Wednesday, March 6, 2013

WW ~ Memori Bali

Tuesday, March 5, 2013

Wong Solo, Wendy's & Bye Bye Bali


Lepas ronda2 di Kuta, kami dinner di Wong Solo.


Kitorang order ayam penyet & ayam bakar set.  Wong Solo tak mengecewakan tekak dan perut kami.


Tak ingat nama air, fruit juice kot.  Sedap..buah bulat2 bergolek2.  Cuma ice lemon tea je mengecewakan sebab dia pakai teh bunga.  Tak taulah sebab teh dah habis ke...hehehe.  Total damage RP144,100 = RM46.10 utk 4 orang makan.  Murahkan.


Balik malam tu kitorang pegi spa lagi.  Buat 1 hour refleksologi pulak.  Murah je RP75,000 = RM24.  Balik tu pun dah tengah malam tapi sempat lagi rembat Croc.  Murah dari KL.  Kedai tu betul2 kat simpang masuk ke hotel kitorang.  Tak menyesallah beli..hehehe.  Pastu kebaboom masuk tidur.


Pagi esoknya lepak2 je dalam bilik.  Ambik kesempatan bangun lewat.  Pukul 12 baru kami check out.  Beg kami tinggalkan kat lobby hotel dan kami teruskan aktiviti merayap di Kuta.


Terus gi makan Wendy's je sementara nak tunggu spa bukak.


Pekena beef burger dengan baked potatoes with chillies.  Nyum2.  Tak ingat berapa harga sebab bill hilang..hehehe.


Ye..jangan terkejut.  Pegi spa lagi..sebab murah.  Kali ni buat facial pulak, RP115,000 =  RM37.  Lepas treatment, terus shoot ke Airport.


Ingat dah abis shopping?  Nan ado.  Ada je orang2 yang nak habiskan rupiah.  Saya menyebok je tu..hihihi.


Flight kitorang malam.  Masa ni dah nak boarding.


Oh..I already miss Bali masa ni.  Bye2 Bali....will definitely come again.  Impian saya nak menjejakkan kaki ke sini terlaksana akhirnya :)


Inilah dia dua sahabat yang sudi mengajak saya walaupun last minute.  Terima kasih juga buat CT Elly & Cik Mat yang menceriakan hari2 saya di sana, yang tak banyak songeh dan mempercayai saya dalam menyusun segala plan trip kali ni.  Lepas ni, kita plan lagi ye..hehehe.  Love both of you.

Friday, March 1, 2013

Hard Rock Bali & Kuta Beach


Bergambar di depan Monumen Bom Bali atau Monumen Ground Zero atau Monumen Panca Benua di Legian, Bali.  Di seberang jalan berhadapan monumen ni lah terletaknya disko yg sekarang dah jadi tempat meletak kereta di antara Sari Club dan Paddy's Cafe/Pub yang dibom pada 12 Oktober 2002.  

Monumen dibina bagi mengenangkan 202 korban ledakan bom manakala 209 orang tercedera yang kebanyakannya pelancong dari Australia.  Kat Legian ni mmg banyak disko dan pub.  Kalau di Kuta banyak spa, kedai & shopping mall.


Jom kita gi Hard Rock Bali.


Shopping lebih kurang.  Harga barang/t-shirt HRC Bali adalah standard di seluruh dunia.


Jangan lepaskan kesempatan berposing ok.


Ada juga Hard Rock Hotel.  Betul2 berhadapan Kuta Beach yang sentiasa ramai orang.


Moh round Pantai Kuta untuk tengok sunset.


Kat Kuta Beach boleh naik kereta kuda & feeling ala2 Cinderella.


Kat Kuta ni biasalah macet sket.  Tapi tak seteruk Jakarta/Bandung.


Melihat keindahan sunset di Kuta Beach.


Ramai orang duduk2 kat beach ni.  Tapi kitorang jalan kejap je.  Kat sini banyak anjing juga.  Petang2 time sunset ni mmg ramailah orang.  Ada yang makan2 juga kat tepi pantai.  Esok hari terakhir kami di Bali..sob..sob.