Tuesday, March 24, 2009

Jangan Mengeluh....

Dapat kiriman emel dari seorang rakan...mmmm..amat2 berguna...

Kita selalu bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya..........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kalu nak mengeluh lagi ............jom gi ngaji...hehehe..copy paste dari emel tu...tp sgt2 berguna utk sy dan kita2 yg menghadapi masalah serta dugaankan..

6 comments:

semuanya dah termaktub kan sis..
setiap kejadian pasti ada hikmah dariNya, insyaAllah :)
 
apa saja yg berlaku.. kembali pada Allah pasti ada penyelesaiannyer..
thanx 4 sharing.. ;)
 
walau dimana kite berade...berpeganglah pada al-quraan.....bagus info ni, saling ingat mengingati kite yg kadang kale leka ngan duniawi
 
ya..
sebab tu kita jgn mengeluh ^^
thanks for sharing


p/s: apa yg penting? kerjasamaaa
 
rasp: mmg setiap kejadian ada hikmahnya...

khas: betulkan..kepada Allah S.W.T jua kita kembali..

lieya: betul..ingat-mengingati..

zam: kerjasama wonderpet!!
 
PERHATIAN 2021!!!
Perkhidmatan Hospital Pemindahan Buah Pinggang (MHS)
doctormcmahonhospitalservices@gmail.com
WhatsAp +4368860326436.
Viber +4368860326436.

Jika anda dalam kesusahan dan anda Perlukan wang segera untuk membayar hutang yang besar? Bagaimanakah anda merancang untuk mengumpul wang dengan segera untuk keperluan mendesak? Tunggu, kenapa tidak anda fikir menjual buah pinggang dengan jumlah yang sangat baik ($ 400,000), yang pertama dibayar sebelum pembedahan untuk menimbulkan keraguan pada penderma sebenar, saya doktor mcmahon di perkhidmatan hospital mcmahon India anda juga boleh hubungi kita di seluruh dunia seperti
. USA, , Malaysia, Jepun, china, Grace, turkey, Nigeria, Australia, kuwait, Brazil, united kingdom , Ghana DLL.

CATATAN: -
* Penderma mestilah sihat secara klinikal.
* Penderma mesti mempunyai kumpulan darah A +, B + atau O + untuk menderma organ mereka.
* Jisim badan penderma hendaklah tidak kurang daripada 35.
* Penderma tidak boleh ketagih merokok atau alkohol.
anda boleh menghubungi kami 24 jam dan kami sedia berkhidmat untuk anda

doctormcmahonhospitalservices@gmail.com
WhatsAp +4368860326436.

hospital Dr mcmahon