Friday, December 30, 2011

Goodbye 2011....Hello 2012!


Hari ni  baru 30 Disember kan?  Tapi inilah entry terakhir saya dalam tahun 2011.  Sebab saya mmg tak buat entry masa saya cuti.  Lagipun saya mana ada masa.  Oh ye..hari ni Mimi orientasi.  Dia masuk Tahun 1.  Saya sedih sebenarnya sebab tak dapat hantar Mimi pergi orientasi.  Gambar pun tak taulah ada ke tak.  Ayahnya yang uruskan hari ni.  

Memanglah ayah dia merayu2 pujuk saya keluar sekejap dari pejabat.  Tapi susahlah kan..saya ni baru je bekerja kat situ..tak smpi sebulan pun.  Tak beranilah saya nak lari2 walau sekejap.  Mujur masa Mimi masuk Pra dulu saya yang hantar.  Jadi xdelah kempunan sangat.  Harap Mimi steady je mcm masuk Pra dulu.  Lagipun dia dah biasa ngan sekolah tu.  No worries.  Saya berharap juga yang ayah dia tak menangis sbb kena handle semua benda sorang2..hahaha.  Eh..buat anak sama2 kan...urusan anak pun kenalah share sama2 gak...ahakssss.

Tahun 2011...oklah bagi saya.  Takde kenangan yang pahit sangat..semuanya biasa2.  Ada suka, ada duka. Yang paling saya happy sebab dpt bekerja di tempat baru. Alhamdulillah, murah rezeki.  Doa saya di tahun 2012, moga ianya lebih baik dari tahun2 yang dulu...amin.  Kepada semua, saya ucapkan Selamat Tahun Baru.  Moga perjalanan hidup kalian lebih bermakna di tahun 2012.  Bye...see you all next year!


Thursday, December 29, 2011

Planetarium Negara..

Keluar je dari Muzium Negara, kami terus ke Planetarium Negara.  Dah alang2 dekatkan.  Masuk sini cuma RM1 je utk dewasa.  Kalau nak tgk tayangan khas tambah dalam RM3 kot sorang dewasa.  Sebab we all 4 orang RM10 utk tayangan.  Tapi Isnin tutup tau.  Tutup pun awal..4.30 petang dah tutup. 
Tak pernah pun bercita2 nak jadi saintis..ni eksyen je lebih..x nmpk apa pun..hahaha. 
 A lot of science games to explore.  Yang ni pijak meteor yg nak serang bumi.  We had fun anak beranak.
 Fifi sangat leka main games.  Sgt berinformasi.
 Astronauts wannabe.
 Kapal apa ni?  Soyuz eh..hehehe..lupa.
 Menarik, bawalah anak2..dorang pasti teruja.
Tayangan khas..mcm 3D tapi besar punya.  Siap baring kalau nak tengok.  Pening sikit..tapi enjoyable.  Cuma Fifi takut..dia rasa matahari nak jatuh atas dia..hehehe.
Eh...kamilah manusia No. 1 yang sampai ke Planet Marikh..tak percaya?  Tak percaya sudah..hahaha.  Sebelah ni ada anti graviti room..ke apa nama nya..lupa..tapi ada lohong mcm slide..anak2 saya naik byk kali..saya pun try..seronok. 
Lepas tu kami naik ke menara.  Seronok teropong bangunan2 di sekeliling.   
Lepas tu kami jalan ke taman bersebelahan.  Ni Sundial kan namanya?  Apa tu Sundial..sila google..malas nak terangkan..tak kuasa...hehehe.
Jalan lagi ke depan..amik gambar dengan benda2 ni.  Nama lupa..tapi adalah fakta2 kat sebelah tu.  Sila baca ye..jangan jadi mcm saya..hahaha.
Ini pulak Stonehedge.  Serius..seronok bawa anak2 pergi tempat mcm ni.  Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di KL ni yang kita belum explore habis.  Don't worry..nanti saya share ngan u oll ye.  Please take care friends.

Wednesday, December 28, 2011

Pameran Upin Ipin @ Muzium Negara

Last Sunday, kitorang jalan2 kat Muzium Negara.  Sebab Pameran Upin Ipin ni lah menggamit saya dan anak2.  Dalam gambar tu mmg saya gemuk, xyahlah tanya saya preggy ke apa...mmg orang kuat makan perut boroi..hahaha.  Oh ye..tiket masuk RM12 utk dewasa, RM6 utk kanak2 6-12 tahun.  5 years below..FOC.  Btw, pameran ni tamat 31 Dec ni...kalau tak silap starts at 9 am, finish at 5 pm. 
Favourite character Mimi mestilah Mei Mei.  Perasan betul tau dia ni..hahaha. 
Apsal  Fifi nampak cute dalam pic ni eh?  Hahaha..puji anak sendiri ler..sapa nak puji. 
Mama tak ketinggalan..amik gambar ngan Mail...dua singgit..dua singgit..dua singgggiiiiittttt!! 
Inilah kepala maskot Upin..kemain manja lagi hah peluk. 
Syok woh..siap ada replika rumah opah.  Siap boleh bergambar..mcm real.  Ruang tamu siap dengan kusyen...kitorang snap gak gambar kat situ..tapi ada kat FB lah pic tu.
Ini bilik Upin Ipin. Ada juga bilik Kak Ros dan bilik Opah.  Tapi takleh masuk..boleh amik pic je...nanti Kak Ros marah..dia dah kemas..kehkehkeh.
Lepas tu siap ada ruang dapur.  Anak2 saya gaya dah mcm makan betul2.  Siap ada dapur, almari,  kira completelah.
Ada juga Upin Ipin pya animasi dlm 3D.  Siap ada game kat sebelah tu..tapi abis di'conquer' budak2.  Xde chance langsung nak menghimpit..huhu.
Hujung sekali ada Wall of Fame.  Pendek je ruang pameran ni..tapi anak2 memang enjoy.  Kartun favourite lah katakan.
Gigih ok kitorang anak beranak amik gambar kat depan Muzium ni..demi nak amik pic dgn Upin Ipin pya apa benda eh dorang panggil ni..patunglah eh..belasah jelah.  Tapi takleh nak gi ke depan..sbb betul2 kat cerun bukit.
Lepas tu kitorang masuk Khazanah Kapal Karam..kalau tak silap RM3..tapi u oll xyahlah masuk..xde apa sangat.  Saya dapat masuk free yg ni..sbb terjumpa sedara yg kerja kt Muzium Negara..hehehe.  Oklah, pergi cepat..minggu ni last tau.  Btw, parking adalah azab, sila dtg awal atau bwk2lah bersabar..hehehe.  Enjoy!!

