Lepas je laluan tempat orang rebus telur tu, kami terus tuju ke kolam air gunung. Ha..yang ini best..sejuk airnya..hehehe. Tapi saya takleh mandi time ni..'cuti' daaaa....rugi2.
Yang paling enjoy, si Mimi lah..first slide.
2nd slide pulak..yang ni lagi tinggi. Tapi kalau boleh, sorang tunggulah kat bawah dua2 slide tu..sebab bila smpi bawah..dia tenggelam dulu tau. 2 kali Mimi naik ni..pastu takut..sbb tenggelam..yelah jatuh dari atas kan. Pucat lesi muka dia sambil batuk2..tertelan air agaknya.
Atau lebih selamat, berenang je mcm fifi ni..hahaha. Confirm tak lemas..tapi janganlah telungkup sure lemas gak..hahaha.
Ha..yang ni utk orang dewasa sahaja. Dalam gaklah smpi dada.
Tak besar slide dia..tapi bolehlah kan. Budak2 ni enjoy gak.
Balik tu ikut trail jambatan kayu. Boleh tengok punca air panas. Serius..panas giler smpi berasap-asap. Tepi kitorang tu laluan air panas. Tapi masih byk kerja2 pembinaan sedang dijalankan.
Keluar dari situ, sempat lagi kitorang turun posing kat papan tanda nak masuk hot springs tu. Giler panas masa ni. Bagus gak, kalau hujan lagi haru.
Dah penat mandi kan so perut terus jadi lapar dan kebetulan sepanjang laluan tu ada orang jual durian. Apalagi kitorang pun singgahlah kat umah makcik ni. Dia siap sediakan meja utk makan durian. Pokok durian berderet kat sebelah rumah. Geram betul tengok. Buah2 lain pun banyak.
Sangat heavan ok. Makan selonggok durian dlm 5-6 biji gitu, 10 hengget je. Siap bagi air, rambutan pun bagi free je. Sekadar utk kami merasa. Makcik ni orang KL tapi balik Felda Sg Klah lepas bersara dan berniaga durian sendiri dpn rumah. Arrrrghhhh..terbayang2 rasa durian kampung, durian Perak. Mmg sedap weh. Siap dia tanya..nak yang manis ke nak yang pahit. Kelaaassss makcik..hehehe. Lepas kekenyangan makan durian, kami shoot ke tempat lain pulak. Mana? Esok je kami kabarin..hehehe.
16 comments:
Bestnyer mandi manda.. Dah lama tak mandi2 camni :)
lagi best sbb durian gebu2 hahahahahha
Nyum2 sedapnyaa makan durian..tuh.. :) dan murah plak tuh..
alamak ada gk terselit gambar mkn durian... dh la kucing tu... pastu banyak tu rm10 je...ish murah rezeki makcik tu...
http://www.zahidahwahid.com/2011/12/4569/
Post a Comment