Salam...selamat pagi. Arini sy nk buat preview sket pasal buku. Maybe ada yg tau sy mmg minat membaca. Bukan terhad kepada novel je tau. Adalah a few motivation books yg sy beli. Tp dlm byk2 buku motivasi ada satu penulis ni..dia lelaki. Nama beliau Abd. Jalil Ali. Ini semua adalah kompilasi artikel beliau yg pernah tersiar di majalah Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan Midi. Mmg lucu. So, sy share sket je..dari buku kedua beliau Teh Tarik Kurang Manis. Buku pertama bertajuk Asam Garam, Gula & Kopi pun best juga. Yg terbaru, Kopi O Tanpa Gula. Pakcik Zino dh ada ni..leh ar pinjam...hehehe.
Salah satu tajuk yg menarik ialah tips mengenali lelaki idaman. Korang baca tau..lawak. Sebahagian je ni.
Harus selalu diingat bahawa ada 1001 jenis mamat di luar sana yg bersedia utk memberikan cintanya kpd sesiapa shj, tidak kira anak dara, janda atau isteri orang. Lelaki jenis ini mudah menawarkan cinta. Baru sekali date dan belanja menonton filem Hindustan, sudah mengaku tertawan. Janji temu kali kedua dan setelah menjamu rojak buah sambil menghirup ABC, dia terus menyatakan I love you!.. Kalau dia mudah memberi cinta kpd anda, dia juga murah memberi cinta kpd org lain. Bagi lelaki spt ini tidak ada cinta sejati. Yg ada hanyalah cinta kacang putih yg boleh ditaburkan di mana shj. Sekali anda terperangkap dlm cinta palsunya, anda mudah menyerahkan apa yg diminta. Gelang emas, subang, duit dan segalanya.
Jauhi mamat seperti ini.
2. Jangan mudah termakan puji.
Mmg lelaki suka memuji. Tetapi, kalau pujiannya itu tidak munasabah, itu ertinya dia hanya ingin memperdaya anda shj. Fikirkan sama ada pujian yg diberikan itu menepati keadaan diri anda. Kalau dia kata,"Pinggang ayang ni ramping mcm biola," sedangkan hakikatnya ialah tubuh anda bulat seperti buah nangka, itu ertinya pujiannya tidak ikhlas. Atau, dia mungkin memuji,"Wajahmu licin seperti pauh dilayang, izinkan aku menjamahnya..." Sedangkan pipi anda penuh dengan jerawat batu, itupun komen yg tidak jujur. Sepatah kata org, sendiri mahu fikirlah! Lelaki ini dari spesies serangga perosak.
Jauhi lelaki seperti ini.
3. Jangan mudah terpengaruh dgn janji2 manis.
Ramai lelaki yg pandai memujuk dan memikat dgn janji2 manis. Kalau dia berjanji akan membelikan sports car sedangkan dia sendiri memandu kereta model tahun 70-an yg exhaustnya bocor dan enjinnya semput spt harimau lapar, jgn percayakan dia. Jika si teruna berjanji akan membelikan intan berlian utk membalut seluruh tubuh anda, ujilah keikhlasannya dgn berkata, "Boleh x abang belikan cincin emas sebesar anak mancis skrg?" Kalau cincin sebesar anak mancis pun dia tidak terbeli, mana dia hendak cari duit utk membalut tubuh anda dgn intan berlian. Percayalah ianya hanya cakap kosong. Dan, ingatlah dlm byk kes selalu terjadi 'cakap x serupa bikin!'
4. Adakah lelaki idaman anda menepati waktu?
Biasanya janji temu yg pertama, kedua dan ketiga, mmg tepat. Malah, yg pertama lebih awal dari waktu yg dijanjikan. Kalau janji tunggu di hadapan pawagam jam 6 ptg, pukul 4.30 ptg dia sudah ada. Tetapi, yg keempat mula nmpk tersangkut. Janji pukul 6, dia tiba 6.30. Kelima, keenam dan seterusnya selalu lewat, kdg2 'kantoi' terus tidak nmpk btg hidung. Memang dia akan memohon maaf, membongkok hingga 90 darjah sambil memberi bermacam2 alasan: jalan sesak, ada kereta masuk parit, tayar kereta pancit, senak perut nak pergi tandas, tok wan buat kenduri utk ke Mekah, hantar anak kak long ke klinik sebab buah saga termasuk dalam hidung, bla..bla..blah. 1001 alasan boleh diberikan. Org mcm ini tidak kira macam mana kacak pun dia patut dinyahkan segera. Kalau nasib tidak baik, pada hari pernikahan dia tidak muncul2, majlis pun boleh haru-biru.
