Saya ni baru je balik dari menonton Ombak Rindu di panggung terus on netbook buat entry. Memang panas macam goreng pisang. Kalau u oll nak book tiket kat GSC or TGV tapi penuh, pergilah tengok kat MBO. Memang sure ada seat. Masa saya beli tiket pun dah pukul 6.30 petang tapi masih banyak lagi seat utk show pukul 7.30 malam.
Cerita yang best, panjang sket..2 jam, sedih sampai saya menitiskan airmatalah walau ditahan2..hahaha. Scenery sawah padi yang terbentang luas, laut yang mendamaikan, ladang teh yang menyamankan...memang cantik. Ditambah pulak dengan lagu yang best sesuai dengan jalan cerita, pelakon yang mantap2 memang akan membuatkan kamu menangis bersama, ketawa dengan adegan2 yg lucu (Aaron Aziz notty tau) dan tersenyum dengan happy ending bila keluar dari panggung. So, boleh agaklah kan..camana cantiknya dan melankoliknya filem dia.
Tapi ada banyak juga adegan ranjang yang tak sesuai untuk anak2. So, kalau boleh, elaklah bawa anak2. Nanti u oll yang malu sendiri. Nak2 kalau anak2 tanya apa semua tu..huhu. Lisa Surihani boleh tahan juga berlakon watak antagonis. Dalam jahat ada baiknya. Tak pernahlah dia berkasar ngan Maya Karin. Maya Karin pya tudung dlm filem tu..sesuailah dengan watak gadis kampung yang tak pernah keluar ke mana2. Tapi bila dia dah kerja..ok sket. Bergaya jugak. Tapi si Lisa tu suka nau pakai baju style bengkung dlm movie ni. Kata kawan saya, Lisa pakai PB kat luar...hahaha. Si Azizah Mahzan tu pulak, jadi mak Aaron..seksi sketlah mula2. Bukan si Maya je berkemban tau..makcik dia pun berkemban dlm cerita ni..hahaha. U oll tengoklah, dari segi rating, Dee bagi 4.5 bintang / 5. Tak rugi nonton, pasti puas hati.
Kalau tak puashati, baca je novel. Ada sedikit kelainanlah. Tapi masih mengekalkan jalan cerita. Dan kebetulan, Ombak Rindu memang favourite novel Dee...hehehe. Selamat menonton!
Ralat: Pengarah Osman Ali yang mengarah Ombak Rindu ialah juga pengarah filem Cun. Produser Ombak Rindu ialah produser yang sama dengan filem Lagenda Budak Setan..maaf salah info.
30 comments:
nk tgk msti kene pg hari keje... kalu tak camne nk tinggal si budak bolat kt umah tu
dorang tidur umah my kezen...
malam nie baru nak tanya dorang hehehehe...
takut jugak nak tgk filem yg diadaptasi dari novel ni takut kecewa macam cite budak setan tu. tp ramai dah review ombak rindu maybe boleh dipertimbangkan nak gi tengok.
novelnya sy dh baca bertahun-tahun yg sudah..mmglah best..
eii tp mcm x lepas je nk ajak hubby nengok wayang sobs!
-nik yg malas log in-
besttttt (:
* cik Dee, awk dok cheras ker? aritu zr pi tgk Twilight kt VIVA home jgk , dokat dgn umah
sy gak yg blom lg.. huhuhu
kat area kala teghanu tade pawagam.. huhuhu
kena tgu vcd kuo le gamaknyer.. ;-p
Post a Comment