Wednesday, November 6, 2013

Autumn in Beijing: Dewai Mosque


Selesai lawatan di Ying Feng Silk, kami terus pergi makan tengahari.


Hidangan kali ni ada sate. Sedap. Dapat jugalah ayam seketul. Ikan yang banyak tulang tu pun ada. Dalam bosan2 makan sayur, licin jugakkan..hehehe.


Keluar dari kedai makan tu. Kitorang terserempak dengan penjual ni. Dia jual kekacang yang dipanggil 'Matang'. Kekacang ni macam kekacang 'bepang' kita. Macam Nougat. Dibuat dari kacang walnut, almond, hazel, kuaci, kismis ke kurma yg merah2 besar tu dicampur honey.


Apalagi, boronglah 3 bekas 50 Yuan. Share lah kan. Rasa dia? Tak nampak tu thumbs up. Mestilah sedap.


Then, kami dibawa ke Dewai Mosque untuk solat jamak. Nampak moden sikit binaan dia.


Rupanya Dewai Mosque ni dibina pada akhir zaman Dinasti Qing (1644-1911). Luasnya 1800 meter persegi. Jom masuk dalam.


Ha..tak nampak macam masjid kau. Dah macam kat Europe lak kekdahnya. 


Apalagi..posing2lah..feeling2 Autumn..hahaha.


Ha..inilah ruang solatnya. Masih mengekalkan senibina klasik Cina. Memang cantik.


Ruang solat orang perempuan.


Ruang solat orang lelaki. Cantik ok masjid ni.


Oh ye..semua toilet kat Masjid memang ada gayung dan pipe hose. Kat sini mmg paling selesa untuk melepaskan hajat..hahaha. By the way, cute tak motorsikal basikal tu. Masukkan tangan dalam glove. Dalam glove tu ada handle motorsikal. Kain kat depan tu untuk cover diri dari angin sejuk.  


Ha..cute kan. Siap kat seat ada love lagi.


Dan sapa sangka, Ma Kamariah boleh terserempak dengan kakaknya yang duduk di Singapura tu 2 kali di Beijing. First kat Ying Feng Silk tu. Ni kat Dewai Mosque pulak.


Dan sapa juga sangka, dalam tour group kami tu rupanya ada juga blogger lain..hahaha. Memperkenalkan Hunny.


Dan seperti kebanyakan masjid di Beijing, ada juga kedai2 kecil. Ni antara barangan yang dijual. Songkok tu..rega 10 Yuan = RM5. Tapi ada size tau. So, kalau nak beli make sure tahulah size ukurlilit kepala tu.


Saya posing je kat sini..tapi tak tau apa makna kertas kuning tu. Kata opismate, oh..itu nama orang yg mengerjakan ibadah qurban. Mujur ada translator kat opis ni..hehehe.


Kuar dari masjid..jumpa lagi mamat penjual 'Matang' ni. Eh..dorang ni handsome tau. Lain sikit dari cina2 kat Beijing tu. Dorang berasal dari Xinjiang. Pernah dengar Silk Road or laluan sutera? Ha..dorang ni berasal dari situlah. Handsome2 sket sebab sempadan dengan Rusia, Mongolia, Kazakhstan dan lain2. Okeylah, esok sambung trip kami ke Tian An Men Square & Forbidden City pulak ye.

Monday, November 4, 2013

Autumn in Beijing: Sutera Cina - Ying Feng Silk


Selamat pagi Isnin..itupun kalau ada orang yang masih kerja macam saya..hahaha. Oklah, kat Beijing ni banyak juga jumpa Adult Store. Ma Kamariah tanya..kedai apa tu? Kedai dewasa Ma..hahaha.


Ada jumpa orang berniaga jus Delima. Sebab nampak bersih..adalah kawan2 yang beli. 10 Yuan..rasa dia manis2 kelat. Kelat sebab biji dia kot.


Ni tempat kitorang dinner. Nama restoran ni ialah Xi Bu Ma Hwa Huo Guo - Huo Guo bermaksud steamboat. Wah..cam terer Mandarin. Thanks kat opismate saya yg banyak membantu..hehehe.


Ni menu dinner kitorang malam tu. Semua sedap kecuali yang macam Nata de Coco tu. Rupa-rupanya Kuey Tiow yang dibekukan. Tak berapa nak sedaplah. Ikan kat tengah tu ikan air tawar tapi banyak tulang. Sebelah ikan tu ala2 kerabu..yang ada kacang tu..sedap. Yang bawah kerabu tulah sayur kacang panjang yang sedap tapi pedas berdesing kalau tergigit lada dia. All in all lagi sedaplah dari menu lunch.


Keesokannya breakfast kami dihantar ke bilik. Nasi goreng dan roti. Saya makan dengan sambal belimbing hitam Amy bawak. Sedap. Kopi pun dibawa dari Malaysia.


Lepas breakfast kami dibawa ke kilang sutera...Ying Feng Silk.


Ha..yang ini larva ulat sutera.


Lepas dia jadi kepompong barulah diproses untuk mendapatkan benang sutera. Goncang2 ada isi.


Ini poo poo ulat sutera. Ada yang dibubuh dalam bantal. Mujur dia tak suruh kitorang rasa..hahaha.


