Hehehe..ramai org ada new wishlist, new azam/resolution. Sy pun ada..x byk..tp yg paling penting inilah. Nak hidup tanpa hutang. Sy yakin ramai org ada hutang masing2. Ada hutang rumah, kereta, kad kredit, pinjaman pelajaran, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah dsb. Syukur..tahun ni hutang sy ada yg dh nk langsai..rumah pula hanya ada lg 6 tahun. X lama dh tu. Kereta? Sy xde buat masa ni. Sy lebih prefer naik public transport sbb sy tau sy x mampu. Kad kredit? Hmmm..inilah sebenarnya masalah besar pd sy. Tp setahun yg lalu sy dh tutup 2 akaun kad kredit. Kali ini sy pun yakin sy boleh. Boleh tutup semua akaun kad kredit tanpa perlu pergi ke AKPK iaitu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Pada yg rasa tidak mampu, pergilah rujuk AKPK. Ada beberapa rakan yg dh pergi..memang sgt2 membantu.
Sy ada terjumpa buku ini di internet tahun lepas. Merata cari..termasuk di MPH. Tidak ada stok. Minggu lepas sy cari di MPH Midvalley setelah sebulan sebelum itu mereka ada menyatakan pesanan telah dibuat utk buku ini. Tetapi sy hampa lagi sekali. Semalam, sy hubungi MPH semula dan bertanya adakah buku ini terdapat di mana2 cawangan mereka. Syukur..ada di Jusco Taman Maluri. Apa lagi, laju je sy rembat. RM20 sahaja. Murah dan berbaloi-baloi sy rasa.
Suka dengan kata2 yg terdapat dalam buku ini, "HUTANG - Anda tidak akan aman selagi tidak melawannya. Malah anda akan kekal sebagai 'hamba' kepadanya." Ada lagi, "Dahulu sy rasa sylah pengguna yg bijak tetapi rupa-rupanya pengguna yg sudah dipijak."
Buku tulisan Shamsuddin Abdul Kadir ini mmg sgt2 menarik dan membantu. Ada beberapa bahagian termasuk tanda byk hutang, kenapa anda berhutang?, kenapa hutang masih tidak habis? Urus kewangan dgn bijak, bagaimana bebas drp hutang?, hidup aman tanpa hutang dan tips utk semua...kad kredit oh kad kredit! Sy akan buat n3 yg lebih detail utk kandungan buku ini tetapi tidaklah smpi mencedok kesemuanya. Hanya berkongsi sebahagian makllumat berguna.
Tips tambahan..kalau nak beli buku tetapi tidak mahu membazir masa mencari satu2 di MPH..pergi sahaja ke http://www.mphonline.com. Mudah sahaja..cari tajuk/nama penulis/nama penerbit. Boleh sahaja terus beli secara online. Kalau nak byr tunai..hubungi customer service mereka dan tanyakan samada buku itu masih ada di mana2 cawangan MPH yg berdekatan. Kalo stok hanya ada di Penang pun mereka boleh hantar di Kuala Lumpur tetapi mengambil tempoh dalam 3-5 hari bergantung kepada stok buku yg ada. Jika ada anda boleh 'reserved'kan buku tersebut. Dan apa yg perlu anda buat hanyalah pergi mengambil buku yg dipesan di kaunter Customer Service pada hari2 yg anda kehendaki. Mudahkan? Jom shopping buku secara online!!
20 comments:
then diikuti hutang kete...huhuhu..
lega skit hati u kan sis, bila dpt settlekan hutang ;)
hutang la yg boleh menjadikan kita HAMBA....
bila kita 'lari', hutang tetap kejar kita...dan pikiran kita pun makin kusut!
Jauh kan Diri Anda Dari Berhutang Piutang
bagus gak buku nie.....tu laa aku pun nak displin byr PTPTN nie....kasi cepat2 abis...huhuhuhu...
thanks kawan, kerana mengingatkan...entry ko betul2 mengingatkan aku....
bile la agaknye ek??
huhuhuhu
berhutang ni bolehhh tapi kena ikut kemampuan diri sendiri la n yg pelg penting disiplin tue kena kuat..dapat je gaji terus tolak2x hutang2x dulu baru guna yg selebihnye tuk keperluan diri sendiri..klu takde disiplin yg tinggi, hutang tue takkan langsai la sampai bile2x..hehehe
kad kredit?..tak pernah ada cz tau diri ni agak boros berbelanja..hehe
pasal pocket memang tgh duk sangkut ngan utang hahahahah..
(Kan ker bagus kalau pocket bli sndiri? yes!! memang nak bli pon!!)
lagi pat keping lagi nak gunting,
then merdekaaaa!!!!
kalau risau sangat,nanti hidup pun xbest. :P
bagus la buku tu dee.. elok bagi kt suami aku.. kad kredit dia smpi 4 keping. dia yg berhutang aku yg pening.. hehehe
Post a Comment