Tuesday, March 25, 2014

Sedihnya...


Sedih..mmg teramat sedih bila dengar PC dari Perdana Menteri kita malam tadi. Semoga keluarga penumpang dan pesawat MH370 tabah menghadapi saat2 getir ini. Pergi tak kembali. Al-Fatihah ;(

Friday, March 21, 2014

Monopod Sana Sini..


Ikut trendlah konon..hahaha. Rasanya cukuplah kot gadget saya ni. Monopod, phone holder, shutter utk android dengan universal lens. Semua ni saya beli asing. Korang carilah kat Insta..merata dah orang jual. Yang combo (set 3 in 1) semurah RM99 utk semua ni pun ada. Pandai2 lah cari. Usaha tangga kejayaan...hehe.


Ni masa celebrate birthday brother kat belakang tu.


Ni waktu lunch. Corner paling best kat opis. Guna fisheye lens.


Ni pic yang first kitorang amik guna monopod.


Ni masa Women International Day.


Nak selfie sorang2 pun senang. Xyah mintak tolong orang pun. Amat sesuai utk orang yang pergi honeymoon.


Bila tengok pic ni nak gelak pun ada. Kecoh satu opis dibuatnya. Memang seronok bermonopod. Tak perlu minta tolong orang amik pic. Lebih ramai orang boleh join selfie. 

Btw, monopod ada 3 warna - hitam, pink dan biru. Make sure masa beli didatangkan sekali dengan phone holder. Boleh masuk hp sebesar Note 2. Make sure beli shutter utk Android atau Iphone. Putih (Android) dan hijau (Iphone). Ada juga wireless shutter tetapi harga lebih mahal. Shutter hanya boleh digunakan untuk apps Camera360. Camera biasa tu tak boleh ye. Lens juga ada 3 - fisheye, wide dan macro. Warna pilihan silver, hitam dan merah.

Kenapa saya taknak rekemen orang yg jual barang2 ni kat uols? Sebab ada sedikit masalah dengan barang2 tu terutamanya lens. Better korang carilah orang lain yang boleh bagi better price and better service. Selamat bermonopod semua!

P/S:- Esok adalah hari yang paling dinanti-nantikan..$$$$$ toing toing...

Thursday, March 20, 2014

Sengal..


Hahaha..malam tadi dalam wazap group family, anak2 buah saya yang sengal ni post pic. Ni nak sindir saya yang kerap bermonopod lah ni..haha. Saya mula2 tengok mmg ingat monopod. Lepas tu dorang post 2nd pic.


Sekali penyodok sampah daaaaa. Kurang asam betul! Hahaha..esok jelah saya share monopod moment saya ye. Untuk yang nak bermonopod juga..hehehe. See you tomorrow!

Wednesday, March 19, 2014

WW ~ Photoshoot


Tunggu hasilnya nanti ye..hahaha.

Tuesday, March 18, 2014

Mandi Sungai..


Sebenarnya ni kisah masa CNY dulu. Bertabahlah mmg byk story yang sy skip masa nak habiskan entry Padang dulu..hehehe. Sungai yang mengalir lesu. Air pun dah cetek.


Sungai ni depan umah nenek suami saya. Dulu air dia syoklah mandi. Skrg ni..hmm..budak2 bolehlah. Ada jeram kat area orang asli tu tapi suami taknak bawak anak2 gi sana. Maka kat sini jelah kita berendam.


Budak berdua ni dapat air paras betis pun dah syok sakan..hahaha. Kat belah belakang tu dalam sketlah. Paras peha. Terjerit2 dorang mandi. Ada dekat sejam gaklah berendam.


Ha..inilah sungainya. Sungai Inas. Dekat Kuala Pilah.


Air sungai ni sejuk. Masih bersih. Lepas mandi lepak jap kat jambatan dengan sepupu dorang. Pastu baliklah hari pun dah petang.


Sampai umah MIL, sambung makan buah. Pokok rambutan yang paling rendah depan umah MIL.


Antara buah yang ada masa tu. Syok makan. Walau balik sekejap je tapi seronoklah bagi saya anak KL jati ni kan. Anak2 pun seronok balik kg. Oklah, chow. Jumpa esok, insyaallah.

Monday, March 17, 2014

Silver Dinner 2014


Dinner company ni actually bulan January aritu. Tak sempat nak buat entry. Dinner this year diadakan di KLCC Convention Centre.


Alhamdulillah..dapat meja betul2 depan pentas dan belakang meja VIP. Thanks pada Manager saya yang hebat cari tempat duduk...hehe.


Bersama opismate saya yang dah 2 tahun join dinner bersama saya. Well, budak dept saya tak berapa minat nak gi dinner2 ni. So, kalau ada sorang dua yang nak join mmg saya akan pergilah.


Food malam tu bolehlah..sedap jugak. Lagipun masing2 dah kebulurkan..hehehe.


Artis pertama malam tu, Ayu OIAM. Pengacara majlis si Helmi Gimmick. Takde lak picture dia. Tapi masa ni saya keluar gi toilet dan merayap kat luar.


Tak lepaskan peluang bergambar dengan kereta Silver ni.  Oh ye, tema dinner tahun ni "Silver Fever".


