Tuesday, March 17, 2015

HCM Trip 2014 - 2nd Day: Mekong River Tour


Assalamualaikum semua.  Pagi2 bangun terus breakfast kat hotel. Kalau was2, xyahlah makan. Takpun buat mcm kitorang makan roti, cereal, buah je. Xyah complicated sangat. Semua ni dah inclusive dalam pakej.


Kami naik bas ni untuk Mekong River tour. Mujur bas warna kuning, senang sikit nak cam. Kalau tak susah jugak nak ingat nombor bas.


Jumpa lagi satu family dari Malaysia.


Orang Vietnam ni suka lepak2 depan kedai. Dengan kerusi kecik macam tu. Kalau kat restoran/gerai tepi jalan banyak hammock..untuk dorang minum kopi sambil santai2.


Perkenalkan Adam Mustafa..guide kitorang untuk hari tu. Apsal lah semua nak nama Adam..hahaha. Nama je Muslim tau..tapi dorang bukan Muslim pun. Pandai cakap melayu sikit2. Dia mmg lawak orangnya.


Pemandangan sawah sepanjang perjalanan. Ada kubur tengah2 sawah. Macam kat Medan. Supaya waris tak jual tanah pusaka dengan mudah. 


Stop untuk gi toilet, berhenti rehat kejap. Mat saleh merata-rata.


Nak feel naik sampan kat Mekong River silalah beli topi kebun ni..hahaha. Tak ingat harga..murah je.

 
Sungai ni yang ke 12 terpanjang di dunia dan ke 7 di Asia. Ia melalui Myanmar, Laos, Cambodia, Thailand dan Vietnam. Besar ok sungai ni. Kaler macam Sungai Klang kat KL tu lah..hahaha.


Jom naik bot pi Mekong Tour. Ramai ni jelah kami sebab yang lain semua non-muslim. Jadi trip kami separate dengan mereka.


Kenalkan Tu guide kami utk Muslim Tour. Korang request tau Muslim Tour kalau tak korang jalan sekalilah ngan non-muslim. Makan pun tak halal nanti.


First pit stop. Kita pi tengok madu lebah dulu..hehehe.


Dia hidang teh dgn macam2 jenis madu. Yg kerepek2 tu abis kami belasah makan. X perlu bayar tapi mcm biasalah dia jual produk ...royal jelly pun ada. Kami tak beli pun.


Lepas tu shopping sikit2.


Lepas tu kami dihidangkan dengan buah-buahan. Sedaplah kan..dah lapor.


Makan sambil dihiburkan dengan lagu vietnam dan lagu melayu.


Lepas tu teruskan perjalanan dengan menaiki sampan melalui mekong river yang sempit. Tangan jgn letak kat tepi bot, boleh putus jari wei. Kat sini traffic jem sket..hehehe.


Pemandangan kiri kanan cantik. Majority pendayung sampan ni perempuan.


Masa ni rasa macam pendatang haram..hahaha. Ni dah di penghujung sungai nak balik ke bot masing2.


Lepas tu kami dibawa ke tempat pemprosesan coconut candy. Jangan lupa beli biskut kelapa kat sini. Sedap. Rugi beli sikit hari tu.


Naik kereta kuda keliling kampung.


Baru sekerat jalan, hujan lebat.


Lencun mak ok!


Mujur lepas tu dihidangkan dengan air kelapa segar.


Lepas tu kami kena pergi lunch dekat masjid berdekatan. Teksi tak muat, jadi saya naik motor dengan Tu. Seronok ok. Antara pengalaman yang terindah..hahaha. Macamlah kat Malaysia x pernah naik motorkan. Kita sambung lagi nanti ye.

Monday, March 16, 2015

HCM Trip 2014 - 1st Day


Assalamualaikum.  Hahaha..Isnin lalu update, Isnin ni baru ada citer baru. Begitulah kan..nak buat camana. Entah bila tahun lak citer HCM ni nak abis kalau gini gaya nya kan. Trip ni pada September tahun lepas.  

Saya amik pakej dengan Percutian Nur Qaseh. Ni trip fully sponsored. Dalam RM1200 all in utk 4h3m. Tugas saya teman kawan baik dgn mak dan nenek saudara dia je..hehehe.  Nampak tak belakang tu? Ada sekumpulan jemaah menunaikan solat Maghrib kat balai menunggu. Ye..solat jangan tinggal pulak semata2 nak travel.


Kami naik Vietnam Airlines. Food oklah..not bad.


Nampak mat saleh sebelah saya tu? Bersembang dengan kami dari KLIA sampailah HCM City Airport. Ni naik bas untuk ke main terminal building di HCM.


Airportnya boleh tahan besar jugak.


Ni Adam. Guide kami di HCM nanti.


Sapa yang pergi sendiri, make sure naik teksi Vinasun je. Jangan naik teksi lain tau. Masa saya survey pun ramai pesan macam tu.


Ni bilik hotel kami.  Dream hotel.  Bersih, ada wifi dan dekat dengan Ben Thanh. Ye..itu yang penting...hehehe.


Tu dia hotel kami sebelah Nabil Briyani House. Nanti kita sambung lagi ye. Thanks sudi ziarah blog yang dah suam2 kuku ni..huhu.

Monday, March 9, 2015

Assalamualaikum...


Assalamualaikum semua! Hahaha..ada lagi ke readers kat blog ni? Dah setahun rupanya saya tak update blog. Mmg dah give up sebenarnya. Mujur masih ingat password..kihkih. So, datang jenguk dan sapu sawang kat sini sambil terbatuk-batuk..koh! Koh! Anyway, insyaallah, laptop pun dah ok..maka saya ingat nak upload citer jalan2 saya ke Ho Chi Minh tahun lepas.


Citer saya ke Marudi, Baram, Miri, Sarawak juga last year.


Citer saya ke Langkawi awal tahun ni.


Dan kisah perjalanan saya ke Banda Acheh bulan Februari lalu. Doakan saya ada kegigihan dan semangat blogging semula ye.  See you!