Thursday, March 29, 2012

Kaki Tidur...ZzzzZzzz...


Oh..come on..sapa tak bangga anak pandai kan.  Dulu2 saya jeles giler okey bila orang publish result sekolah anak2.  Macam Mimi dulu saya pernah frustlah ngan dia sebab dia tak boleh membaca.  Tapi sekarang Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.  

Tengok result Sekolah Agama dia baru ni buat mama dia tersenyum lebar.  Study tidak tapi score.  Maybe dia macam saya dulu, malas study tp fokus masa dalam  kelas.  Harap2 dia terus sukses mcm ni.  Walau tulisan khat hanya dpt 60%.  Alasan dia, terlupa bawa pensel khat.


Ginilah dia kalau buat kerja sekolah.  Almost every night mcm ni.  Kadang2 sampai meleleh air liur atas buku tapi tangan masih pegang pensil.  

Mana tak penat.  Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam mengaji pulak.  Memang dia letih tapi saya berkeras utk dia melalui semua tu.  Dulu saya boleh takkan dia tak bolehkan..hehehe.  Dia hanya boleh main games kat netbook je.  Itupun biasanya masa weekend je.  Lain hari..packed.


Tengok time kami makan pun dia bantai tidur.  Hai lah Mimi.  Nakal mcm mana pun dia, saya tetap rasa itu tandanya dia bijak.  Panjang akal.  Walau kadang2 menyentap jiwa dan raga.  Mencabar kesabaran saya.  

Oh, perkembangan terbaru.  Dia suka beli buku dan baca buku.  Yeay!!  Boleh share hobby dengan saya.  Dan bila dia meningkat remaja, ada banyak buku yg saya boleh wariskan pada dia.  Ehem2..termasuk novel2 cinta...ngehngehngeh.  Ya Allah..panjangkanlah umurku agar aku dapat melihat anak2 ku membesar dan berjaya dalam hidup..amin.

Wednesday, March 28, 2012

WW 2 ~ Kaki..


Boleh teka kaki sapa ni?  Budak yang sekarang ni suka cakap "Mama tak sayang adik eh??" tiap kali dia kena marah ngan saya.  Budak yang nama dia start dari huruf 'F'.

WW 1 ~ Asap..


Ingat tak dulu masa bangunan KL Sentral terbakar.  Ini pemandangan dari jejantas rumah saya.

Tuesday, March 27, 2012

Spaghetti Grill, Midvalley


Lagi satu entry lama.  Anak buah saya I-Shah belanja makan sempena ulangtahun dia bekerja.  Yg ke berapa tahun tak taulah.  Tak ingat saya.  Tapi dia tak belanja opismate dia tapi dia belanja family.  Alhamdulillah..moga murah rezeki.


Muka2 yg tak sabar nak membaham.


Spaghetti Grill ni terletak kat sebelah luar.  Sederet ngan Chilli's, pondok polis & Maybank.


Awek tembam tgh posing.


Starter ialah mushroom soup.  Sedap dan pekat.  Eh..ada biskut skali.


Kid's  menu, ada drummet ngan chicken wings.


Ni Spaghetti chicken bolognese.  Boleh tahan jugak rasanya.


Beef Pepperoni Pizza yang marvellous.

Dan spaghetti Aglio Olio.  Yg ni mmg favourite saya.  But still xleh lawan The Garden pya Olio.  Apapun, terima kasih pada Achik I-Shah sebab sudi belanja kami makan.  U oll, bolehlah cuba ye.  Harga bolehlah, tak semahal Chilli's.  Nak2 dia ada lunch set & dinner set.  Tapi, seriously, saya takkan repeat makan kat sini kecuali ada orang belanja..hehehe.  

Monday, March 26, 2012

Tony Roma's, Midvalley


Last month kalau tak silap, ngan muka selebet ni lah saya masuk Tony Roma's.  Tetiba teringin nak makan mahal..wakaka.  Tapi saya ngan kawan saya dah pakat akan share  Tentu2 tak abiskan.  Portion Tony Roma's besar2 kan.


Korang teka?  Mana satu latte, mana satu cappucino.  Camtulah dia antar kat kami.  Jenuh panggil tanya lagi.  Dia boleh cakap sama je kak?  Ha..sama??  Kalau sama buat apa boh nama lain2..adoi.  SR punya latte ngan cappucino ada difference tau. Hmm...


Starter dia sib baik sedap.  Roti sedap butter tu pun sedap.


Ni Ribs and Filet Medallions kalau tak silap.   Nampak je kecik, besau sebenarnya.  Kitorang share.


