Thursday, October 31, 2013

Autumn in Beijing: Lunch at Dong Lai Soon & An He Qiao Mosque


Ramai pulak komen cakap kena tunggu entry saya lama. Oklah, saya cuba up lagi satu entry petang2 nti...insyaallah. Harap korang suka. Kitorang teruskan perjalanan utk makan tengahari. Tetiba nampak bunga2 yang cantik ni tepi jalan..apalagi, posing time.


Sebenarnya apa nama restoran ni pun saya tak tau. Mujur opismate ramai chinese. So, dorang cakap nama restoran ni ialah Dong Lai Soon Restaurant. Camana nak tau halal? Warna hijau dan ada tulisan jawi/Arab...hahaha (saya assume je ni).  


Food hari pertama adalah tak sedap kecuali telur dadar tu. Yang lain adalah sayur, sayur dan sayur. Capsicum & kobis ada dalam semua masakan. Nasi macam beras siam tu..melekit2 sket. Cepat kenyang. Apapun, syukur Alhamdulillah..dapat gak makan kan..hehehe.


Tak sedap konon tapi tetap licinnn..


Posing ramai2 lagi depan restoran.


Ternampaklah accident ni tapi dorang takkan alihkan kereta ye. Memang kat situ jugaklah dorang settlekan. Yang bagusnya takdelah pulak orang nak slow down..kenderaan lain jalan je buat donno. Jalan pun takdelah jammed teruk sangat macam kat tempat kita.


Ni sungai di kota Beijing. Maybe airnya tak bersih tapi persekitarannya jauh lebih bersih dari sungai2 di kota Kuala Lumpur..huhu.


Sebab kitorang amik Muslim Package, so lawatan ke Masjid untuk solat jamak Zohor & Asar memang ada dalam itinerary. Nama masjid ni ialah Masjid An He Qiao. Puas saya google info pasal masjid ni tapi takde. Ni masjid kecik je..masa kitorang datang pun memang takde orang.


Ha..cantik tak? Napa senget? Kreatiflah konon..hahaha. Sian korang kena teleng2 kepala..meh tengok pic bawah.


Sekali tengok macam Temple. Tapi percayalah..inilah masjid di Beijing. Senibina masih mengekalkan senibina orang Cina.


Bendera group sebenarnya tu. Tapi nampak patriotik kan..hehehe.


Asal nampak basikal..posing. Cutekan basikal dia.  Ada tempat duduk di belakang.


Sebahagian dari building masjid.


Waktu solat dan tempat ambil wuduk orang lelaki.


Bahagian dalam kubah masjid.


Ruang solat orang lelaki. Yang bahagian perempuan tak cantik sangat..macam surau je. Ye..ruang solat perempuan asing.


Bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Summer Palace.  Tungguuuu...

Wednesday, October 30, 2013

Autumn in Beijing: Jin Hui International Business Conference Hotel


Salam, hari ni kita sambung corat-coret percutian saya di Beijing ye. Alhamdulillah kami sampai ke hotel dan diberi kebenaran untuk check-in awal. Kesempatan ini diambil dengan tidur dan rehat sepuas-puasnya. Hotel Jin Hui ni ialah hotel yang bertaraf 4 bintang.


Bahagian front office. Agak luas. Semua urusan check-in dibuat oleh Miss Eka. Ni untung pergi dengan travel agent. Kita relax sikit..hehehe.


Ha..inilah bilik dia. Katil single nya agak besar. Cuma bantal dia bagi satu tu jelah. So, kalau jenis tidur kena byk bantal, bawak jelah sendiri dari Malaysia.


Not bad kan keluasan bilik dia. Cukuplah ruang untuk solat dan letak barang2 shopping nanti..hehehe.


Remote TV saya ni bateri habis..walaupun ada TV saya tak pernah buka pun. Balik pun dah lewat malam. Takde masa lah nak nonton TV pun kan. Btw, hotel ni takde fridge ye.


Ni bilik air dia. Yang penting bersihlah. Ada bath tub..tapi bila kalanya nak berendam kan. Yang penting air panas mesti ada. Sebab sejuk..autumn kan.


Ada hairdryer, cermin yang kecik untuk berbedak. Ada juga lah toiletries lain. Tapi tak usik pun..pakai yang sendiri punya je.


Tak ada tea/coffee amenities tapi ada cawan ceramic tu pun dah cukuplah buat kami. Saya bawak instant coffee. Masak air mineral je sebab tak berapa nak yakin dengan air kat hotel tu..hehehe.


Hotel ni ada Wifi tapi saya tak boleh pun connect. Maybe bilik saya jauh kot. Bangunan kat Beijing ni kalau lebih 6 tingkat baru ada lif. Mujur hotel ni ada lif walau hanya 3 tingkat je. Kalau tak jenuh wei. Oklah, saya dah bersiap tu untuk pergi lunch. Esok kita sambung ok.  Bye.

Tuesday, October 29, 2013

Autumn in Beijing: Day 1


Salam semua. Alhamdulillah kami sudah selamat tiba di tanahair pada pagi Ahad. Semalam saya cuti. Takde mood lagi nak blogging..tidur je kerjanya..hahaha. Jetlag konon walhal takde beza timing pun kat Beijing. Tidur tu sebab kepenatan sebenarnya. 

Oklah, hari tu kami fly dengan MAS.  ETD jam 12.30 pagi pada 22 Oktober 2013.  Pukul 9 malam pada 21 Oktober 2013 dah berkumpul di KLIA.


