Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Plan b.


Assalamualaikum semua. Ni bachelorette lunch untuk ofismate yang nak kahwin minggu ni. So, ke Plan b, Bangsar Village kita.


Ni saya punya, salmon & salsa. RM23. Nyesal order..tak kenyang..hahaha.


Royal egg benedict kot..tak berapa ingat namanya. Rasanya harga dalam RM19 kot.


Spaghetti Bolognese orang ngandung. Harga kalau tak silap RM23.


Ni burger my friend. Macam semak samun. Tak ingat nama burger. Harga pun tak sure berapa..maybe RM23 gak kot.


Air kosong macam dalam botol 'spirit' atau botol 'cuka getah'..hahaha. Sesekali bolehlah makan mahal2 gini. Selalu2 tak boleh..rabak poket..hehehe. Saya first time makan kat sini, oklah. Jumpa esok ye. Insyaallah.

Thursday, December 5, 2013

Mi Ketam KL


Assalamualaikum..hari ni kita tengok food lagi..hehehe. Dulu saya penah buat review Mee Ketam Shah Alam. Kali ni Mi Ketam KL pulak. Same owner, same recipe. Tapi yang ni dekat Keramat. 


Tu dia waktu operasi. Pukul 12.30 pm - 10.00 pm setiap hari kecuali Jumaat 5 pm - 10 pm. Isnin tutup.


Dah famous..masuk suratkhabar dan juga Jalan-Jalan Cari Makan.


My friend order Mi Kari Lala. Aiseh..terlupa lak harga.


I opkoslah order Mi Ketam. Harga RM9.50. Rasa mi kari tu mmg sedaplah. Cuma ketamnya tak berapa fresh. Kalau korang nak order ketam nipah boleh gak. Tapi harga timbang nok. Confirm lagi mahal..hehehe. Camana nak makan? Alah..cengkerang dia tu show off je. Ketam dia dah potong siap2. Insyaallah..senang je nak makan.


Sapa nak cuba bolehlah datang ke 75A/4, Jalan Keramat, Dato Keramat 54000 Kuala Lumpur. Betul2 sebelah dengan Masjid Al-Akram. Berdekatan dengan Pasar Keramat & stesen LRT Dato' Keramat. Sederet dengan Klinik Menara. Bawah flat Baitulmal. Bertentangan dengan Mash Nasi Ayam dan juga Ali Tomyam Thai Restaurant. Selamat menjamu selera.

Tuesday, December 3, 2013

KGB Bangsar


Assalamualaikum semua. Lambat bersiaran arini. Settlekan kerja dulu..hehehe. Nak share tempat makan kat area Bangsar ni. Killer Gourmet Burgers atau KGB. Dekat Jalan Telawi 2 bersebelahan Milk & Butter..opposite Celcom.


Kedai ni kecik je sebenarnya. Hampir2 tak perasan. Kat dalam pun simple je.


Air Fanta Oren & Coke..botol kecik..sempoi.


Chicken Fingers..aiseh lupa lak harga..not bad..sedap jugak.


Onion rings yang sedikit rangup. Saya suka je..samalah harga tak ingat...resit hilang dowh..hehehe.


Then..the Tornado Burger (RM15.90). Sedap. Patty lembut..roti pun lembut. Yg putih2 kat dalam tu telur mata dan juga onion ring.

Sapa2 nak cuba bolehlah datang sini.

KGB Killer Gourmet Burgers @ Telawi Bangsar
23, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, Kuala Lumpur
Tel:  03-2201 1220
Open 5 pm - 11 pm except Tuesday

Monday, December 2, 2013

Free Lunch Tapi...


Gambar diambil dari sini

Assalamualaikum semua. Hari ni baru teringat boss nak belanja makan di atas kerja keras kami AJK Teambuilding hari tu. Saya yang book tempat makan semua. Tapi boss yg pilih tempat. So, kami semua akan ke Iketeru, KL Hilton lunch nanti. Tapi ada satu masalah.


Gambar diambil dari sini

Masalahnya saya tak makan sushi!! Apakah?? Hmm...saya makan tempura jelah..sambil melihat mereka2 makan sushi dengan rakusnya. Sabar jelah. Nak order Wagyu...mahal nak mampus. Sian boss..hehehe. Ada ke yang tak makan sushi macam saya? Ceciter..huhu.

Tuesday, November 26, 2013

Makan-makan Lagi..


Gambar diambil dari Blog www.myselera.com

Assalamualaikum semua. Ya Allah..habis je entry Beijing terus mood blogging saya merudum. Cerita banyak tapi punyalah malas...aissh. Nak pulak netbook kt umah ada problem keyboard. Kerja kat opis banyak pulak hujung2 tahun ni.  

Apapun Alhamdulillah..hari ni kami makan2 besar lagi kat opis. Nasi Arab - Chicken & Lamb Mandy Al-Rawsha in the house! Cheese cake from Secret Recipe ada dua. Aissh..bila ntahnya nak kurus..hahaha. Syukur..walau kat sini majority bukan bangsa 'kita' tapi mereka tidak kedekut.  Oklah, selamat bekerja semua.

Monday, July 8, 2013

Foooooood...


Ok, first of all ejaan food tu salah.  Sajalah kan untuk kasi menarik kononnya  saya bubuhlah panjang2 gitu.  Lately saya kuat makan.  Ni akibat dapat neighbour yg suka supply sweets & food to me.  Saya ni kan iman tak kuat..hahaha.  Cepat nau terpengaruh.  So, stok makanan pun berada di dalam laci sentiasa.  Kitorang share2 makan.  Makin hari makin bertambah.  

