Monday, August 11, 2014

My Borneo Trip - BTRR Nature Walk


Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Giler lama baru saya dapat sambung balik blogging...hahaha. Ingatkan masa bulan puasa sempatlah nak buat. Lagilah tak sempat rupanya. Maka lepas raya ni lah kita sambung. Gigih tau nak abiskan entry ni..hahaha. 

Oklah, keesokan paginya kami terus check out  dari Borneo Tropical Rainforest Resort atau BTRR. Makan dulu breakfast. Bolehlah buat alas perut. Kat sini takleh pakai kasut tau.


Lepas breakfast tu kami terus terjah tram ni. Free ride tapi pagi je. Sila buat reservation masa check in. Dan sila tepati masa juga. Tram tak tunggu kita ye. 


Ha..inilah kayu belian yang sgt popular di Sarawak dan juga Sabah. Kayu ni tahan lasak tau. Kat Semenanjung dikenali sebagai kayu Balau.


Kemudian kami sampai ke tasik ni. Di sekelilingi kawasan tasik ni ada pokok limau, ada pokok dragon fruit. Kebanyakan buah yang dihidang di resort ini adalah hasil tanaman mereka sendiri.


Turun dari tram kami naik bot ni pulak. Ada pekerja dia yang akan menerangkan pada kita tentang kawasan sekitar resort ni. Dia berbahasa Mandarin tapi bila kami tanya dalam bahasa Melayu memang dia dapat jawab dengan baik. Sistem yang dorang buat untuk transfer kami dari tram ke boat memang sangat sistematik.


Excited naik bot.


Lepas tu kami diberi peluang bagi ikan makan. Banyak ikan talapia merah dan patin dalam tasik ni. Seronok betul anak2 dapat bagi ikan makan. Makanan ikan pun disediakan percuma oleh pihak resort.


Lepas tu kami diturunkan di sini. Lepas ni kena jalan kaki lah pulak..huhu.

 
Dapat tengok binatang ternakan macam kambing, ayam dan sebagainya.


Lepas tu silalah jalan. Berpeluh jugak wei.


Bergambar dekat air terjun Lambir National Park. Ada air terjun yang lebih besar tapi kami tak pergilah.


Selepas tamat nature walk, kami boleh teruskan aktiviti seperti boating, kayak, poney ride, fishing, flying fox, big swing, wall climbing, archery, bamboo rafting, hanging bridge dan banyak lagi. Tapi sebab kami nak kejar masa ke Gua Niah kami tak buatlah aktiviti2 tu.


Selamat tinggal BTRR. Will definitely come again. Saya suka tempat ni.  Betul2 quality time bersama. No connection to Wifi only nature :)

7 comments:

syok nyer kak!
 
as salam...
i'm baccccckkkk....
tapi ntah utk brapa lama aaa hahahahaha..ooopsss :D

wahhh... nak kena khatam ni citer travelling you....
 
Sesekali back to nature ni memang bestkan!
 
temapt-tempat macam ni memang menenangkan :)
 
tapi kayu2 belian tu nampak macam dah usang kan...hihihih

terasa sangat nature nya kan..Insya Allah bila anak2 saya besar sikit, nak bawa mereka ke sini
 
Ni bukan takat wifi je takda agaknya. Silap2 line telefon pun takda.
 
along pun nak berhat mcm ni la...connet to nature not to wifi...sweet je tagline dia kan kak dee...