Ha..inilah kawan blogger yang ikut sama.  Geng Pelangilah..sapa lagi kan. Amy Sweetdarling dengan ibunda tercinta, Ma Kamariah. Dalam flight dapat supper - sandwich telur dan breakfast jam 4 pagi..nasi lemak. Sedap tapi terlalu awal pagi. Akibatnya berulang ke toilet..hahaha.


View fajar menyingsing di atas garis awan. Masyaallah..cantik sangat.


Lepas tu naik train ke main terminal building. Macam KLIA jugaklah.


Besar okey airport dia. Macam bentuk kura2. Kami tiba di Beijing Capital International Airport, Terminal 3. Ada 3 perkara je yang tak best. Pertama, takde tempat solat..huhu. Kedua, dalam toilet takde paip air..eh..ini seluruh China takde..hahaha. Ketiga, ada Wifi kat airport tapi tak boleh tengok apa2 pun..FB apatah lagi..eh..satu China tak boleh berFB..hahaha. Bertabahlah.


Ha..memperkenalkan Miss Eka. Tour guide yang akan menemani kami sepanjang cuti2 di Beijing ni.


Sempat lagi posing2 kat airport Beijing,


Sampai je, bas dah sedia menanti. Tapi ni left hand drive punya bas. So, jangan silap naik. Pintunya sebelah kanan..hehehe. Cuaca? Masa ni dah sejuk menggigil wei. Pagi yang kami sampai ni 7 darjah celcius.


Miss Eka ni sangat mahir berbahasa Indonesia. Kadang kami cakap 'Thank You' dia jawab 'Sama-sama'. Malu wei..so, kami pastikan kami pun berbahasa Malaysia dengan dia..hahaha. Masa ni dia tengah rancak bercerita. Memperkenalkan Beijing dan itinerari kami nanti sepanjang di Beijing.


Seperti kebanyakan bandar besar, jammed adalah biasa. Nak2 penduduk Beijing sahaja adalah seramai 20 juta orang. Ramai kan?


Di sini ada lorong khas untuk basikal atau motosikal. Eh..basikal yang pakai bateri pun ada.


Ada juga yang selfish..nak elak jammed masuk je lorong basikal..huhu.


Miss Eka masih rajin bagi penerangan tapi kami keletihan, so ada yang dah terlelap.


Bas kat Beijing panjang. Nama sama je Rapid Transit tapi panjang dah macam LRT 2 coach. Kalau pendek mana muat penduduk dia yang ramai tu nak naik. Teksi kebanyakkannya Hyundai Elantra. Besar2 dan hebat2 kereta2 kat Beijing ni. Kereta buatan China iaitu Cherry pun susah nak nampak. Ok, esok kita sambung lagi ye. Bertabahlah korang. Mahu sebulan entry Beijing je kat blog saya ni..hahaha.

Monday, October 21, 2013

Saya Ke Mana?



Maaflah tak jawab soalan kalian jumaat hari tu. Inilah trip yang dinanti-nantikan. First time travel jauh sikit dan ke negara 4 musim. Sekarang ni tengah musim luruh. 

Trip yang tak disangka-sangka dan tidak dirancang. Kerana trip ini jugalah saya berkorban untuk tidak mengambil cuti raya puasa dan juga raya haji. Oklah, malam ni saya bertolak dari KLIA. 

Doakan juga saya dan sahabat2 semua selamat pergi, semasa di sana dan balik semula ke sini ye. Eh..masih tak tahu ke mana ye?


Ye, saya akan ke Beijing, China. Ada antara korang dah sampai pun kan. Saya baru dapat nak jejak. Tak sabar nak panjat Great Wall of China ni. Harap2 kesihatan saya baik2 aje. Cuaca sekarang dalam 16 darjah celcius. 

Trip 5 hari 4 malam from 22 - 26 Oct 2013. Pergi group tour melalui travel agency. Ok, balik nanti saya buat review ye..insyaallah. Korang jaga diri baik2, jangan lupa doakan kami tau.  Bye.

Friday, October 18, 2013

Kok Kong Winter Wear


Hai semua..apa khabar? Oklah, saya nak share kat mana saya shopping barang2 winter. Nama kedai ni Kok Kong Winter Wear. Terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Jom masuk.


Oh ye..kedai ni ada 2 tingkat. Tingkat atas ni ada jual banyak luggage beg. Ada juga jual barang jahitan kalau tak silap. Pekerja2 kat sini semuanya friendly. Tanyalah apa aje..insyaallah dorang boleh bantu. Jom kita turun basement.


Ha..kat sini boleh jumpa semua jenis winter coat. Cantik2. Ni tunjuk sebahagian je ni. Kedai ni ada byk choices. Harga not badlah..tak semahal dengan kedai2 yg kat shopping complex tu. Warna pun menarik kan. 


Beanie hats, snow cap, scarf..semua ada.


Long john pun banyak. Paling murah RM90 sepasang. Macam2 warna.


Wool socks, colourful. Pilih2..jangan tak pilih.


Glove pun cantik2.  Kalau korang nak pergi kat bawah ni alamatnya:-

No. 170, Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur
Tel:  03-9221 9311

Business Hours:-
Mon - Sat : 9 am - 6 pm

Sun & Public Holiday: 11 am - 6 pm

Website: www.kokkong.com