Thursday, September 4, 2014

My Borneo Trip - Tamu Kianggeh, Bandar Seri Begawan


Dari Jerudong Park tu kami teruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan.  Tension gaklah mencari sebab kami keluar ikut Jerudong kan. Mujur jumpa juga.  So kami makan di Singa Chicken Rice atau SCR.  Makan nasi ayam di Brunei tapi ada nama Singapore..macam apa ntah..hahaha. Actually nak cari nasi katok. Dah lapar, serbu jelah kedai yang nampak depan mata. Harga oklah..macam kat Malaysia gaklah.  Rasa lak macam nasi ayam..hahaha.


Ni berhadapan kedai. Kat sini parking rate 1 dollar brunei utk 1 jam. Kalau tempat lain free aje. Maybe sbb ni betul2 tengah bandar kan.


Di mana2 ada tulisan jawi. Macam di Kelantan. Seronok tengok.


Taxi air menanti untuk ke kampung air.


Ada panggung wayang kat sini tapi tak taulah masih beroperasi atau tidak.  Panggung Hassanal Bolkiah..old skul giler..dah macam zaman P.Ramlee dulu..hehehe.


Jom..kita round tengok apa ada dalam Tamu Kianggeh.


Orang pun dah tak ramai..yelah..dah petang kan. Macam biasa ada jual ikan kering, ikan masin.


Ada kompang, akar kayu kampung, bedak lulut..oh ye...bedak lulut tu bedak sejuk...hehe.


Ubi kayu pun ada..besar2.


Bermacam jenis beras dan juga barut untuk baby..cantik2.


Bye pakcik..maaf tak beli apa pun..hehehe.


Jomlah ikut saya gi ronda Kampung Air.  Brader belakang tu dah menunggu..hehehe.

Wednesday, September 3, 2014

My Borneo Trip - OGDC, Brunei


Tak jauh pun dari monumen One Billionth Barrel tu kita akan jumpa Oil & Gas Discovery Centre (OGDC) ni. Tanya guard kat area Shell Brunei tu kami tak berapa paham pulak cakapnya. Bahasa Brunei ni ada gak yang kita tak paham..hehehe.


Kat sini banyak replika2 di sekitar OGDC.  Comel2 je..tapi keadaan kat sini agak sunyi. Mungkin sebab bukan cuti hujung minggu.


Ni waktu operasinya.


Ni pulak harga tiket masuk. Cuma pekerjanya tidak berapa mesra. Harap ramai jelah kat kaunter tu...huhu.


Dahlah..moh kita masuk.


Kat sini pun banyak karektor Upin Ipin. Dah bergambar sakanlah budak2 ni.


Dalam ni macam Pusat Sains lah. Ada banyak interactive games berkaitan sains dan juga minyak. Oklah, tak berapa nak menarik sangat tapi bagi anak2 ni semua sangat informative.


Dalam ni pun ada nodding donkey..hehe.


Jom kita main lampu pulak. Dah apahal sepak anak tu..huhu.


Eh..bayang2 kita melekaplah.  Mainlah kat sini sampai puas. Budak2 seronok sakan.


Kat sini pun seronok. Main dengan kelajuan cahaya. Dah abis round. Kami pun keluar menuju ke Bandar Seri Begawan. Nak cari makanan..lapar.


Kononnya kawan saya tu kan..nak ajak gi lunch umah pakcik dia kat Jerudong. Jalan ke rumah pulak dia lupa. Kita lalu lah depan Jerudong Park ni. Sunyi je..takde orang pun.


Moh tengok harga tiket.  Mak aih..xpelah kita pi Sunway Lagoon jelah ye..hehehe.


Landskap kat sini cantik mendamaikan..cantik. Kita pergi terus ke Bandar Seri Begawan jelah. Insyaallah, jumpa esok.

