat water park.


Nak ke waterpark tu nampaklah chalet2 ni. Cantik tapi agak mahal jugaklah. Cer tgk pokok tu..kat tengah2 beranda..bestkan.


Ha..dah sampai waterpark. Waterpark in the forest, memang best.


Taklah sehebat Sunway Lagoon tapi menariklah bagi saya dan anak2.


Dorang main air sepuas-puasnya. Hari ni memang aktiviti mandi manda je.


Nampak tak water slide belakang saya tu. Budak2 tu nak naik. Memang no no lah kan. Akhirnya dorang naik yang kecik je. Tak snap pulak pic. Selamat sikitlah dari yang ini.


Kat sini memang no WIFI. Connect with nature ok not WIFI..hahaha. Phone line DIGI pun takde kat sini.


Antara chalet yang ada. Mendamaikan.


Boleh bersampan, boleh naik flying fox. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini.


Tengok muka saya letih betulkan? Malam tu kami makan kat coffee house. Setiap meja dah ada nama. So, takyah risaulah ye.


Makan pulak style buffet. Boleh tahanlah food dia. Nak duduk kat luar pun boleh. Tapi saya rasa gelap pulak. Esok kita sambung aktiviti yang saya buat kat BTRR ni ye. Bye.

7 comments:

seronok nyer kak!
 
kak dee..izwa pun anak jadi kl la kak..sori ye ;)
 
BEst nya. Hijau jer. Sejuk mata memandang.
 
Izwa..no hal lah..saja je..
 
wahh sonoknyer makk.,ahHKs
 
memang x rugi la kalau bercuti mcm ni kan....semuanya hijau...jauh dari media sosial....bestnya.....
 
Kak dee... Mnginap kt situ,tk prlu bya tiket lagi ke?atau lain2 byar... Maaf sye jakun sikit..hihi