Ada tart nenas & almond london.  Yup belum raya tapi ada tokey kuih raya kat opis ni.  Dia mmg sentiasa jual ok  tak tunggu pun musim raya.  Sebotol RM10.  Tu yang galak sangat membeli.  Pastu ada biscuits oat chocolate chips.  Ada coklat Hershey's, ada biskut cream crackers.  Saya beli pulak Slimming Nuts.  Konon nak slim lah tapi takde maknanya.  Kalau dah bersusun begini mana nak slimnya.  Kena abis semua ni before puasa Rabu nanti.  

Berat skrg?  Scary ok?  62kg...rasa nak nangis.  Dulu kalau 60kg je saya start diet nasi.  Sekarang?  Lagi bantai makan kaw2.  Mujur bulan Ramadhan dah nak dekat.  Bolehlah saya kawal nafsu makan saya ni...insyaallah.  See you tomorrow yeah.

Monday, June 24, 2013

Burger Bakar Abang Burn


Masa ni gi ngan CT Elly.  Lama dah ni..tapi sebab nak dahulukan entry cuti2 tu..maka barulah skrg ada kesempatan nak share story.  Saya pergi Burger Bakar Abang Burn yang kat Jajahan Ampang.  Nak tahu lokasi, cer click SINI.  Oh ye..kitorang order Onion Ring.  Fail lah sebab bila kitorang dapat dah sejuk gedi.  Harga RM2 kalau tak silap.


Saya pulak order ni...Burn Cheesy Lamb..RM13.50.  Yang ni onion ring dia yang sama..sejuk gedi gaklah kan.  Burger dia ok..not bad.  Sedap jugak.


But, this is my favourite.  Dia tak guna blackpepper sauce..tapi Mushroom Brown Sauce.  Ada pulak wedges..mmg bestlah.  Meatball dia homemade..mmg 100% daging je..so, lembut jelah kan. Ha..yang ni panas2..makan hati2 tau.  Harga RM9.90 utk 10 meatball & 5 wedges. Eh..berbaloi lah kan.  

Yang paling saya suka..kebersihan penyediaan makananlah kan.  Dgn bandana di kepala, tangan pakai glove, semua berkasut..mmg terjamin kebersihannya.  Tapi harus diingatlah kan..lain tekak lainlah selera.  Sedap pada saya belum tentu sedap pada korang.  Nak tahu..cubalah.  Btw, ini iklan yang tak berbayar..hahaha.  Oklah, see u tomorrow.

Thursday, April 4, 2013

Family Dinner @ Tony Roma's


Bila dapat rezeki, belanjalah keluarga...itu kata Ustaz kat opis saya.  So, jomlah kita makan2 sempena rezeki yang melimpah dikurniakan oleh Yang Esa utk saya last month.  First time, suami makan kat Tony Roma's.  Mimi macam biasa merungut, tak abis2 nak makan KFC...hehehe.


Sebab ada 2 orang kanak2, maka Kids Menu lah kita ye.  Sayur ni?  Takde sorang pun makan.  Cuma saya dan suami je rasa sikit.  Terasa macam rabbit pulak...hahaha.


Main meal utk kids cheezy pizza.  Sedap kata Mimi sebab xde apa2 kecuali cheese.  Dia mmg tak suka bawang & segala benda biasa dalam pizza tu.  Lagipun rotinya roti pita lagilah sedap, saya pun makan jugak sekeping..hehehe.


Crispy chicken ni Mimi punya.  Pun sedap.


Suami saya order Ribeye Steak tapi dia kata kureng.  Dia kan oldskul, so The Ship tetap di hati..hahaha.


Dessert, oreo sundae..mmg favouritelah anak2 lah kan.  Tapi saya mmg tak order apa2.  Tukang perabihkan food anak2.  Confirm dorang tak abis..hehehe.


Alhamdulillah, dapat kongsi rezeki bersama keluarga.  Fifi macam biasa, leka dengan games2 kat Kid's Menu tu.   Mewarna je kerja dia.  Moga dapat terus menggembirakan mereka...amin.

Thursday, March 28, 2013

Dancing Fish, BSC


Last Wednesday, kitorang ada farewell lunch utk 2 of our colleagues yang akan transfer to a different dept.  So, kitorang makan2 kat Dancing Fish, Bangsar Shopping Complex (BSC).


The appetizer..emping malinjo dengan sambal belacan yang sodap.


Then, sate yang lembut.  Sodap gak.  Alahai.


Nasi putih dimakan bersama nasi kuning.  Kena gaul together...kasi mesraaaaa.


Makan dengan lemak pucuk paku ni..wallah!


Datang pulak ayam bakar ni..kureng sket sbb a little bit dry.


Then 'dancing fish' yang wallah .. krup .. krap .. krup .. krap .. sodap.


Tauhu Tower...wui..dengan lembutnya, dengan sedapnya....ahai!


Kerabu mangga yang awesome.


Air Barliyang tak berapa nak awesome sbb dah diblend...so, kureng di situ.  Dessert pulak ada rasa serai..tak amik pic..pun kureng.  Gambar2 kat atas ni hasil google.  Sebab masa food sampai, semua menyerang.  Tak dan nak snap pic.  Kitorang amik set utk 4-6 orang makan.  Address:-

Dancing Fish Malay-Indo Cuisine

3rd Floor, Bangsar Shopping Centre, 

Bukit Bandaraya, 

59000 Kuala Lumpur.