Bangun pagi..terus gi breakfast. Harga bilik termasuk bfast for 2. Mimi je sorang kena bayar..RM10..below 5 years old FOC. Anak buah saya makan nasi lemak tapi sambal dia kering..lain sket. Saya tak berapa suka.
So, saya amik English Breakfast..perasan omputih jap.
Lepas bersantap..kami posing di sekitar hotel lagi untuk kali terakhir.
Berlatarbelakangkan Mount Santubong..belakang tu jugak lobby hotel.
Dari hotel ke Kampung Budaya Sarawak sebenarnya tak jauh. Tapi betullah locals mmg malas nak jalan. Yang rajin jalan kaki mat/minah saleh je..hehehe. Bayaran masuk untuk dewasa (non sarawakian) ialah RM60..manakala kanak2 (6-12 tahun) RM30. Bawah 6 tahun FOC. Tapi memandangkan kami pergi dengan orang Miri. So, kawan saya je yang bercakap. Yang lain senyap. Bagi Mykad dia sorang..dapatlah kami harga orang Sarawak..RM25 seorang. So, ini tips utk u oll ye...bawak2lah kawan sarawakian kalau nak murah..hehehe.
Cuma yang tak untungnya..kami tak dapatlah passport mcm orang lain yg bayar tiket mahal tu. So, aktiviti2 cop passport tu takdelah. Alah..tiket murah lagi penting dari passport tu...kehkehkeh. Ni posing main building..theatre hall. Mount Santubong tu cantikkan.
Then, adalah jambatan buluh ni. Saya posing je. Tak jalan pun. Sebab kenit 2 orang tu penakut. Lagipun mama pakai skirt..hahaha. Susah sketlah nak melangkah.
Ini rumah Bidayuh. Kat sini lah saya beli keychain gigi buaya. Nak tengok ke gambarnya? Kalau nak tengok part 2 saya tayanglah.
Di rumah panjang Iban. Cute mamat ni..hehehe. Muka saya dah berkilat dan berminyak. Stok air mineral sentiasa dibawa. Sebab air mahal gak kat sini.
Ini pulak di pondok Penan. Dorang2 ni sporting..tu yang best ajak bergambar.
Rumah orang Ulu ni tinggi. Saya tak naik. Lantai dia kan kayu..tak rapat pulak tu. Mimi penakut gila. Dia jalan pun sikit2. Nak naik tangga yg batang kayu tu lagilah..Mimi boleh jerit2. Tu yang saya lepak kt bawah je. Lagipun ini 2nd time saya ke sini. First time tahun 2003 masa Rainforest Music Festival. Sangat nostalgic.
Ini pulak di Melanau Tall House. Seronok giler bila diajak main sepit buluh ni. Nama main taram je..hahaha. Siap dipalu gendang. Dorang akan ajar u oll. Kalau ke sini jangan lupa tau try.
Oklah..entry ni panjang giler. Nanti saya sambung kisah kami di Kampung Budaya Sarawak di Part 2 pulak. Sementara itu, happy weekend ye. Semua info mengenai Kampung Budaya Sarawak/Sarawak Cultural Village boleh didapati di SINI.
17 comments:
Dee, rajinnye u bangun awal bfast :). I slalu ter-miss bfast
ada beli kek lapis tak dee?
tips yg bagus tu :)
btw, selamat berpuase ...semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan buat kite sume....
dah habis katam baca..
ha ah..
comelnya Dee pakai dress..
:)
wanie pernah pi kat sana,
tapi dah lama dah,
rindu nak ke sana lagi,
hihihihi
p/s:Bujal perut ROY ko tu kasi kempis sikit kalau nak pakai cawat cam bro tu...
wau!
lyn pernah blajar dulu..
skrg ni sure dah lupa dah...
Post a Comment