Asam Pedas Sejati Melaka...

Thursday, December 10, 2009


Fuh..Selasa lepas sy terjah tmpt makan ni.  Mmg famous gak tempat ni.  Tempat yg agak uzur..tp food marvellous.  Dia pya main dish..Asam Pedas.  Masuk2 pilih je ikan..n pastu nk tambah order lain mcm ayam goreng, puyuh goreng, telur dadar n lain2 pun boleh.
 
Ini compliment kot..or dia caj gaklah..tp dia mesti antar tiap2 meja..ulam-ulaman, telur masin & sambal belacan.  Sedap.

 
Dorang masak satu2 tau.  Org order baru masak.  Mengelegak lg ni bila smpi kt meja we oll.  Berpeluh2 menikmati asam pedas ni.  Mmg lagi sedap dari Linda Onn punya.  Harga pun berpatutan.

 
Ni lah kedainya.  Buruk je kan.  Ok..pada yg nak pergi tu..kenalah gi cari jalan nak ke Desa Pandan.  Lepas je stesen Petronas slps Sek Men Aminuddin Baki tu..ada 1 traffic lite simpang masuk ke Naza.  Masuk simpang tu ke kanan..n teruskan je perjalanan smpi nmpk flying over MRR2 yg bwh tu ada byk2 lori utk disewa.  Then nmpk pondok jual goreng pisang yg famous kt area Pandan tu sebelah kiri.  Straight je..mata dh start kena alert sebelah kanan.  Kedai ni terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Taman Nirwana.  Kalo dh smpi traffic light depan tu..maknanya u oll dh terlepas.  Dpn kedai ada tulis Asam Pedas Malaysia..n ada signboard tulis Asam Pedas Melaka.  Hehehe...selamat mencari.

JCard Day Mid Valley

Wednesday, December 9, 2009



Jangan lupa terjah Jusco Mid Valley Selasa & Rabu depan ye.  Beratur awal2 kul 8 pagi..kehkehkeh.  Sy? X kot. U oll jelah yg terjah..hehehe...

Cicak Yang Tuli..



Cerita ini panjang...baca dgn penuh kesabaran...hehehe..

Sambutan hari kemerdekaan di Negeri Binatang berlangsung dgn meriahnya.  Salah satu acara yg paling menarik adalah acara Panjat Pinang yg diadakan khas utk cicak2.  Btg pokok pinang dilumuri dgn getah dan tidak seperti pertandingan Panjat Pinang yg biasa, pertandingan kali ini tidak menyediakan sebarang hadiah di bahagian atas pokok pinang utk direbutkan dan para peserta juga tidak perlu bekerjasama.  Peraturan perlumbaan mudah shj, iaitu siapa yg sampai dahulu ke puncak pokok pinang, dialah pemenangnya.  Syarat perlumbaan mudah, sekiranya ada cicak yg jatuh, dia masih diberi peluang sebanyak 3 kali lg utk memanjat pokok pinang itu.  Hadiah yg ditawarkan adalah Rumah Cicak.

Apabila pengadil meniup wisel yg mengistiharkan permulaan pertandingan, kesemua peserta cicak itupun berlumba-lumba memanjat pokok pinang.  Baru beberapa minit pertandingan bermula, sudah beberapa ekor cicak yg tergelincir jatuh.  Penonton menjadi begitu ghairah melihat perjuangan para peserta yg bersusah payah memanjat mahu mencapai puncak pokok pinang.  Ada yg memberi semangat, tetapi lebih ramai yg mengkritik serta mengarah.  Dalam hal ini, penonton kelihatan jauh lebih handal drp peserta itu sendiri.

Beberapa waktu berlalu, peserta yg terkeluar pun sudah byk kerana jatuh dr pokok.  Tinggallah 6 ekor cicak yg masih berjuang utk smpi ke puncak pokok.  Apa yg anehnya adalah penonton tidak lg memberi semangat kpd peserta2 ini, tetapi melaungkan yg mereka tidak mungkin dpt mencapai puncak yg begitu tinggi memandangkan badan mereka yg kecil itu.  Para penonton menjerit, "Sudahlah, tidak mungkin awk boleh sampai ke atas, turun sahajalah!"  Ada juga yg mengatakan, "Janganlah kerana inginkan hadiah rumah tu, kamu korbankan sesuatu yg mungkin berguna utk org lain."  Malah seekor cicak tua, yg hya menonton pertandingan itu berkata, "Masa zaman sy dulu, kami tidaklah segigih ini.  Yg penting adalah melakukan kerja seperti biasa."  Sementara itu, para pembesar Negeri Binatang juga turut bersuara, "Sudahlah cicak, kami mengadakan pertandingan ini hanya utk bergembira dan memang pertandingan ini susah utk dimenangi.  Turunlah! Tidak mungkin awk dpt sampai ke puncak itu!"