5. Sesetengah mamat selalu datang dgn berbagai2 kisah duka.
Biasanya kisah sedih itu ialah perihal dia putus cinta dgn makwe yg dulu. Makwe mata duitanlah, "sekarang ni abang dh papa kedana, makan mi segera pun tak mampu!" Atau dia bercerita mengenai adiknya yg hendak masuk IPTA tetapi duit x cukup. Motosikal kapcai telah dijual, barang emas telah dilelong, tetapi masih tidak cukup duit utk hantar adik ke universiti. Ada kisah lebih tragis, ibunya jatuh tangga ketika hendak mengambil air sembahyang waktu subuh. Sudahlah terjatuh, terpijak pula lipan bara sepanjang dua jengkal..Ibu masuk hospital, kini ICU. Kalau sekali jumpa ada kisah sedih, boleh percaya. Tetapi kalau setiap kali ada janji temu, ada sahaja kisah sedih, jangan percaya. Itu semua drama sebabak untuk mendapat simpati anda. Lelaki ini boleh menangis teresak-esak utk menyakinkan anda dgn kisah sedihnya. Dia sebenarnya boleh dicalonkan sebagai pelakon air mata terbaik dalam Pesta Filem Malaysia. Biarlah dia menangis hingga basah baju, itu hanyalah tangisan sang buaya.
Saya percaya ramai wanita atau gadis telah mengetahui 5 perkara yg disebutkan di atas. Tetapi, kaum Hawa selalu lembut hati, walaupun tahu ada perangkap maut dan jerangkap samar, mereka percaya juga pada kaum Adam yg mempunyai ciri2 negatif itu. Sebab itu ramai wanita yg merana setelah berkahwin.
Cinta sejati sukar diperolehi zaman ini. Sekadar panduan, cinta yg murni tidak akan dilafazkan sesuka hati. Kadang2 cinta kudus itu tidak pernah terkeluar dari bibir, tetapi dapat dirasakan hingga ke dasar sanubari. Kesimpulan: biarlah lelaki menabur cintanya di tepi jalan atau di dalam lif atau di mana sahaja. Wanita jangan mudah terpengaruh pada 'cintan-cintun' seperti itu. Lebih baik hidup tanpa cinta daripada dibelenggu cinta palsu.
Petikan dari buku Teh Tarik Kurang Manis..penulis Abd. Jalil Ali..keluaran Alaf 21.
Credit to Google for the lovely images...
29 comments:
hehhee...
akak dee...
luvida xde bf la..
huhukk..sadisss :(
kf: xdelah kf..hahaha..
luvida: xde bf? eloklah baca..hati2 ye dik..buaya merata..hahaha..
doakan kami..chewaahhhh...
tetiba ayat syahdu pulok
mat: akak doakan...amin..
mamaqaypo: best..kalo baca senyum je..
zana: 1 n3 je arini..xpe pjg pun kan..kan..kan..
faizah: hehehe..
neeza: dia yg tulis..hihihi..
Kes 1 : Kes Langgar Batu Tersungkur
sebelum kawin : 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu! '
selepas kawin ; Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
Kes 2 : Buang Angin..
Sebelum Kawin : You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*
Selepas Kawin : Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*
Hehe..good info kdee.abis kite bace..kihkhihkh..kelakor tul cara die tulis..:p
ekk ala cm ner leh xder nie..carilah hee~
ratna: ok je kan..ada gak buaya yg suka ngap bini org..
cok: midi...best apa..
kojah: ha..baca..jgn x baca..
sueanne: lom lg 1 buku..mmg lawak dia ni..komen sueanne..the bestlah..hahaha..rajin type pjg2..
bspotgurl: u dh dptkan? hahaha..
kf: gi cari sendiri..tulah lawak lak si sueanne ni..
rasp: leh ar..bacaan motivasi yg ringan..
"cinta itu buta" jadi bercintala bnyk2 kali until u get true luv...hehe
jgn jd BODOH kerana cinta especially women...nanti diri sendiri yg merana...
p/s: pecinta wanita
Post a Comment