Thursday, October 2, 2014

My Borneo Trip - ParkCity Everly Hotel, Mini Handicraft dan Selamat Tinggal Miri


Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya cerita perjalanan 8 hari di Borneo berakhir jua walau mengambil masa berbulan-bulan untuk habiskan entry..hahaha.  Saya book hotel ni thru Agoda.com. Bolehlah check rate hotel ni kat mana2 website online ye.


Kami hanya menginap 2 malam di sini.


Lobbynya agak luas.


Bilik pun luas, bersih dan cantik.


Kolam renang cantik dan agak besar.


Anak2 saya apa lagi..kerjanya berendam jelah.


View depan swimming pool.


Menikmati sunset di petang hari.


Lama saya duduk menghadap pemandangan ini. Subhanallah...cantik kan.


Sehingga hilang di balik awan. Pantainya tak berapa bersih kalau nak mandi tapi cukup untuk menenangkan jiwa.


Kalau nak cari souvenir macam FM atau t-shirt yang cantik bolehlah cari di sini.


Ye di sini tau..hahaha.


Sebelum berangkat ke Airport, kami singgah di area Beach Republic Miri dekat dengan Luak Bay. Pantai di sini lebih bersih dan sesuai untuk mandi.


Cuma masa saya sampai punyalah panas..huhu.


Kami teruskan perjalanan ke airport. Flight delay, so MAS bagi voucher Marrybrown. Kami tapau aje sebab masih kenyang breakfast pagi tu.


Sekian, rentetan perjalanan kami yang memberikan seribu kenangan indah. Insyaallah, panjang umur kita berjumpa lagi ye Miri. Thanks pada yang masih sudi melawat blog saya walau dah suam2 kuku. Insyaallah, lepas ni kisah trip saya ke Ho Chi Minh pulak ye. Bye.

Wednesday, October 1, 2014

My Borneo Trip - Makanan dan Kek Lapis di Miri


Assalamualaikum semua.  Sepatutnya semalam saya upload entry ni tapi internet kat rumah lately ni problem sungguh. Sakit hati betul. Nak BW blog uols pun tak sempat. Insyaallah, malam2 saya buat kunjungan balas tau.  

Ok, kita mulakan dengan menu breakfast. Selain dari Mee Kolok di Cafe Awang Mahyan, kita boleh juga cuba breakfast Mee Jawa di Pulau Melayu.


Ni mee jawa biasa..RM4 sepinggan. Agak mahallah tapi rasanya sedap.


Ni pulak mee jawa special. RM5.50 rasanya. Sedap, not bad.


Pejabat Shell Miri. Dekat sini memang akan jumpa ramai orang2 Semenanjung. Sebabnya kebanyakan mereka bekerja dengan Shell dan juga Petronas. Kalau nak ke sini, cari Pulau Melayu dengan menggunakan waze, anda akan jumpa padang golf (Miri Golf Club), lepas tu akan nampak Marine Apartment dan SK Pulau Melayu di sebelah kiri. Nampak Jalan Pulau Melayu 1, pandang kiri. Ada 2 gerai di situ. Gerai ni yang sebelah belakang/dalam sikit.  Gerai ni buka sehingga pukul 12 tengahari je. Biasanya ramai yang datang utk breakfast. Cuba tau kalau ke Miri. Lain dari yang lain mee jawanya. 
  

Tengahari kita boleh makan di Restoran Muara yang terkenal dengan Lalapannya. Terletak di Waterfront Commercial Centre.


Nasi lalapan ayam macam ayam penyet je kan..tapi lain sikitlah. Harga RM9.


Nasi Lalapan Empel (daging). Pendapat saya nasi lalapan ayam lebih sedap dari daging. Boleh juga cuba ikan bawal atau ikan lele (keli).


3 layer tea..guna gula apong pandan. Sedap.


Selang beberapa kedai dari Restoran Muara tu ada kedai kek lapis Siti Payung ni.


Kat sini lah kami beli kek lapis. Sedap. Lagipun kat Miri ni susah sikit cari kek lapis. Kalau kat Kuching tu merata ada. Harga 1 roll dalam RM18-20 kot. Boleh rasa dulu then decide nak beli perasa yang mana.


Ni lah sungai yang terdapat kat waterfront tu. Hati2 ada buaya.


Boleh juga ke Pasar Malam Saberkas. Dibuka setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kat sini memang banyak makanan je. Kami beli 'Sayap Manok' atau kepak ayam. Not bad. Adalah beli food lain macam nasi goreng dan sebagainya. Oklah, esok kita cerita di mana saya menginap semasa di Miri. Eh..esok last entry lah..yeay!