Mendengar kata2 yg demikian, beberapa ekor cicak mula kehilangan semangat, daya saing mereka berkurangan dan satu demi satu cicak2 itu jatuh ke tanah.  Melihat keadaan begitu, para penonton semakin lantang berteriak bahawa tidak mungkin ada cicak yg dpt mencapai puncak.  Namun, pertandingan masih belum selesai, kerana ada tinggal seekor lg cicak yg masih terus merangkak naik, perlahan-lahan tetapi dgn gigihnya.  Melihat kegigihan cicak itu, penonton kembali bersorak, ada yg mencemuh cicak itu dan mengatakan tidak mungkin cicak itu berjaya smpi ke puncak pokok.

Malah, seekor haiwan yg kaya-raya berkata, "Hei, cicak, turunlah! Kalau demi rumah, kamu sanggup berkorban utk sesuatu yg mustahil, ambillah rumahku dan turunlah drp pokok itu, sebab semakin tinggi kamu memanjat, semakin besar pula risiko utk jatuh, dan sekiranya kamu jatuh, tentulah ia sgt menyakitkan."  Tetapi, kata2 haiwan kaya itu langsung tidak dipedulikan oleh si cicak.  Apabila pagi bertukar tengahari, semua penonton terdiam apabila melihatkan si cicak masih lagi merangkak dgn gigihnya dan akhirnya berjaya sampai ke puncak pokok.

Semua penonton menjerit dan bersorak gembira melihat sesuatu yg mustahil menjadi tidak mustahil.  Malah, rakan2 cicak yg terkeluar drp perlumbaan terlebih dahulu, turut menangis terharu melihat rakan mereka yg berjaya mencapai puncak itu.  Selepas diturunkan dgn menggunakan tali khas, beberapa org penonton dan para pembesar Negeri Binatang menghampiri cicak itu kerana ingin tahu bagaimana ia mampu mencapai puncak dan berjaya meraih hadiah rumah yg disediakan itu.  Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati cicak yg menang itu tidak boleh mendengar sama sekali.

Moralnya....salah satu sifat manusia yg hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah dan suka menceritakan perkara2 negatif mengenai org lain berbanding dgn perkara2 yg positif.  Cuba amati!  Seseorang jarang berasa senang dan gembira dgn kejayaan ataupun kesenangan yg diperoleh oleh org lain.  Inilah kenyataan hidup manusia.  Malah, bagi sesetengah org, ungkapan2 negatif yg diterima boleh mematahkan semangatnya utk berkembang dgn baik.  Tetapi, tentulah penonton berhak memberi komen semasa pertandingan itu berlangsung.  Begitu juga keadaannya dlm hidup manusia, semua org mempunyai hak mengatakan yg negatif ataupun positif mengenai diri kita.  Apa yg penting adalah cara kita bertindak balas terhadap kata2 ini dan bagaimana kita menangani segala isu negatif yg menerpa diri kita.

Belajar drp si cicak td, ada kalanya kita perlu memekakkan telinga supaya tidak mendengar segala kata2 negatif yg akan menghambat perkembangan kita di tempat kerja, keluarga dan juga dalam masyarakat.  Memekakkan telinga bukan bererti kita berpura-pura tidak tahu isu2 semasa, tetapi ia bererti kita mengkaji diri terhadap isu yg berkembang.  Dlm erti kata lain, biarkan isu itu berkembang, kerana pada suatu ketika nanti kita akan bertemu dgn kebenarannya, jadi bersabarlah.  Tetapi sekiranya membuat kesalahan, sebagai manusia, mengaku dan berusahalah untuk tidak mengulang kesalahan dan perbaikilah diri di kemudian hari.  Tidak perlu berselindung di sebalik org lain bagi menutupi kesalahan diri.  Pekakkan telinga terhadap perkara2 negatif yg tidak jelas kebenarannya dan asal-usulnya, serta bukalah telinga selebar2nya utk org lain dan bagi mengkaji diri.  Berbuat baiklah terhdap org, walaupun org itu tidak berbuat baik kpd kita.  Promod Batra pernah berkata, "Perlakukan semua org dgn sopan, malah kepada mereka yg berkasar kepada anda.  Ketahuilah anda menunjukkan sifat sopan santun kepada org lain bukan kerana mereka org terhormat, tetapi kerana anda memang bersikap demikian."

