Dari Alor Setar, kami gi another pit stop for the north trip iaitu Ipoh, Perak. We oll menginap di Impiana Hotel, Ipoh. Hampir sesat kat Ipoh ni sbb byk nau jalan sehala tapi staff hotel ni sangat membantu bagi direction. Sampai2 tengok bilik luas. Mmg bestlah kan. Macam biasa, saya book thru Agoda.com je.
Ada LCD TV, fridge, peti besi simpan brg berharga yg tak pernah pun saya guna..hehehe, iron, tea/coffee amenities dan byk lagi.
Toilet bersih, best. Ada banyak toiletries. Mmg suka sgt dan budak2 enjoy mandi kat bath tub.
Ada juga welcome drink kat lobby and welcome fruits too. Best2.
Lepas tu budak2 tu apalagi, terjun swimming pool lah.
Mama dia tak abis2 jadi model pool..nak jadi model pakaian renang kang korang pengsan pulak..wakaka.
Kat sini including bfast tau. Food sedap. Rasa? Rasa makanan hotel, u know what I mean? Hehehe...
Budak gendut tu dia perasan konon2 dia pinanist..hahaha..pianist lah. Ye ye je..perasan betul.
See, lobby dia besar dan selesa. Staff friendly. Sesuai sangat for leisure and business. Rate dalam RM160++. Nak share gak kisah misteri masa otw nak ke Ipoh. Tak abes2 ngan kisah misterikan. Citer dia gini.
Dari Alor Setar, kami keluar Gurun pastu baru masuk Plus Highway. Sepanjang jalan, biasa2 aje. Cuma bila tiba di area Kuala Kangsar kalau tak silaplah, menuju ke Terowong Menora (Gua Tempurung) tu kami menuruni bukit. Tetiba kawan saya cakap, "Kenapa kereta ni berat? Turun bukit kot, kelajuan 130km/h". Saya tanya, "Awak dah baca doa?" Dia balas, "Dah, doa makan je belum baca." Cis..orang tengah saspen ni, dia leh buat lawak. Lepas tu dia bacalah ayat Kursi lagi.
Masuk je Terowong Menora, meluncur laju terus kereta. Terus cakap, "Alhamdulillah, kereta dah ringan." Saya siap suruh brek sebab serius laju sgt. Saya cakap, maybe ada yg tumpang kot dan nak turun di Terowong Menora. Kawan saya balas, "Taklah, masa kita lalu terowong tadi 'dia' lupa nak tunduk, melekat kat pintu masuk terowong lah tu." Hampeh betul, sempat lagi buat lawak..hehehe. Tapi malam tu, dia yg xleh tidur. Mmg dia ni spesies 'panik' terlambat. Sabar jelah...hahaha.
