Ha..amik kau..sampai ternganga.  Actually pic yang cantik2 ni disnap oleh beberapa orang photographer. Saya amik dari Gallery..hehehe. Terselit gak gambar saya depan pentas. Mmg tiap kali dinner saya kat depan..haha. Tak padan dengan mak orang kan. Menganga tengok siapa?


Tengok dia ni lah..hahaha. Enjoy lah malam tu. Actually saya taklah minat giler2 kat Anuar Zain ni tapi dah depan mata tengok jelah kan..nikmati muzik dan nyanyiannya. 

Ini kali ke 3 saya jumpa dia depan2. Pertama kali dulu Minggu Setiausaha, lepas tu Award Night dan kali ni kat dinner ni lah. Yang penting malam tu saya tak menang apa2 hadiah..hahaha...hampeh. Cuba lagi tahun hadapan...hihi. Oklah, tu je. Chow!

Thursday, March 13, 2014

Double Celebration



Kami biasanya mmg tak celebrate anniversary. Tapi malam tu tetiba anak buah saya, I-Shah buat surprise belikan kek. Sampai senget kek dia bawak balik naik motor.  Sebab tu dengan berkain pelekat dan berseluar katok kami potong kek sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Sempoi tak? Hahaha. Apapun thanks I-Shah belanja kek...sedap.


Macam biasa, anak2 feeling kek tu untuk dorang. Siap nyanyi lagu happy birthday lagi..hahaha. Layankan jelah.


Hari Ahad lepas 2 Mac adalah birthday anak sulung saya Mimi yang ke 9 tahun. Pun kami buat simple2. Hanya family je. Saya bawak dia gi Midvalley makan2 apa je yang dia nak, belikan mainan yang dia nak. Alhamdulillah dia happy. Mujur permintaan dia pun berlandaskan keupayaan poket Mama dia jugak..hahaha. Balik rumah potong kek ngan kawan baik dia. Sempoi.

Doa Mama, Ayah dan Adik Fifi agar kakak Mimi terus berjaya dalam hidup..dunia dan akhirat. Ingat pesan Mama, jadilah anak yang solehah. Esok kalau Mama dgn Ayah pergi dulu, sapa nak doakan kami? Andai kakak terbaca entry ini satu hari nanti, ingat tau pesanan Mama dan Ayah ni. Jadilah anak solehah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya...amin.

Wednesday, March 12, 2014

WW ~ Mahal..


RM35++. Alhamdulillah ada orang belanja :-)

Tuesday, March 11, 2014

La Tahzan ~ Jangan Bersedih


Assalamualaikum semua. Sudah masuk hari yang ke 4, MH370 masih hilang. Janganlah kita berputus asa untuk terus berusaha. Saya nak up entry lain pun jadi serba salah. Insyaallah, esok ajelah up new entry.


Berbaliklah kita kepada Allah Yang Maha Esa. Pada Dia sahajalah tempat kita memohon pertolongan.


Bersabar dan bertabahlah menghadapi dugaan dan ujian hebat ini.


Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita ;(

Monday, March 10, 2014

MH370 ~ Where Are You?


Assalamualaikum semua. Ketika entry ini ditulis, MH370 masih belum ditemui. Hilang sejak pagi Sabtu, 8 Mac 2014. Ini saya ketika terbang ke Beijing dalam MH370 yang sama. Waktu penerbangan sama, Sabtu pagi 12.40 a.m. dari KLIA cuma bezanya saya ke Beijing pada Oktober 2013.


Boeing 777-200 ni mmg besar. Saya travel bersama Ma Kamariah, Amy Sweetdarling dan beberapa rakan lain. Kalau hilangnya MH370 pada jam 2.40 pagi..maknanya ketika itu kami sedang dihidangkan makanan dan minuman. Anak kapal tengah busy. Atau bekas makanan sedang dikutip.

Ya Allah, teringat-ingat ucapan maaf stewardess yang tanpa sengaja tertumpahkan air oren kat sahabat saya K Tina. Ma dan Amy dibekalkan makanan smpi 4 bungkus sebab dorang tak selera nak makan pagi2 mcm tu. Saya pulak mmg tgh enjoy makan time ni.


Hani dan Sabri adalah rakan travellling kami pada ketika tu. Saya tak amik gambar tiket.


Syikin juga merupakan sahabat sekerja saya yang turut ke Beijing berkongsi kesedihan yang sama.


Fajar menyingsing setibanya kami di Beijing. Kami mintak berus gigi sebab nak sampai Beijing dengan wangi sebab tak sempat mandi, acara jalan2 akan diteruskan setibanya di Beijing. Semua ini memori. Tapi bila dikenang sekarang, saya jadi sebak.


It could have been me on that flight. It could have been you. Pakcik sahabat sekolah saya ada dalam flight MH370 yang masih hilang itu. Beliau ada training bersama 20 orang staff lagi dari Freescale Semiconductor. Mari kita terus berdoa agar semuanya masih selamat.


Keep on praying, jangan putus asa. Kita masih berharap agar keajaiban berlaku. Pulanglah MH370. Kami menantimu.

Sedih ;(