Petikan daripada buku "Setengah Berisi, Setengah Kosong?" Tulisan Parlindungan Marpaung.

Best Ke Jadi Sekehtari?

Tuesday, December 8, 2009


Sebut saja sekretari..mesti kita imagine..pompuan cantik pakai skirt, mekap lawa2..n paling rapat dgn bos..or ada affair ngan bos..hehehe.  Masa sy sekolah seingat sy..x pernah pun dlm borang cita2 sy tu..sy bubuh sekretari..atau kwn2 sy ckp..sekehtari.  Tp dgn result SPM yg mmg kalo org dgr awesome..tp dgn subject Maths yg ada 2 roundabout tu sy bolelah lupakan bidang2 yg lain.  Mmg Diploma Kesetiausahaan Eksekutif je yg layak dgn result SPM sy tuh.  Alah..course senang...mesti sy leh dptlah.  Cewah..konfiden giler. 

Rupa2nya ada interview sebelum calon student dishortlisted utk diterima masuk ITM.  Ha..jgn gelak.  Mmg sy ni otai..zaman sy blaja..kitorang panggil ITM...no 'U' at that time.  Interview dibuat di ITM J.O..hah..pd yg x tahu..ITM Jalan Othman, PJ.  Dkt PJ Old Town tu.  Dhlah gi interview pakai baju lengan pendek, tuck in dlm pants..masa interview mmg abis2 kena cantas.  Kena sound sbb x pakai baju kurung.  Lenkali tulislah etika pakaian dlm surat panggil interview.  Seb baik sy jenis buat derk nyer org.  Ckp sorry sudah.  Masa interview gak kena tya soklan pasal mata sy yg x nmpk ni..jwb je dgn konfiden.  Tak sangka dlm dok depa sindir2 sy masa interview tu..sy diterima masuk.  Syukur..

 
Mula2 belajar menaip..weh..asik tergelincir je jari. Masa tu dh pakai typewriter electronic.  Tp jenis yg besar.  Kalo yg jenis old type tu..mau tersepit2 jari sy masuk dlm tu.  Lecturer x tgk sgt..dia dgr...bunyi kena berirama..ada sumbang je sket..dia dh tau ada yg salah type.  Weh..we oll ckp ngan lecturer..bila nk pandai ni..asik tergelincir je jari.  Kata2 semangat lecturer..don't worry..esok2 sambil menaip pun leh gossip psl Raja Ema.  Hahaha..Raja Ema?  Gila otai betul.  Lg satu, jgn berani pergi kelas x pakai lipstick.  X pakai full mekap xpe..jgn lupa lipstick.  Ada sorang lecturer lelaki En. Rijal yg gebu..dia kemain marah kalo x pakai lipstick u..kahkahkah.  Jgn x caya..ada di kalangan kami yg mmg bergaya kemain..tp ada juga yg nerd2...jenis budak yg baik2.  Sy?  Dua2 geng sy.  Oh ye..kt sinilah bermulanya nickname sy Kuntum tu.  Itu..sy story next time ye.

Setahun we go for English course.  Belajar English semata..tp x pandai2 gak sy.  But improvinglah dr masa zaman2 secondary school dulu.  Di ITM J.O..life was fun.  Hari2 gi Sg. Wang walau sy dok hostel.  Alah..masa tu tambang bas mini 50 sen dr PJ to Sg. Wang.  Giler murah.  Then, we moved to Shah Alam.  Seronok jugak..tp agak jauhlah sy nk balik rumah di Bangsar tu.  Sambil2 tu sy buat keje part time di Baskin Robbins.  Sy study without loan..mmg fully sponsored by Pa & Ma..n also hasil dr keje part time during weekends n semester break.  Sem akhir..sy dh terrer dh menaip..sapa mau challenge?  Wakaka..giler berlagak.  Tp skill2 seperti Trengkas & Shorthand dh tinggal kelabu asap.  Inilah akibatnya bila x praktis selalu dan x di'impliment' ketika bekerja.  Masih boleh buat..tp merangkak nk baca.  Dulu2 we oll tulis diari guna tulisan trengkas & shorthand.  Kalo org jumpa..insyaAllah org x phm tulisan cacing kita tu..kihkihkih.

