Thursday, October 1, 2015

Trip to Langkawi - Kilim Mangrove Tour


Assalamualaikum semua. Trip kali ni memang saya tak buat itinerary. Semuanya free & easy. Hari ni rasanya nak pergi Kilim Mangrove Tour. Harga pakej kat area Pantai Cenang punyalah mahal. Takpe nanti saya share contact ye. Pagi tu kami breakfast dulu kat resort. Simple breakfast dan takdelah sedap sangat pun..hehe. Alhamdulillah dapat alas perut.


Lepas breakfast, drive terus ke jeti. Saya ambil dengan Brother Fariz - 0124132771 dapatlah harga RM80 sejam. Saya ambil private boat 2 jam. Kalau nak harga murah, drive sendiri je ke jeti. Kalau suruh ambil kat hotel memang mahal sikit. Ni jeti Kilim..guna je waze insyaallah jumpa.


Perjalanan bermula..anak2 dah excited.


Subhanallah..view memang cantik...damai..tenang.


Boleh tahan laju budak ni bawak kan. Anak2 apalagi sukalah.


First, kita gi tengok helang makan. Seronok tengok laju dan gagahnya helang ni di angkasa. Helang dengan Langkawi memang tak boleh dipisahkan.


Tengok puas2..jangan balik nanti teringat-ingat..hahaha.


Lepas tu tengok batu-batuan yang menyerupai muka orang. Kena belek tenung baru nampak..nampak tak? Tak nampak kalu..tak lama lah tu...kihkih.


Nikmatilah keindahan ini sementara masih berpeluang.


Lepas tu kita tengok pulau kecil berbentuk kasut ni. Ni dah dekat laut terbuka Andaman Sea. Boleh nampak daratan Thailand dari kejauhan.


Yeah..tercapai juga hajat ke sini. Saya taknak ambil Island Hopping sebab dah pernah ambil. Alasan sebenarnya ialah tak sanggup panjat tangga nak ke Tasik Dayang Bunting tu..hehehe. Dah tua..hehe.


Lepas tu kita pergi Fishing Village.


Ada beberapa operator dan restoran di sini. Tengoklah bot nak bawak pergi yang mana satu kan.


Kami ditunjukkan beberapa ikan dalam sangkar. Diterangkan satu2. Bagus budak tu. Layanan terbaik.


Lepas tu kami diberi kesempatan bermesra dengan ikan pari ni.


Mimi excited dapat pegang. Dia kata lembik2 ma..macam agar2 badan dia. Saya memang penggeli sikit..memang tak peganglah kan..hehehe. Tempat ni juga menyediakan masakan seafood yang fresh. Boleh pilih dan suruh dorang masak apa2 jenis masakan pun. Harga bolehlah murah jugak. Cumanya kami masih kenyang jadi tak order apa2. Nak suruh dorang tapau pun boleh.


Kemudian kami teruskan perjalanan ke Crocodile Cave.


Kat sini takdelah buaya tapi bentuk permukaan gua tu berbentuk gigi buaya.


Gua ni pendek je tapi bot boleh lalu.


Destinasi terakhir untuk pakej 2 jam ialah Gua Kelawar.


Lampu suluh tu boleh disewa dengan harga RM1.


Baca semua info kat sini untuk memahami rupabentuk batu dan bagaimana terjadinya Gua Kelawar ni..menarik tau.


Taklah besar mana Gua Kelawar ni tapi nama2 tu menarik.


Masuk dalam gua ni jangan bising. Nanti kelawar terkejut..kehkeh.


Boleh ambil gambar tapi jangan guna flash. Banyak juga kelawar2 ni kat atas dinding gua. Bolehlah suluh guna torchlight tu untuk melihat2 kelawar2 yang bergantungan tu.


Kat belakang saya tu ialah dinamakan Sebatang Tiang Purba.


Kat sini pun banyak si monkey ni. Macam biasa jangan bawa beg plastik..dia akan rampas, dia ingat makanan walau dalam tu ada sampah je. Tu dia baru je rampas botol air kawan saya.


Kat belakang saya tu dikenali sebagai Batu Bengkok Mencari Cahaya.


Jom masuk gua semula.


Tiba2 Mimi bagitau saya ma..ular..ular. Mujur saya tak panik. Ular air bakau ni katanya bisa.


Berakhirlah sudah Mangrove Tour kami. Nanti kita sambung cerita lagi ye. Insyaallah.

17 comments:

mmg kejenyer jln saja... bile lah nk sampai langkawi n jln2 gini... penah gi langkawi tp supnk je takde aktiviti gini sbb masa terhad
kalu dana takmo gi gua yg ada kelawar tuh kak... busuk lah pastu ngeri je kalu terkene taik dia heheheh

kalu dana fengsan agaknya nmpak ular air tuh... udahla geli ngn ular
 
haaa nangis la kalau jumpe ular!!fobia takut semua ade!
 
Hahaha..trip akak ada dua2 tp akak tak taulah mmg akak bukan jenis kaki shopping..ada pun beli cekelat je..
 
Tulah..geli kan..k dee pun takut..
 
uncle suka gua kelawar tu!

(maklomlah, peminat batman)

hehe
 
meriahnyer anak2 kann ;p
 
Dee pun suka..menarik
 
Anak2 memang enjoy aktiviti mcm ni..
 
Menarik sungguh baca trip ke Langkawi ni. Anak-anak seronoklah sebab first time katanyakan. Saya pun takdalah adventurous sangat. Kalau suruh buat yang bukan-bukan tu, memang tak terbuatlah saya. Saya tengok gua macam tu sempit pun saya dah rasa tak leh nak bernafas. Hahaha!
 
jumpa batu king kong tak?!
 
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
 
This comment has been removed by the author.
 
salam admin mohon pm or whatsapp sy cbb hrga 80 tu bukan untuk private hari tu pergi sharing kot...whatsapp no saya fariz 0124132771
 
شركة تنظيف سجاد بالرياض
تقدم شركتنا افضل الخدمات المنزلية علي الاطلاق حيث انها تقدم خدمات التنظيف المتكاملة مثل تنظيف المنازل والبيوت والفلل والقصور وتنظيف الموكيت وتنظيف الكنب وتنظيف الستائر وغير من العمل النظافة يمكنك زيارة موقعنا لانها هي الافضل علي الاطلاق حيث انها توفر كل الخدمات التاليه:-ارخص شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف ستائربالرياض
شركة غسيل كنب بالرياض
شركة تنظيف مكيفات بالرياض
شركة نقل اثاث بالرياض
 
Activate Amazon Primevideo.com/mytv by giving the activation link and enjoy amazon popular shows such as movies & web series. If the prime video app is not working then one restart your device. For more info visit - primevideo.com
 
silver singlesuses an algorithm that matches you with people based on your personality, location, age, and desired relationship outcomes.

tramadol without prescriptionBuy tramadol online at +18056098797 directed by doctors, this medicine is used for moderate to severe pain.
 
SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI Gerbongrakyat369