Tajuk kemain lagi omputih..muahaha. Oklah, don't worry..cerita raya saya kali ni lambat ke udara..tapi 1 entry je. Tahun ni saya takde mood sangat nak bergambar. Ni masa big bosses bagi duit raya kepada semua staff. Tahun ni lebih banyak dari tahun lepas..alhamdulillah. Gambar mmg blur sbb saya dok jauh kot..zoom ni. Tangan lak tak bedung..hehehe.
Ni gambar raya kami sekeluarga. Posing standard. Tu pun snap kat umah my sis. Dia lak takde..balik Kedah ada kematian mak saudara. So, sunyi sketlah raya pertama tu.
Nasib baik hidangan hari raya dah masak petang tu. So, kitorang datang makan jelah..hehehe. Ayam masak merah tu marvelous sgt rasa dia.
Then amik pic giler2 ngan anak & anak2 buah. Oleh sebab boring, kitorang decide balik kg awal sket.
Ikut Lekas Highway..memanglah heavan kan. Cuma sampai kat Exit Senawang/Paroi tu jem sikitlah. Construction tak siap lagi..huhu. Sekeping gambar kat kampung pun tak ambik. Punyalah busy ngan aktiviti beraya..handphone dok diam2 dalam handbag. Gambar MIL buat lemang pun lupa nak amik.
Hari Isnin tu dah masuk kerja. Kan saya tak amik cuti. Boring giler kot. Mengantuk tahap gaban. Ok, itu jelah kisah raya saya ini tahun. Nothing special..cuma tak berapa nak sedap makan. Kan batuk teruk melanda..hehehe. Takpelah demi kesihatan sejagat. Ok, jumpa lagi esok.