 
Bila dh start keje..weh..multitasking baby.  Pernahkah anda mendapat bos yg suruh beli rokok? Or simpan sekarton rokok beserta lighter utk beliau?  Pernahkah anda menjadi tukang buat kopi utk beliau di setiap ketika?  Pernahkah anda disuruh mencari org membaiki mesin basuh yg rosak di rumah boss?  Pernahkah anda disuruh membeli ikan di pasaraya?  Pernahkah anda diminta membeli lunch/breakfast mereka tiap2 hari?  Pernahkah anda disuruh bertugas sepanjang hari bila mereka buat open house di rumah mereka tetapi dibyr hanya RM50?  Pernahkah anda diketawakan oleh semua ketua jabatan dlm mesyuarat hanya kerana anda tidak pernah menaiki kapalterbang?  Pernahkah anda tidak dibenarkan bercuti hanya kerana boss anda ada di ofis? Dan kalau beliau cuti pun anda tidak dibenarkan bercuti  sbb xde org nk jaga ofis?  Well..sy pernah rasa itu semua.

Walau bagaimana pahit pun, itu semua pengalaman.  Pengalaman yg mendewasakan, mematangkan dan membuatkan sy lebih cekap menjalankan tugas seharian.  Tp sy bolehlah digelar 'Sekehtari Pencen'.  Sy dh x berminat nk jadi secretary...sy skrg seorang Administrator.  Mungkin juga akan melanjutkan pelajaran dlm bidang Human Resource.  Itu cita2 sy..tp x tau entah bila..hahaha..moga tercapai tahun depan..dan depan..dan depan.  Oklah..nk gi buat kopi bos ni...babai!!

P/S:  Credit to Google Image for the lovely pictures..

Happy Birthday Aqeef...

Monday, December 7, 2009


Last Saturday, my auntie kt Bukit Beruntung ada buat birthday party utk cucu dia.  Aqeef..1 year old.  Ni kek yg we oll x sempat nk tgk dia potong.
 
Ni 2nd cake...alahai dua2 coklat..hancus diet.

Hidangan yg ada..laksa, mihun goreng, agar2 santan, puding jagung, nuggets, karipap sardin yg mmg favourite sy.  Dok ulang mkn tu je.  Dtg my auntie lg sorang..abis suma komplen..tu manis ni masin..hahaha.

 
 Ni Pak Ngah sekeluarga..yg duduk dkt2 area tu gak.

 
 My cousin yg sibuk bg kucing mkn puding jagung..n hey..Angah..thx for the Diari 2010 ye.  U oll dh ada?

 
 Mimi n cousins yg berebut2 nk main buaian.

 
Aqeef with her mom, Akma.  Muka Aqeef ni ikut mama dia sbb tu cam pompuan...hehehe.


Lastly, Aqeef posing with the shirts yg dia dpt from me...hihihi.  Aqeef..Happy 1st Birthday ye darling.  Ni je achik sempat nk gi beli.  Hope u like it.

The Answer...

Friday, December 4, 2009


Sorry geng..gambar goyang abis.  Bateri kamera dh nak kong.  Dh abis zoom ni.  Ruang ni sebenarnya agak besar..bukan kecik.  Tp sebab dlm gambar nampak kecik je kan.  Ini betul2 kt bumbung ruang tamu.  Memang sy pun terkejut masa mula2 nampak.  Siap urut2 dada beristighfar.  Mana taknya...putih je terjuntai kt situ.  Kus semangat.  Tp dgr anak2 buah sy yg biasa dok kt kg (umah MIL) cakap....."AYAM..AYAM.."..baru lega hati sy.  Ye, u oll..AYAM.  Bukan tikus, kelawar, kucing dsb...mmg AYAM.  Tapi ni bhg punggungnya yg terjuluq kuar.  Mmg kurang asam jugak ayam ni.  Abis diberaknya kt ruang tamu tu.  Terpaksa MIL sy alas ngan newspaper.  Tp x syoklah kan..sbb sebelah tu je meja mkn utk tetamu.  Hmmm..umah kg mmg kdg2 mcm mini zoo.  Anak sy tgk kambing dia kata kuda.  Nampak lotong dikatanya tupai.  Tgk ayam bertelur..dia pelik..napa x beranak katanya..abis telur ayam kg MIL dikerjakannya.  Nampak sgt budak bandar masuk kg.  Hahaha...

Ingatkan ada yg dpt jawab..kalo ada dptlah 1 FM dari Sabah.  Mmg bukan contest..tp saja bagi tanda penghargaan.  Xpe..sy simpan FM tu untuk lain kali.  Selamat menonton Anugerah Skrin malam ni ye.

Ini Bukan Contest...

Thursday, December 3, 2009



Hahaha..ini bukan contest ye.  Ini saja2 je..saja buang karan, buang masa.  Cuba teka apa itu?  Mimi n Fifi dh jawab...momok atas bumbung umah Wan...huhuhu...takutnya...kihkihkih.

 
Dee © 2008 Rie's Style Template Design By Herro And Cebong Ipiet
Publisher : Templatemu