Monday, October 19, 2015

Trip to Langkawi - Makam Mahsuri & Taman Legenda


Assalamualaikum..nak menyambung entri yang lalu. Kemain amik masa kan. Maklumlah blogging ni bila dah malas...ginilah jadinya..hehehe. Pulang dari Mangrove Tour kami ke Taman Legenda Langkawi. Saja posing2 amik gambar kat sini.


Tengah panas pun posing gak..hahaha.


Taman ni cantiklah. Saya suka.


Anak2 posing atas batu.


Datanglah sini kalau ke Langkawi. Datang petang sikitlah redup.


Esok paginya kami lepak2 di Pantai Cenang. Kebetulan birthday kawan baik saya tu.


Patutlah Pantai Cenang ni bersih. Majlis perbandaran kutip sampah. Menarik tengok lori ni..dia sedut je plastik sampah hitam tu..hehehe.


Duduk lepak ambil angin laut. Kalau nak duduk lama, kenalah order air atau makanan..hehehe.


Lepas tu kami pergi Makam Mahsuri.


Masa sampai rumah ni memang ada orang tengah marhaban. Dalam buaian tu anak pengunjung. Boleh je letak. Kemain kuyu2 mata baby ni..hahaha.


Budak2 sekarang mana kenal kukur kelapa kan. Dia ingat kuda..kehkeh.


Satu rumah je saya masuk, lepas tu dah malas. Budak2 je naik. Pakai sports shoes memang malas nak buka2 kasut.


Mimi pulak excited nak cuba lesung ni. Seronok perkenalkan anak2 tradisi orang dulu2.


Mama apalagi tunjuklah kemahiran menimba air di perigi..hehehe.


Kalau tak silap tiket masuk RM7 seorang dgn mykad. Kanak2 separuh harga. Kalau ikut hati memang malas nak datang sini tapi anak2 first time datang, maka kita bawalah mereka mengenali lagenda Langkawi. 


Kami dah check out dari Sandy Beach kat Pantai Cenang tu. Kami decide nak duduk di Kuah pulak. So, ronda2 kejap tengok kecantikan laut di sekitar Pekan Kuah.


Ini kemahuan anak2 sebenarnya. Check in je terus menggelupur nak terjun kolam.


Mandi puas2 sampai senja menjelma. Ni view dari level bilik kami.


Kami duduk di Bella Vista Langkawi.


Macam2 kisah lucu terjadi kat sini. Ada pasangan dari India yang mandi pakai spender je dengan kepala ditutup shower cap. Adui..malu betul saya tengok.  Nak tergelak pun ye tapi saya cover. 

Pastu, air Beer kat pool bar belakang tu pun lagi murah dari air tin 100+. Dah saya lepak kat situ, terpaksalah beli air. Sebab kalau tourist duduk gitu je bartender tu sound..maka janganlah buat2 tak paham pulak kan.


Sebelum balik, kita singgah dululah Dataran Lang ni.


Ambillah gambar sekeping dua buat kenangan.


Insyaallah, ada kesempatan saya datang lagi. Lepas ni entry trip saya pergi Aceh pulak. Harap tak amik masa setahunlah nak up entry tu..hehehe.

9 comments:

Dah lama mak tak jalan2 di Langkawi... :)
 
lama nyer tak jejak langkawi..dekat 7 thn kot..
 
tingin nya nk dtg langkawi lg... huhuhu nk pusing puas2 pulau tuh...

cantik betul pantai cenang tu ek kak... dpt lak duk kt tempat redup gitu mmg layan...

dh bwk anak2 syg lak tak tunjuk psl kisah sejarah kt langkawi kn, blh la depa relate ngn pelajaran sejarah....
 
dah lama tak g langkawi, rindunyaaaa
 
Salam Dee!

Lama tak singgah sini. Lama juga tak jejak Langkawi. Entah bilalah dapat jalan-jalan makan angin selalu macam Dee ni.
 
Makam mahsuri dah sampai..yg taman lagenda tu belum sampai lg..ntu klu ke langkawi kena singgah ni
 
Langkawi panas kan!!!!??
 
Hello Blogger!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
 
bergambar kat dataran lang tu mmg wajib..
barulah sampai ke langkawi hahahahhaha...
aigoooo awatlah 'seksi seksa' betui itu bai...
mesti u malu nak tengok pun ada kannn...
hihihihi...
muncul sat je ni...
sambung lum tentu lagi....