Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day


Salam friends, sorry tak sambung lagi kisah 'palace'.  Saya kursus 3 hari berderet utk 2 minggu ni.  So, paham2 jelah.  Memang penat sangat.  Mentally exhausted.  Blog terabai 3 hari..huhu.  Sabtu aritu lak gi Melaka ngan blogger popular.  Sampai KL pukul 2 pagi.  Penat sesangat tapi enjoy.  Rabu saya story eh.   Insyaallah.


Apapun, harap cuti Labour Day nanti saya boleh rest.  U oll pun rest tau.  Happy Labour Day!

Wednesday, April 25, 2012

WW ~ KK


Ini bukan Cinta Kura-Kura...

Will BW soon...2 days seminar...huhu.

Tuesday, April 24, 2012

Uols Ada Problem Ni Tak?


Sudahlah diri ini penuh dengan problem, blogger.com ni lak menambahkan masalah saya.  Beberapa hari kebelakangan ni saya ada masalah ngan auto publish.  Dah banyak hari saya perasan, entry tak keluar seperti yang dijadualkan.  Saya akan type entry malam dan setkan auto publish pada jam 9 pagi keesokan harinya.  Tapi tak keluar.  Geram betul.  Selalunya saya perasan bila dah jam 10-11 pagi.  Nak2 sekarang tengah busy tahap gaban.  Korang punya ok ke?  Ke saya sorang je ada problem ni.  Hmmm...

Monday, April 23, 2012

Party All Night @ Silka Maytower


Ok, kita sambung cerita pyjamas party aritu.  Korang cuba tengok..yg tengah tu si Zulfan, anak bujang si Amy Sweetdarling.   Kemain seronok haaa..diapit 4 anak dara.   Anak2 dara Eida Pepel..kanda Amani bad mood, adinda Aisyah kecik lagi..so, tak join.  Cukup kuota eh Zulfan?  Hahaha...


Eh..mak budak pun nak gak lompat2 atas katil.  Gambar2 ni semua di captured oleh anak2.   Sporting tau anak2..lompat lagi ma..lompat lagi..skali check gambar, hilang kepala mak2..hahaha.  So, repeat lompat..yg mak buyung tu Dee risau je..takut dia jatuh katil..huhu.  Malam tu masing2 tidur kepenatan dan lena diiringi alunan muzik..krohh..krohhh.


Esok pagi, bangun2 terus anak2 ajak terjun pool.  Mak2 pun join sekali.  Tengok 2 duyung comel kat belakang tu.  Pro tu swimming..saya kat tepi2 bolehlah..hahaha. Iyra, gambar telah diubah..lawa tak rambut palsu yg k dee belikan tu?? Muahaha...


Swimming kejap je..sementara anak2 enjoy mandi pool..saya, CT Elly, Nor & Iyra masuk sauna.  Seronok weh..feeling cam kat korea..ahakss.


Lepas enjoy mandi-manda, sauna segala,  Iyra & Nor balik sbb ada hal yg perlu disettlekan.  Tinggal saya, Amy ngan CT Elly.  Apalagi, call member suruh bwk periuk, mangkuk ngan maggi mee skali.  Terus makan dengan berselera sekali..hehehe.  Mmg party yg sangat best.  We enjoyed, laughed together.  Ok, mari tengok gambar bilik yg kitorang stay malam tu.


Nama hotel - Silka Maytower.  Terletak dekat Jalan TAR, belah2 Jakel tu..menghadap Capital Square.  Ni suite room.  Living room, settee merah..i like.  Plasma tv pun ada.


Ini bilik tidur yg anak2 conquer malam tu.  Mak2 lompat2 je..pastu kena tidur luar..huhu.


Bilik air besar, ada bath tub dan shower besar mcm air hujan tu..best gilak.


Ada iron, rope dan ruang tukar baju..best.


Ada dining table, sinki..boleh lepak makan2.


Ada gak extra toilet kat depan sebelah kanan tu.  Thx pada 2 model yang cute  tu sbb jadi sebahagian daripada props..hahaha.  Thanks pada CT Elly dan suami sbb doranglah, kami dpt lepak di bilik yang cantik ni.  Oklah, esok kita citer pasal palace lak ye.  Chow!


Friday, April 20, 2012

Yesterday and...

Thursday, April 19, 2012

Birthday Party!!


Sebelum pergi birthday party, perut kasi isi dulu ngan rojak ngan cendol.  Kat mana?  Petronas Bangsar menuju Bangsar Shopping Centre with Sis Elly & Seth Mat.  Thx sudi tumpangkan Dee anak-beranak dan belanja cendol :)


Sampai je kat hotel, the kids terus transform cepat2.  Muka masing2 tak sabar nak terjun pool.


Kasi chance dorang berendam puas2...kasi dorang letih sket supaya cepat lelap dan mama2 boleh berparty sakan malamnya nanti..hehehe.


