Thursday, October 3, 2013

Cendol Bakar, Kg Assam Jawa, Kuala Selangor


Hmm..keesokan harinya..kitorang pekena dulu Cendol Bakar ni. Tak jauhlah dari rumah Wahida.


Boleh drive thru. Dibuka 10 pagi hingga 7 petang.


Tapi masa kami sampai, orang tak ramai sangatlah. Kawasan Drive-Thru pun kereta tak banyak.


Ha..order2..jangan malu2 ye. Cendol Bakar ni dah pernah masuk JJCM.


Ni anak saya punya..cendol kosong. Takde isi apa pun.


Yang ni cendol durian.


Ha..ni saya punya..Cendol VIP. Rasa dia? Biasa je. Walau katanya specialtynya ialah gula merah tu dibakar terlebih dahulu tapi tekak saya still kata biasa2 aje..hehehe.


Ada macam2 makanan kat situ. Mmg boleh makan lunch teruslah.


So, kalau ke Kuala Selangor, singgahlah sini utk membasahkan tekak. Tak cuba tak tahu...hehehe.

Wednesday, October 2, 2013

WW ~ Kebiasaannya Beginilah..


Orang yang sihat mmg suka makan makanan orang yang sakit di hospital.  Apapun, saya doakan agar sahabat saya, CT Elly cepat sembuh ye.  Rindu kau nok!

Tuesday, October 1, 2013

Kelip-Kelip Kg Kuantan


Alhamdulillah akhirnya..sampai juga saya di sini. Ya Allah..mmg teringin sangat2 tau nak tengok kelip2 yg cantik ni di Kg Kuantan. Kena pulak pergi dengan orang yang sama2 minat nature..bertambahlah rasa gembira di hati. 

Rupanya pengembaraan melihat kelip2 ni bermula awal tahun 1970. Lama dah tu..kami rasa bertuah masih dapat merasai dan menghargai anugerah alam yang tak ternilai ni.


Masa kami pergi ni weekend. Panjanglah queue. Harga tiket satu sampan ialah RM50. Satu sampan boleh naik 4 orang + 1 pemandu sampan. Kalau anak kecik2 boleh rasanya naik 5 orang. Adalah saya nampak yg bawa 5 org anak.

Nampak tak air mineral dlm plastik beg kt dlm office ticketing tu? Ha..korang bayar RM50 tu dia bagi sekalilah..pakej katanya. Berat ok nak bwk botol2 mineral tu..hehehe. 


Anak2 dah excited nak naik. Mak budak lagilah excited kan walau sebenarnya dah penat sangat. Dari pagi berjalan sakan.


Kena pakai life jacket..so, takdelah takut sangat. Gelap gelita ok area Sungai Selangor tu. Dah kalau terang kau tengok jelah lampu..takyah tengok kelip2 tu..hehehe.


Ha..ginilah rupanya naik sampan tu. Dikayuh oleh abang2 macho. Tapi kesian pemandu sampan saya..mengeluh kepenatan dia.  Hujung minggu biasalah..banyak trip. Demi sesuap nasi kan.


Jangan risaulah..queue panjang pun boleh je cepat habis. Ada dalam 30 sampan. Bila orang ramai dia bawak kami sejauh 2km menyusuri sungai. Kalau orang tak ramai boleh pergi lagi jauh...smpi 5km. Saya share sikitlah pasal kelip2 ni ye.  Gambar & info di bawah of course dari Google.com..hahaha.


Kelip2 ni merupakan seekor kumbang yang mengeluarkan cahaya dari bahagian ekornya. Saya terpegun dan terkesima..sbb melihat cahaya yang dikeluarkan serentak iaitu 3 kerlipan sesaat. Macam berirama.  Terpesona terus.

Halus je kelip2 ni sebenarnya..6mm panjang. Kalau korang tengok terang cahaya dia..maknanya jantanlah tu. Yang betina tak berapa nak terang. Kitaran hidup pun tak lama..adalah 2-3 bulan je.


Yang seronoknya kita dibawa dekat dengan pokok2 berembang ni. Mmg syok dapat tangkap dan lihat dia bercahaya dalam genggaman tangan kita. Namun hati2..pokok mcm ni pun ada gak ular suka duduk..kata pemandu sampan saya. Cepat2 saya tarik tangan..hahaha.


Gambar? Memang takdelah kan. Melainkan camera korang canggih. No flash ye..nanti kelip2 merajuk tak mahu berkelip lagi. 

Soalan anak saya,"Ma..bila dia nak tukar ke lampu merah, biru, hijau?" Hahaha..anak2..ini kelip2 bukan lampu kelip2 yg kita pasang time raya tu. Ooooohhhhh. 

Anak2 seronok, saya pun seronok. Pengalaman yang indah tidak terucap dengan kata2. Kalau ada masa, datanglah sini ye.  Sebelum semua ini lupus dari alam kita :)

Sila lihat di sini utk pandu arah.