Kepompong yang digoncang tadi tu..dibasahkan dan dibuka. Ada 2 ulat sutera di dalamnya. Ulat ni dah mati.


Kepompong dia tulah ditarik dan diletak di besi berbentuk U depan tu.


Dilapiskan sehingga 8 lapisan. Ha..cuba tarik..kuat juga benang sutera tu. Lepas tu dorang proseslah utk buat cadar ke, baju ke..apa2 jelah.


Lepas tu naik atas untuk dia tunjuk quilt sutera. Gebu2..mmg syok pegang. Free touching and free looking katanya. Hampeh punya amoi. Tak dibenarkan ambik gambar masa dia tunjuk cadar Emperor yang cantik2 tu, so tak bolehlah nak share ngan korang.


Then..shopping time. Dah macam kat Jakel. Tapi saya tak berkenan apa pun. Corak tak menarik. Dari segi harga..murahlah dari dekat KL tu kan.


Yang lain2 je hebat shopping2 ni..hehehe. Oh ye..kedai2 macam ni milik kerajaan China. Pelancong yang ikut group tour mmg diwajibkan pergi tempat2 ni. Tak boleh nak lari...hehehe. Tapi saya suka je..melihat sesuatu yang lain dari kebiasaan. Kita sambung rabu nanti ye.  Bye.

Friday, November 1, 2013

Autumn in Beijing: Summer Palace


Hello..hello..korang masih di sini? Hehehe..ok..nak khabor sket. Kalau korang nak beli simcard kat Beijing, dorang jual 100 Yuan = RM50 kita. Biasanya Tour Guide mmg dah sediakan.  Bagi je duit kat dia.  Saya tak beli.  

Satu..sebab Digi mmg auto roaming. Kedua..saya guna Blackberry kawan saya sebagai Mobile Hotspot..so, bolehlah connect to FB..hehehe. Kalau thru China Telecom..mmg tak boleh connect to FB. So, no Facebooking. Whatsapps, WeChat, Insta takde masalah.


Basikal merupakan pengangkutan yang paling banyak digunakan di China. Memang di sana sini ada basikal. Ada banyak juga basikal elektrik dan scooter elektrik. Kat kota Beijing, laluan khas disediakan untuk basikal2 ni. Walau begitu, Beijing ada subway ye...don't 'pray-pray'..hahaha.


Autumn di Beijing lain sikit dari di Great Wall. Di sini daunnya dari hijau berubah kuning dan luruh. Kalau di Great Wall dari hijau bertukar merah dan lepas tu luruh. Tak kisahlah..janji dapat merasa musim luruh..hahaha.


Yeay..sudah sampai di Summer Palace atau Istana Musim Panas. Satu lagi Tapak Warisan Dunia Unesco yang telah diiktiraf pada tahun 1998 telah saya jejaki. Summer Palace ni dibina semasa Dinasti Jin oleh Maharaja Qinlong pada tahun 1749.


Moh masuk. Luas ok kawasan ni..seluas 720 ekar.


Tasik Kunming ni adalah tasik buatan manusia seluas 540 ekar iaitu meliputi 3/4 dari keseluruhan kawasan Summer Palace ni. Kalau datang masa winter, keseluruhan tasik ini akan beku. So, bolehlah korang pijak tasik ni untuk bergambar. Itupun kalau tahan sejuk..hahaha.


Kita boleh pergi ke Summer Palace tu nun di bukit tu samada jalan kaki atau naik bot. Kalau tak silap rate untuk boat tu 40 Yuan pergi balik bersamaan RM20. Tapi kitorang tak naiklah..tak cukup masa. Jom kita jalan2 lagi.


Ok, kita tuju ke "Seventeen-Arch Bridge" yang dibina pada tahun 1750. Baca jelah kat signboard tu..nampak kan? Tapi apa yang 17 nya?


Ha..tu dia yang 17 nya. Cuba kira 'arch atau gerbang' tu. Memang 17 kesemuanya. Oh..yang kuning kat tengah tasik tu adalah 'big yellow rubber duck' yang dipasang sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara China yang disambut pada awal Oktober.  


Kalau kami tiba awal, bolehlah tengok macam pic kat atas ni.


Dekat sini kita boleh nampak orang main layang-layang.


Besar layang-layang dia. Patut pakai roda besar tu untuk terbangkan.


Nampak macam jauh tapi bila kitorang jalan sampai sini, ok je. Dengan angin bertiup sejuk, taklah terasa sangat penat.  


Apek ni main muzik..bila kitorang amik gambar..dia buat 'peace'. Sporting.


Nampak tak stone lions kiri kanan tu..ada sebanyak 500 ok.


Gerai2 yang macam telur ni jual patung itik kuning tulah.


Eh..saya memang kat Beijing..bukan Amsterdam. Jangan confius.


Dekat Summer Palace, ada juga Bronze Ox. Kononnya diletak di situ untuk mengawal banjir. Eh..korang baca jelah..hehehe.


Ha..inilah dia Bronze Ox. Ox tu Lembu..untuk yang tak tahulah kan.


Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat kawan saya sorang ni. Gigih ok.


Gigih snapkan pic saya ni. Saya suka..thanks Amy. Tamat kisah Summer Palace. Esok, sambung lagi ye. Panjang sangat dah ni.