Pastu share juga red velvet cake ni.  Yang ni mmg sedap.  Nyum2.  Bila nak repeat Tony Roma's?  Tahun depan kot.  Hahaha..seriously, saya jarang makan kat tempat mahal2 ni.  Bila bulan muncul dan bila Kawanku saya tu ada ongkos..baru saya gi terjah..hehehe.  Meanwhile, take care u olls.

Friday, March 23, 2012

First Time Gi Setabak..


First time gi Starbuck and first time makan red velvet cake.  Takdelah sedap mana pun..biasalah rasa kek.  Ke lidah saya yg dah hilang deria rasa..hehehe.


My friend beli roti apa tu eh..ada coklat2 (Espresso Eclaire) pastu banana chocolate chip muffin.  Sedap jugak.  Not bad.


Then, order air Frappucino Blended Beverage ni.  Apa nama?  Saya pun tak ingat..hehehe.


Saya makan ni je..donut bosau (Classic Donut).  Oklah, kalau setakat nak lepak2.  Entah..xde apa yg istimewanya Setabak ni pada saya..biasa2 je.  Eh..kalau tak lepak Setabak ni tak cool eh..hehehe.  Citer makan setabak ni dah lama..masa saya keje kat UBN Tower dulu.  Korang sure selalu lepak Setabak kan.

Ofis sekarang ada Gloria Jeans Coffee ngan San Francisco je..penah gi lepak minum2 sana tapi tak amik gambar.  Segan lak..sebab gi ngan officemate baru.  Nanti kalau dah hilang segan, saya tunjuk lah eh..hehehe.  Have a nice weekend.

Thursday, March 22, 2012

Sakit Oh Sakit

Hmm..entahlah.  Faktor cuaca mungkin, kat dalam ofis sejuk sgt2, bila keluar panas menyengat.  Buat migraine saya datang semula.  Dah lama tak kena migraine ni.  Dulu2 masa study selalu..sebab tu zaman tengah memberontak.  Saya dah stop minum kopi. Stress?? Buat masa ni xde.  Faktor usia?  Maybe..hmm.  Semalam opismate pun tetiba kena migraine.  Kata dia cuaca.  Harap2 mmg sebab cuacalah.


Lepas tu gastrik pulak datang menyerang.  Yelah, bila kepala dah masuk angin, perut pun sama.  Saya tak skip makan.  Tapi pagi breakfast cuma cereal dan milo.  Lunch pun awal.  

Pukul 12 atau 12.30 dah keluar lunch.  Makan yang berat2.  Nasi atau mee.  Petang2 dulu saya suka makan karipap.  Tapi sekarang tak dah.  Tapi saya makan buah.  Still gastrik.  Hmm..entahlah.  Harap2 semua penyakit ni tak berlarutan.  Serius, rasa tak selesa.  Esok aje saya up entry makan2 eh.  Lama kan tak tgk food kat blog saya..hehehe.  Meanwhile, take care.

Wednesday, March 21, 2012

WW2 ~ Masih Terpacak?


Mimi nak tanya..dah pukul 2 ni...masih terpacak ke?

WW1 ~ Gigi Jaws


Masa Mimi kecik, mmg dia dikenali sebagai 'Gigi Jaws'.  Mama dia busy gossip kat belakang.  

Tuesday, March 20, 2012

Review Filem Cinta Kura-Kura


Jumaat lepas, Sis Elly ajak saya gi tengok filem ni.  Sebab FOC, Dee laju je ckp YES.  Nak2 Friday night.  Mulanya kat Galaxy Ampang je, sekali Sis Elly call cakap dah tukar venue..kat TGV The Mines pulak.  So, berdesuplah ke sana. Sampai2 terus teman orang lapar makan kat OTWC.  Alamak..dalam pic ni dagu Dee dah triple chin lah..huhu.



Ok, berbalik kepada filem keluaran KRU Studio ni, oklah..not bad.  Ada part2 yg Dee gelak sakan gak.  TizZ Zaqyah comel sangat.  Heronya Aeril Zafrel pun cute.  Nak2 kura2 nama NICO tu suara Zizan.  Mmg kelakarlah kan.  Awek dia suara Fara Fauzana kecek Kelate.  Ada lagi sekor kura2 nama Atok, suara Usop Wilcha.  

Kura2 dia pakai teknik CGI kan...yg kelakarnya kura2 dia jalan guna 2 kaki..kehkehkeh.  Tapi bagi Dee bolehlah citer ni.  Dee bagi 2.5 * je..out of 5...hehehe.  Sinopsis citer? Korang tengok jelah kat bawah ni. 

