Wednesday, May 21, 2014

Medan Trip: Air Terjun Sipiso Piso



Lepas Simarjarunjung kami singgah pulak dekat Air Terjun Sipiso Piso ni.  Air terjun tertinggi di Indonesia ini mempunyai ketinggian 120 meter. Nak turun bawah tu boleh tapi kena sanggup daki balik 500 anak tanggalah. Sanggup? Hehehe...


Kat sinilah berakhirnya Danau Toba atau dipanggil ekor Danau Toba. Bolehlah mengucapkan Selamat Tinggal pada danau yang memberikan kenangan manis buat sapa2 aje yang berkunjung ke Medan.



Makna nama Sipiso Piso ialah pisau. Derasnya air terjun ni umpama berbilah-bilah pisau yang tajam.  Kami tak lama kat sini sebabnya hari dah nak hujan. Kami teruskan perjalanan ke Brastagi.


Kami singgah di Pasar Buah, Brastagi. Nama je pasar buah tapi ada banyak gak jual baju, FM dan sebagainya. Sini tempat best nak beli barangan kulit. Tak banyak tapi adalah dan boleh tawar menawar. FM pun banyak jugak kat sini.


Buah pun banyak. Kalau sapa suka salak, bolehlah beli. Kat sini selamat sikit nak shopping. Penjualnya pun ramah dan mesra.


Selesai shopping kami ke hotel penginapan, Green Garden.


Masing2 dah kepenatan. Anak saya tu shopping beanie, glove sebab Brastagi sejuk macam kat Cameron Highland.


Budak dua orang ni asal check in je tanya password Wifi.


Kami dinner kat hotel je malam tu. Terung berlada dia punyalah sedap sampai kami mintak resepi. Crunchy lak tu...berselera makan.


Bilik kat Green Garden luas. Sangat puashati.


Pool betul2 depan bilik. Walau cuaca sejuk, anak2 saya boleh berendam malam dan pagi. Sabar jelah. Esok, saya akan share gambar Gunung Senibong yang awesome.

Tuesday, May 20, 2014

Medan Trip: Simarjarunjung


Kami teruskan perjalanan sambil mata menjamu pemandangan Danau Toba yang luas.


Ternampak restoran terbengkalai bentuk ikan ni dalam perjalanan ke Brastagi.


Church merata sebab majoriti penduduknya beragama Kristian.


Cantik kan pemandangan. Rugi kalau tidur.


Hebatnya ciptaan Allah Maha Esa.


Kita berhentilah amik gambar sekeping dua. Dekat sini ada banyak pondok dan kelihatan beberapa lelaki ada duduk lepak2 kat situ. Dorang tu semua sedang minum arak. So, hati2 lah ye. Jalan ni pun agak sempit dan jarak satu rumah ke satu rumah amat jauh.


Akhirnya kami sampai ke Simarjarunjung.


Moh masuk pekena Bandrek.


Kami semua amik set pisang dan air panas. Saya opkos pekena kopi panas. Tempat ni memang sejuk. Macam Cameron Highland.


Tengoklah view dia..bawah tu masih Danau Toba.


Sejuk..angin pulak bertiup mmg berpelukanlah budak2 ni.


Tak banyak pic sebabnya gambar dlm hp saya semua tak sharp gara2 makan goreng pisang, lens camera berminyak gak..hahaha. Apapun memang tempat ni cantik. Wajib singgah kalau ke Lake Toba. Bye, see you tomorrow.

Monday, May 19, 2014

Medan Trip: Kg.Tomok, Pulau Samosir


Assalamualaikum semua. Rindunya dunia blogging. Photoscape saya masih bermasalah tapi gagah gak nak siapkan entry Medan. Another trip is coming. Nanti bertimbun entry..hehehe. Oklah, turun je dari Jeti Kg. Tomok memang inilah viewnya. Boleh shopping apa aje. Menarik barang-barangnya.


Kami singgah sini dulu. Perkampungan orang batak. Bumbung rumahnya macam bentuk tanduk kerbau. Rumah yang paling depan tu je original.


Bergambar depan rumah yang pertama. Disebabkan panas sangat tak nampak lens camera ni jelah gambar terbaik yang saya ada.


Ada juga persembahan tarian tapi kami tak tengok. Nampak tak cicak yang menghala ke payudara tu. Kita boleh nampak lambang cicak dan 4 payudara ni merata-rata kat sini. Payudara melambangkan kesuburan. Cicak tu pulak umpama anak batak yang jadi perantau akan tetap pulang ke tempat asal.


Ini Tung Tung. Macam beduk di kampung2 di Malaysia.


Bolehlah baca apa itu tung tung.


Lepas tu kami ke Makam Raja Batak.


Ada tour guide yang akan memberi penerangan tentang sejarah Raja Batak.


Kita akan diberi selendang yang dipanggil kain adat sebagai tanda menghormati Raja mereka. Lupa pulak, nanti dia ajarlah kita camana nak sebut Horas! Horas! Horas! Tanda hormat atau ucapan selamat di kalangan orang Batak.


Nampak tak penjual tu? Kan subur tu..hahaha. Oklah, dorang ni ramah. Jadi bolehlah shopping dengan rasa selamat. Boleh tawar, jangan lupa sebut Horas tau. Nanti leh dapat harga lagi murah.


Kami tak lama kat sini. Tiba masa untuk balik sebab nak gi Brastagi lepas ni.


Bye2 Samosir Island!


Perjalanan pulang mmg mendamaikan.


Ada anak2 batak yang berenang dan suruh kita baling duit. Lepas tu dorang tunjuk skill menyelam masing2. Wah..memang hebat.


Masyaallah..memang cantik betul Danau Toba ni.


Tu hotel kami - Danau Toba International Cottage.


Penat nak berjalan. Tunggu aje supir gi amik luggage.


Singgah makan tengahari dan solat jamak dulu sebelum teruskan perjalanan.


Sebelum undur diri, sila baca apa itu Puying dan apa itu Puchai..hahaha.