Wednesday, February 18, 2009

Mandi Wajib...

Sapa ni? Wow..body..kuikuikui...dosa Dee ooi!!

Assalamualaikum, Sedikit pedoman buat tatapan.

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut.

Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu.

Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Yg ni pun bukan Dee tau..hihihi..

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa....Sila- silakanlah. ..... Wassalam. Tolong edarkan e-mail ini kepada semua muslimin & muslimat. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.

Dapat emel dari teman...ingin berkongsi ngan kengkawan....x salahkan?

17 comments:

wahhh..gambo hiasan x hingat
 
Secara amnya, maksud tu sampai pd pembaca cm aku. Ayat2 senang dipafami (cm cut n paste je hahaha). Cuma grafik je kalu perlu very hot lagi, cam gambar Nasha Aziz mandi ke, sure terbeliak mata aku :D hehehe....saja sakat ko pagi2 ni
 
neeza: ada yg lg power..tp nti blog aku kena banned..hahaha..

km: aku mengaku mmg cut n paste je..tp km aku xnak boh gambar2 yg lg daring..takot ko xleh buat keje..mata terpaku kat skrin pc je..hehehe..
 
mandi wajib mmg wajib mandi..he..he...
 
nice info...
 
sy pernah mendengar ceramah kat halaqah pasal mandi wajib...2jam punya ceramah....memg best....byk sgt info....

penceramah pun best....

salah satu info....niat kena dibaca disaat air jirusan pertama mengenai badan......
 
Tazkira pagi ni. Good.
 
Abg KM oiii tak sedo diri betui...alalallaala...larikkkk..

thanks 4 sharing kak...dah pernah baca gak kisah ni...rajin tul akak sorang ni kongsi ilmu..teruskan yeah..=P
 
bagus bagus ^^
peringatan sesama kita..
yang penting air yg dijirus tu kena diratakan ke seluruh anggota badan..kalo tak rata maka mandi wajib tersebut pn tidak sah juge..
wallahualam..



p/s: wajib mandi ^^
 
kelako baca komen si KM....mem tahu ngamuk dia....hahahaha

thanks dee berkongsi cerita....bgus email ni.. :-)
 
info yg sungguh mengesankan .. terutama prop dia tu hehe
 
mandi wajib mmg wajib..

gud info..dee tq..
 
sangat2 berinfomatif
 
alia: wajib2..

kulna: thx..

mat: betul tu mat..

emy: thx..

nani: thx gak..

zam: betul tu zam..

reen: mmg kena ngan mem tu..

zino: gambar sekadar hiasan..

kty: dh nama pun wajib kan..

prebetsapu: thx...
 
Bagus bagus cari lagi entri yang macam ni,
Berkesan dan menginsafkan,
 
tq for the info..semoga jadi pengajaran utk kita..
 
leenoh: akan diusahakan..

lily: thx..