Tuesday, December 27, 2011

Cameron Highland..

Kalau menginap di Century Pines, sinilah tempat utk breakfast.  Best giler environment. 
Banyak jugak food yang sedap2.  Kenyang perut.  Kalau cari hotel, cari yang include ngan breakfast..barulah enjoy. 
 Posing kat luar..menikmati udara angin pagi yang sejuk.
 Lepas tu posing2lah..apalagi.
 Bilik kat atas tu..hujung kanan..itulah bilik kitorang.
 Anak2 pun kemain lagi posing ha....
 Pahang Suite..RM800 semalam..ada yang mahu? Huhu..
 Pokok Christmas di Cameron Highland..
 Oh..feeling Ombak Rindu bila ada di sini...
 Saya memang suka Boh Tea Centre Sungei Palas...really2 love this place.
 Makan lagi.
 Sib baik dh smpi sini baru hujan gerimis.
 Dalam gerimis pun sempat lagi posing2 u oll.
Masa balik tu..hujan lebat..kabus tebal.  Kami turun ikut Tapah.  Alhamdulillah..kami sampai KL dengan selamatnya.  Kali ni kami pergi Cameron mmg nak enjoy view je.  Xde membeli apa2 pun..pergi pasar malam pun...ronda2 dgn kereta je.  Memang takde beli apa pun.  Tapi kami enjoy sangat trip ni.  Maybe repeat ngan kawan2..lagi syok kan..hehehe.  Sorry, lately tak BW sangat.  Kalau ada pun sebagai Anon je.  Kalau sempat malam saya BW.  Tapi tak terkejar semua blog.  Sorry geng..insyaallah, ada masa saya BW eh.

Friday, December 23, 2011

Century Pines Resort, Cameron Highland


Dari Felda Sg Klah, Sungkai kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata.  Kami ikut jalan lama.  Sampai di Tapah terus je ke puncak.  Sampai di Ringlet, hari sudah senja.   Cantikkan pemandangan.  Saya lagi prefer ikut Tapah sebab dekat dan orang lain memandu dengan lebih berhati2 banding mereka yang naik ikut Simpang Pulai.  Laju2 je semuanya.  Lagipun kami menginap di Tanah Rata, lebih dekat ikut Tapah.


Saya booked hotel ni melalui Agoda.com ...mudah je.  Masa saya booked ni harga dalam RM220  termasuk breakfast.  Sampai2 dah sejuk gigil2..itu belum hujan.  Kalau hujan lagi tak tertahan.


Saya dapat bilik kat tingkat 2.  Hujung sekali.  Xde lif..jenuh berangkut beg.  Tapi sapa book bilik lagi besar...dpt kat main building..ada lif.  Katil pun besar ni..double bed.  Cukuplah utk kitorang berempat.


Sebelah katil ada sofa dan ruang yang sangat luas.  Kalau nak bentang toto pun boleh.  Memang puashati lah dengan keluasan bilik ni.


Meja solek, tv pun ada lupa nak amik pic.  Tempat buat air panas pun ada.  Teh pun cameron valley punya. Syok minum panas2 kt tempat sejuk.


Bilik air pun luas dan bersih.  Tandas dalam bilik air gak tapi ada pintu sendiri.  Oklah..memudahkan.


Siap sediakan selipar jepun you..kelaaaaassss kau.  Maklumlah...lantai kan sejuk walau lantai kayu..mmg akan gunalah selipar ni.  Guna dalam bilik air pun ok..lantai bilik air kan sejuk gedi.


Parking pun luas...kat basement pun ada parking lagi.  Tapi kitorang park kat luar je.  Convenient betullah.


Yang ni main building.  Nanti saya sharekan gambar2 hotel ni di siang hari.  Saya dah malas nak duduk Equatorial tu..sbb semak pemandangan dan semak pemikiran.  U oll pun tau kan..penuh, padat kat atas tu..sbb tu saya pilih menginap di Tanah Rata je kali ni.  Makan pun senang, banyak kedai..parking pun senang.  Kalau Brinchang tu mmg payahlah..nak2 bila ada pasar malam..sesak giler kan.  Oklah..sambung minggu depan eh.  Take care semua.