Hari Sabtu kami jalan2 di Terengganu. First place wajib visit mestilah Masjid Kristal. Masjid ni dibina dari kaca dan keluli. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia. Keluasan 2,146 meter persegi. Terletak di dalam Taman Tamadun Islam. Masuk percuma. Tapi Taman Tamadun Islam tu kena bayar tau.
Masa ni panasnya jangan cakaplah.
Anak2 seronok dapat jalan2.
Bergambar dalam masjid. Saya tak boleh masuk..hehehe. Pass kamera kat anak2 je.
Chandelier masjid yang sangat cantik.
Mimbar nya pun cantik putih bersih. Kami kat sini sekejap je. Tak pergi pun Taman Tamadun Islam tu. Kawan saya dah pergi banyak kali. So, saya give way lah. Dengan anak2 kecil lagi..susah juga nak jalan dalam keadaan cuaca panas2 tu. So, moh kita gi Muzium Negeri Terengganu.
Sampai2 je terus amik pic kat kereta2 lama ni. Ada helikopter, ada kereta polis...menarik.
Ini pic bahagian belakang muzium.
Sebenarnya muzium ni besar giler. Kitorang tak masuk sebab panas dan penat. Ada lebih dari 9 galeri rasanya. Nak tau lebih lanjut, sila jengah SINI. Gambar pun amik dari Google Image je..hehehe.
Saya lepak bawah pokok rendang ni nak tunggu Tram. Tapi tramnya lambat bebenor. Yang kecik2 dah mengaruk..so, jom lah kita gi makan. See..nampak tak reason saya malas nak beranak kecik? Mmg dasar pemalas...kihkihkih. Oklah, next time je saya teroka Terengganu betul2 ye...hihihi.
