Thursday, December 5, 2013

Mi Ketam KL


Assalamualaikum..hari ni kita tengok food lagi..hehehe. Dulu saya penah buat review Mee Ketam Shah Alam. Kali ni Mi Ketam KL pulak. Same owner, same recipe. Tapi yang ni dekat Keramat. 


Tu dia waktu operasi. Pukul 12.30 pm - 10.00 pm setiap hari kecuali Jumaat 5 pm - 10 pm. Isnin tutup.


Dah famous..masuk suratkhabar dan juga Jalan-Jalan Cari Makan.


My friend order Mi Kari Lala. Aiseh..terlupa lak harga.


I opkoslah order Mi Ketam. Harga RM9.50. Rasa mi kari tu mmg sedaplah. Cuma ketamnya tak berapa fresh. Kalau korang nak order ketam nipah boleh gak. Tapi harga timbang nok. Confirm lagi mahal..hehehe. Camana nak makan? Alah..cengkerang dia tu show off je. Ketam dia dah potong siap2. Insyaallah..senang je nak makan.


Sapa nak cuba bolehlah datang ke 75A/4, Jalan Keramat, Dato Keramat 54000 Kuala Lumpur. Betul2 sebelah dengan Masjid Al-Akram. Berdekatan dengan Pasar Keramat & stesen LRT Dato' Keramat. Sederet dengan Klinik Menara. Bawah flat Baitulmal. Bertentangan dengan Mash Nasi Ayam dan juga Ali Tomyam Thai Restaurant. Selamat menjamu selera.

Wednesday, December 4, 2013

WW ~ Ilmu..


Alhamdulillah..sejak kerja kat sini tak putus2 ilmu saya dapat. Majlis ilmu memang banyak. Ni antara ceramah yang saya attend. Heliza Helmi yang berkongsi pengalaman di Gaza dan juga penghijrahan. Comel betul dia kalau tengok depan2..memang cantik.  

Ramai juga personaliti seperti Ustaz Don, Ustaz Bollywood, Imam Muda Asyraf, Abby Abadi, Yatt Hamzah, Ustaz Ebit Lew dan ramai lagi. Semoga saya juga dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..In Sya Allah.

Tuesday, December 3, 2013

KGB Bangsar


Assalamualaikum semua. Lambat bersiaran arini. Settlekan kerja dulu..hehehe. Nak share tempat makan kat area Bangsar ni. Killer Gourmet Burgers atau KGB. Dekat Jalan Telawi 2 bersebelahan Milk & Butter..opposite Celcom.


Kedai ni kecik je sebenarnya. Hampir2 tak perasan. Kat dalam pun simple je.


Air Fanta Oren & Coke..botol kecik..sempoi.


Chicken Fingers..aiseh lupa lak harga..not bad..sedap jugak.


Onion rings yang sedikit rangup. Saya suka je..samalah harga tak ingat...resit hilang dowh..hehehe.


Then..the Tornado Burger (RM15.90). Sedap. Patty lembut..roti pun lembut. Yg putih2 kat dalam tu telur mata dan juga onion ring.

Sapa2 nak cuba bolehlah datang sini.

KGB Killer Gourmet Burgers @ Telawi Bangsar
23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur
Tel:  03-2201 1220
Open 5 pm - 11 pm except Tuesday