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
 

Monday, March 19, 2012

MATTA FAIR ~ Mac 2012


Last friday, Dee sanggup amik cuti gara2 nak serbu Matta Fair.  Pagi2 dah sampai dan breakfast kat McD The Mall.  Mcm biasa Reliance bekerjasama ngan AirAsia mmg buat promo luar PWTC.  Kat ballroom Seri Pacific Hotel je.  Tapi takde apa yg menarik hati lah..so, Dee terus je masuk ke dalam.


Ha..korang  tengok.  Mesti beza dengan time korang pergi tu kan.  Beg Matta Fair tu sure kaler lain.  Jumaat mmg dpt warna kuning.  Pastu..xyah susah2lah nak beratur panjang.  Jalan pun masih ada ruang.  Cer gi Sabtu and Ahad..perghh...sendat abis.  Oh ye..dewasa RM3 dan kanak2 bwh 12 tahun FOC.

 
Jalan punya jalan..terjumpa mamat ni.  Dia ni lah pahlawan Iban yang kitorang jumpa kat Cultural Village, Kuching dulu.  Sebenarnya masa ni dia nak gelak..Dee ckp pahlawan kena muka serius..xleh gelak2.  Tu muka dia gitu.  Dee jawab survey psl Sarawak..dpt sekotak Tebaloi (snek sagu) free...hehehe.


Then, gerak ke Hall lain pulak..ni kat booth Turkey.  Mmg creative lah dia ni.  Lupa nak snap pic yg dah siap dilukis.  Ni mcm lukis atas gel.


Pastu serbu booth Indonesia.  Pergghh...dahlah lawa..tinggi melangit lak tu..terasa i kat sebelah tau..kehkehkeh.


Pastu amik gambar ngan mamat Australia ni.  Tapi Matta Fair kali ni..kebanyakkannya utk travelling smpi Sept 2012.  Ada gak yg promo smpi Dec 2012 tp tak byklah.  So, dorang cakap, book dulu tiket flight.  Sbb tiket kalau nak book masa Matta Fair ni still pakai rate yg ada kat website airline tu..xde murahnya.  

Lepas dah book tiket, bolehlah beli tour package masa MATTA FAIR bulan September 2012 nanti.  Masa tu byk promo utk sapa2 yg nak travel hujung tahun ngan early next year.  So, sempatlah korang kumpul duit..hehehe.  Jom, sapa nak ikut saya gi Bali bulan Nov nanti...roger2lah eh..hehehe.

Friday, March 16, 2012

Kenduri Kahwin @ Batang Kali


Ni kenduri anak buah saya, anak sulung kakak kandung saya.  Bear in mind, saya dibesarkan oleh arwah nenek.  Pelamin cantik, kerusi kurus macam pengantin..kehkehkeh.


Pengantin bersama Moksunya..comel dok Moksu pengantin tu? Kahkahkah...teringat saya masa muda2..kurus macam ni lah..hehehe.


Yang sebelah kanan depan tu kakak sulung saya, belakang dia tu kakak no 3 saya.  Sebelah kiri tudung kuning tulah mak kandung saya. Yang tengah makan2 tu keluarga arwah ayah saya dari Sungai Petani.


Cer korang tengok, kot2lah korang kenal.  Umur saya dah dekat 4 series baru dapat jumpa maklong saya, kakak sulung kepada arwah Ayah saya.  Dorang sekarang ada yang duduk di Pendang, ada yang di Sungai Petani.  Jangan2 kita bersaudara..hehehe.


Saya sibuk melayan saudara, tetiba nampak anak2 saya duduk relax baik punya layan makan bubur  kacang. Bagus, dorang dah independant.  Mama boleh concentrate buat keje lain..hehehe.

 
Mereka ini adik beradik.  Yang sulung tudung putih sebelah kanan, tengah tu makndak saya, yang tudung kuning tu lah mak kandung saya.  Yang pakai tudung hitam belakang tu Maksu saya.


Yang lelaki tinggal Pak Cak saya sorang.  Sebelah tu Mak Cak sayalah kan.


Kepada Amy dan suami, Selamat Pengantin Baru Moksu ucapkan.  Moga berbahagia hingga ke akhir nyawa hendaknya.


Balik tu singgah Bukit Beruntung.  Syok wooo dapat peluk budak seketul ni.  Baru 3 bulan lebih tapi body..wuhuu.  


Ciuman  utk budak bolat.  Comel tak?  Budak bolat tulah...saya memang tetap comel...wakaka.  Happy weekend u olls!!