Kek disponsor oleh Sis Eida Pepel..thanks dear.  Eh yg ke 3 tahun ke?  Opppssss....umur adalah rahsia kata Sista yang sambut birhday tu.


Tengok isi kek, mengancam tak?


Lepas nyanyi 3 birthday songs, terus tenyeh2 muka birthday girl ramai2..hahaha.  Birthday girl kena pasrah jelah.


Tengok budak umur 13 tahun ni amik pic ngan hadiah..kemain lagi smpi kembung2 pipi mcm bola golf.


Kad yang cantik dari kami semua.  Giler lama tak beli kad kan...so, sis Nor sila simpan baik2 tau.  Happy birthday sis..moga terus maintain muda, pjg umur, murah rezeki dan bahagia selalu eh.


Pastu time utk makan.  Nan Cheese lagi!! Ada pertambahan kat sini.  Sis Myra dari Ganu pun join skali.


Group ni dok melayan teka-teka dari Sapphire anak Sis Rasp.  It was fun melayan budak2 ni...mcm2 teka-teka keluar.


Gambar makan sekeping pun tak amik.  Sebab masing2 kebulur.  Sampai tertidur-tidurlah anak Sis Amy.


Eleh..cakap anak orang, anak sendiri pun dah terlolap gak..hahaha.


Thanks to everyone yang join that day.  Dari kiri Sis Amy, Maktok, Sis Eida Pepel, Sis Elly, Sis Nor, Sis Iyra & Sis Rasp.  Sayang Sis Wahida & Sis Ayu tak dapat join.  Maybe next time.  Esok..kita cerita part malam pulak eh..hehehe.

Tuesday, April 17, 2012

Teaser 2 ~ Kanak2 Ribena...


Eh...ada soranglah yg bukan kanak2...cer teka yg mana satu??


Monday, April 16, 2012

Teaser ~ Pyjamas Party


~ Teaser 1~

Last weekend was great.  We laugh, we enjoyed ourselves.  Will share lepas balik kursus 3 hari..huhu..

Friday, April 13, 2012

Mee Ketam Shah Alam


Jumaat lepas, tergedik-gedik tekak ni nak melantak Mee Ketam yg diheboh-hebohkan sedap di Shah Alam tu.  Balik kerja terus zoooommmm...meredah traffik jem Federal Highway..huhu.


Saya tengok semua lelaki yg uruskan kedai ni.  Yang amik order tu muka macam suami Amy Sweetdarling lah..hahaha.  Kesian saya tgk dia..tiap kali dia datang dia akan ckp benda yg sama.  Sampai kitorang suruh dia bwk je tape recorder sbb asyik kena repeat..hahaha.


Kedai ni mmg tak banyak kerusi dan meja makan.  Tapi mujur malam tu kami datang dpt gaklah meja.  Tak cukup dia bukak lagi meja tambah.


Menu dia...kau akan nampak Ketam, Udang, Udang Galah..pusing2 tu jelah...hahaha.


Gi ngan sapa?  Ngan mangsa panggilan hangitlah..hahaha.


Tetiba ada artis u.  Ha..jangan main2.  Lepas ni Manager dia caj lebih nak amik gambar ngan artis comel ni. Sapa lagi..Aisyah anak Eida Pepel lah.


Yeah..mee ketam sudah sampai.  Kitorang dapat 3 mangkuk je..Eida tak sempat nak rasa.  Sudah habis.  Masa tu baru pukul 8.30 malam.  Takpe..next time kita repeat lagi.  Mee kari dia sedap...budak2 boleh makan.  Tak pedas.  Tapi saya ngan Elly tak cukup okey.  So, kitorang order lagi..yihaaaa.


Sepinggan  nasi utk Elly, sepinggan utk saya.  Lauk?  Udang galah besar..sekor  masak cili ngan sekor lagi masak blackpepper.  Sis Elly masa order siap ckp..udang galah tu pilih yg besar saya (Dee) jangan besar dia lak..hahaha.  Kena timbang so, sekor RM8.


Ini kepala sangat besar...gambar ni khas utk Wahida..dia suka kepala udang.


Okey, camana nak datang sini?  Korang baca blog Lieyalatif lagi complete dan gambar cantik2..hahaha.  Giler pemalas saya nak review.  Tapi ingat..Isnin cuti.  Jangan datang..nanti air liur meleleh.  

Senang je nak cari..masuk kat simpang petronas sebelah kanan..kalau datang dari Jakel.  Kat belakang Unisel, Seksyen 7, Shah Alam.  Kedai ni pernah keluar JJCM TV3.  Kalau nak book tempat dan mee ketam takut habis, sila call Ezzat, 017-565 3556.


Posing dulu ngan kuda putih bau kedai sebelum balik.  Pendapat saya? Mee kari dia biasa2 je..specialty dia..sbb dia ada ketam.  Tak rugi cuba.  Harga pun berpatutan.


Akhir kata, Ibuk Wahida...bila mau cuba...tengok kepala udang galah ni...khas utk mu...kahkahkah.  Happy weekend u oll!!