Kami teruskan perjalanan ke Gua Niah. Taklah jauh sgt dari BTRR tu. Tapi hujan pulak time kami sampai. Biasanya ranger taman negara takkan benarkan kita masuk kalau cuaca buruk. Kita cuba lah luck kita ye.
Mujur masa sampai tu hujan dah reda. Gi pejabat admin, register. Oh ye..masa kuar pun nanti make sure register jugak tau. Kang dia ingat kita tersesat kat dalam tu. Tiket masuk untuk dewasa RM10. Kanak2 RM3.
Mereka senyum..mereka tak tahu jalan di hadapan adalah sangat panjang..hahaha.
Kena seberang sungai. Air agak tinggi. Musim hujan. Hati2 ada boyak..hahaha. Naik bot untuk menyeberang sungai. Bayar RM1 sorang one way. Return RM2.
Ayuh kita teruskan perjalanan. Jalan bersimen pada permulaan trek. Jangan pakai selipar jepun macam akak kt atas ni tau...hahaha. 45 minit hingga sejam sehala untuk masuk ke pintu Gua Niah. Return 2 jam.
Pakai macam kami ni boleh tahan lagi lah. Memandangkan hujan, so berhati2 lah ye. Trek basah.
Lepas jalan bersimen jumpa jalan berpelantar kayu macam ni. Ada pondok tempat melepaskan lelah. Ada terserempak orang balik kutip sarang burung tapi tak sempat nak snap pic.
Pintu pagar tinggi dah macam dalam cerita Jurassic Park. Sebelum pagar ni rasanya ada orang berjualan. Ke selepas..tak ingat. Ada jual air dan souvenir. Kalau boleh xyah beli...mahal. Kalau haus sangat, belilah. Lupa lagi nak snap pic. Sebabnya terlalu penat..hahaha.
Dah semakin hampir. Penat tak terkata. Anak2 ajak patah balik. Tapi mama dia keep pushing them. Macam kejam je..alang2 dah sampai kan...kita teruskanlah..hihihi.
Dah sampai gua pertama iaitu Gua Dagang. Kawasan dia mendatar. Trek ke Gua Niah ni mendatar je tapi jauh ke dalam..tu yang tak larat.
Mimi meneruskan perjalanan dalam keadaan terpaksa. Fifi strong masa ni..steady je.
Panjat lagi sikit je. Pintu Gua Niah pun tak sampai lagi ni...huhu.
Antara binatang kecil yang kami dapat capture. Terpegun tengok ulat bulu besar smpi tak sempat amik pic..hahaha. Hati2 masa pegang pagar masa berjalan..binatang2 kecil ni mmg ada je.
Dah sampai pun Gua Niah. Terang-benderang disinari cahaya matahari. Jam lebih kurang pukul 2 petang.
Muka kitorang pun terlebih bercahaya..hahaha. Tengok kat belakang tu..tangga untuk masuk ke bahagian gua yang lebih dalam. Kalau nak masuk lagi boleh tapi bawalah lampu suluh. Memang gelap kat bahagian tu. Nampak tak tali tergantung belah kanan kami tu. Ha...tulah tali pencari sarang burung. Bahaya dan berisiko tinggi. Ada juga yang menemui ajal panjat tali tu.
Punyalah saya letih sampai nak panjat lagi sikit tengok the Painted Cave pun saya tak terdaya. Lagipun kata kawan saya lukisan dindingnya dah pudar. So, memang tak diteruskanlah niat tu kan. Kat sini memang banyak tahi kelawar. Lepas tu kami terus patah balik. Sejam lagi untuk sampai ke jeti tadi.
Anak2 macam serik je. Siap terbaring pengsan kat jeti. Tapi kata Fifi..eloklah kita jalan jauh Mama, kurus sikit kakak Mimi...hahaha. Akhirnya tercapai impian saya nak ke Gua Niah. Repeat? Hmm...pikir panjang dulu ye..hahaha. Jumpa lagi esok, insyaallah.