Tuesday, September 2, 2014

My Borneo Trip - Brunei Darulsalam & One Billionth Barrel Monument


Salam, hari yang baru.  Punyalah lama amik masa nak sambung. Akses yg terhad membuatkan semua entry saya terbantut..urrgghhh..mmg lotih nak citer. Apa pun tak boleh. 

Sebelum bulan September ni sampai ke penghujungnya baiklah saya abiskan entry Borneo ni. Kalau tak makin bertimbun huhu. Ni breakfast kami pagi tu..mee kolok. Sedap sangat. Harga tak ingat sebab dah lama sangat..sorry.


Hari tu kami nak ke Brunei. Saya bawak 100 Brunei Dollar je. Almaklumlah ratenya bisa bikin tercekik..haha..sama dengan Singapore ye..2.6..huhu. Harap2 cukuplah...huhu.


Masa saya pegi ni mmg cuaca mendung, hujan je.  Ini Asean Bridge. Ada tol x?


Bawahnya Sungai Baram.


Tadaaa..mestilah ada tol kan..kihkih.  Sila bayar RM10 ye. Ini Malaysia kita..kehkeh.


Selepas tu masuklah kita ke Sungai Tujuh Immigration Check Point untuk cop Passport dan pass kenderaan. Semuanya dibuat dari dalam kereta aje. Mudah. Oh ye..jangan lupa bawa salinan geran ye..ada details yg perlu di isi di pass sementara bagi kenderaan persendirian.  

Lepas tu kita akan lalu Tol Jambatan Sungai Rasau, Kuala Belait. Kat sini bayar 3 Brunei Dollar lebih kurang RM8 lah sehala. Jangan lupa isi minyak kereta penuh ye. Walaupun minyak di Brunei murah tapi kita tak dibenarkan mengisi di sana kecuali di Bandar Seri Begawan. Itupun tak di semua petrol station.


Jalan ke Kuala Belait. Takdelah hebat sangat kan. Lupa nak snap gambar highway. HIghway dia pun taklah besar sangat. Yang sedang2 aje.


Kami singgah sebentar di Seria. Ini Shell Village. Tak berpagar dan mempunyai laman yang luas cantik menghijau. Feeling duduk kat overseas. Ada lagi area yang cantik2 tapi tak sempat nak snap pic. Punyalah kami pusing merata nak cari One Billionth Barrel Monument tu..akhirnya jumpa juga. Sebab bila jalan tutup, kucar kacir sket Waze...hehehe. 


Yeay...akhirnya sampai juga kan kat sini. Cuaca panas sangat time ni.  Apa yang menariknya kat sini? Actually xde apa sangat. Monumen ini dibina oleh Sultan Brunei pada tahun 1991 bagi memperingati pengeluaran tong minyak yang ke sejuta di Seria, Brunei. Telaga minyak yang pertama dijumpai pada tahun 1929 oleh Brunei Shell Petroleum.


Ini locomotive kot..haha. Saya pun tak berapa tahu apa benda ni. Saya rasa eloklah diletak papan tanda atau papan info tentang nama alat dan penggunaannya untuk pengetahuan pengunjung.


Monumen nya jauh ke sana..jomlah kita jalan.


Di kiri kanan tu ada plague yang menceritakan sejarah awal bagaimana minyak ditemui.


Bergambar di salah satu "nodding donkey". Inilah drill atau pump untuk mengeluarkan minyak dari telaga minyak. Banyak betul nama gelaran dia ni. Dikenali juga sebagai Pumpjack, oil horse, grasshopper pump, Big Texan, thirsty bird...menarik kan..hehehe.


Kat Seria ni memang boleh nampak donkey ni merata lah.


Akhirnya sampai ke pentas utama monumen. Jom posing walau panas menyucuk2 kulit..hehe.


Ini pemandangan di sebalik monumen. Ada pantai dan laut tapi tak berapa bersih lah nak mandi pun. Jom kita cari OGDC atau Oil & Gas Discovery Centre pulak.