Wednesday, March 25, 2015

HCM Trip 2014 - Last Day: City Tour


Assalamualaikum, hari ni kita gi City Tour pulak. Ini ialah Notre Dame Cathedral di HCM atau Saigon Notre-Dame Basilica. Oh ye, hati2 kat HCM. Jangan sesekali naik beca. Tu semua menipu. Macam saya cakap, naik teksi Vinasun sahaja atau minta hotel yang arrangekan transport or tour utk kita.


Ia sebuah gereja.


Architecture dari Peranchis. Dibina antara tahun 1863 dan 1880 dengan ketinggian 190 kaki.


Ini pulak bangunan Saigon Central Post Office. Memang area ni boleh jumpa banyak pengantin buat photoshoot. Memang cantik kawasan sini. Bangunan lama kan unik.


Ni bahagian dalam. Memang cantik.


Pejabat pos ni masih beroperasi.


Cantikkan ruang ATM ni. Lantai pejabat pos ni pun menarik corak jubinnya.


Kalau ke HCM jgn lupa singgah sini.


Kemudian kami pergi ke War Remnants Museum di HCM.


Banyak pengangkutan tentera Amerika dipamerkan di sini.


Seriously, hati saya sakit, terseksa, perasaan saya bercampur-baur bila kat sini. Sedih geram semua ada. Perjuangan orang2 Vietnam menentang kekejaman Amerika. Gambar2 orang2 Vietnam, anak2 kecil..kesan dibom. Sadis. Hati saya meruntun, saya menahan sebak. Saya rasa semua bekas tentera Amerika yang datang menziarah Saigon menyesal atas apa yang mereka lakukan terhadap rakyat Vietnam dahulu.


Di luar muzium kita boleh lihat bagaimana rupanya Tiger Cages - Special Jail.


Antara hukuman yang ada.


Saya tak mampu tengok dekat. Menyedihkan.


Antara kenderaan tentera Amerika yang dipamerkan.


Lepas tu kami pergi ke kedai kopi vietnam. Dihidangkan ini tapi saya tak makan pun.


Nak cuba kopi vietnam yang pure. Mak aih..sampai migraine dibuatnya.


Yang ais ok lagi. Kalau ditambah susu baru boleh minum. Kalau O mmg sakit kepala.


Lepas tu kami dibawa ke kawasan rumah orang kaya2.


Butik rupanya. Apalagi, shopping dan shoppinglah tanpa henti.


Ini ialah Masjid Musulman - Saigon Central Mosque. Kami tak sempat turun sebab angin sangat kuat dan hari nak hujan. Dapat snap pic je.


Kat Ben Thanh market ada macam2. Ada kain ela, kain cotton, prada lace, kacang2, kasut dll. Ni kami tempah baju tradisional vietnam Ao Dai. Bagus dia ni, dia pilihkan kain. Kami bayar, malam tu dia hantar ke hotel. Jahitan kemas, cantik. Memang puashati. Korang kalau datang sini, bawak je RM banyak2. Dorang ni buka harga memang RM dulu. Vietnam Dong hanya guna utk makan, tambang teksi je. USD pun dorang terima. Majority peniaga boleh cakap melayu terutama yang jual2 kain ni.


Kalau gi HCM memang rambang biji mata.


Seluar ni pun kami beli. RM8 sehelai. Tiap2 malam turun, mesti beli. Sedap pakai tidur.


Antara baju yang ada, jubah pun banyak, tudung, telekung. Kiranya HCM ni mmg tempat paling sesuai untuk kaki shopping.


Next day, kami balik ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Ho Chi Minh city. Moga ketemu lagi. First time saya buat entry jalan2 utk 4h3m hanya dengan 4 entry sahaja..hahaha. Ok, nanti kita story trip saya ke Marudi, Baram, Sarawak pulak ye. Bye2.

Monday, March 23, 2015

HCM Trip 2014 - 3rd Day: Chu Chi Tunnel Tour


Assalamualaikum..kita sambung. Kami dibawa ke tempat shopping. Oklah not bad. Murah juga..t-shirt harga RM5 je. Lepas tu kami dibawa ke masjid ni. Masjid Jami' UlMuslimin satu-satunya masjid berdekatan dengan Mekong River.


Kalau amik Muslim Tour kat sinilah kami lunch dan solat.


Posing dulu sementara tunggu geng non-muslim yang belum tiba dari mekong river tour.


Lepas tu kami singgah ke Vinh Trang Pagoda Temple.


The sleeping Buddha. Stucked kat sini sebab hujan lebat. Lepas tu terus balik ke hotel untuk rehat.


Malam tu ni lah dinner kami dekat Restoran 1 Malaysia. Yang tak bestnya pakej ni, hari2 makan kat restoran yang sama. Naik muntah makan...huhu. Ada je restoran halal lain kat situ..kalau tak amik pakej boleh je tukar selera.


Kat Vietnam buah2 sedap semacam. Hahaha..ke sebab rindu buah-buahan tempatan sebenarnya.


Ha..depan tulah Ben Thanh market..ni pulak lorong yang dipanggil Malaysian Street..depan tu bila malam ada night market. Memang kau nampak orang Malaysia jelah kat sini. Tak rasa mcam kat HCM pun..hehe.


Favourite drink..kopi susu vietnam. Hari2 beli. Siang, malam. Memang sedap dan ketagih dibuatnya.


Next day kami ke Chu Chi Tunnel Tour pulak. Naik bas jugak. Nampak tak lelaki tu? Atas kepala dia tu roti. Mula2 dia ok je orang ambik gambar dia. Lepas tu dah pandai mintak tips. Sabar jelah.


Untuk Chu Chi Tunnel Tour kami dibawa dulu ke kilang souvenir ni yang dibuat dari kulit telur.


Cantikkan. Yang dalam ruang jualan tu dia x bagi amik gambar. Kami tak beli apa pun kat sini.


Sampai je kat Chu Chi Tunnel kami tengok tayangan video dan diberi penerangan tentang Chu Chi Tunnel. Memang menarik sangat.


Antara perangkap yang ada.


Chu Chi Tunnel dibina pada masa perang Vietnam oleh tentera Viet Cong sebagai tempat persembunyian dari tentera Amerika. Tapi saya amazed dengan kebijaksanaan mereka. Muat2 je badan nak masuk situ. Pelancong boleh cuba. Tapi saya malas..nanti baju kotor..hehehe.


Antara ruang udara untuk Chu Chi Tunnel. Tanpa lubang2 ni camanalah dorang nak bernafas kan.


Pakaian tentera Viet Cong.


Jenis2 perangkap yang dipamerkan. Menggerikan. Nak tau lebih lanjut pasal Chu Chi Tunnel bolehlah gi google ye.


Di penghujung tour bolehlah test skill menembak kalau nak. Bayar ye bukan free.


Boleh cuba masuk ke dalam Chu Chi Tunnel. Saya tak masuk gak. Ada je alasan kan..hahaha.


Lepas tu kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus yang sejuk bersama cicah kacang tu. Sebab lapar, licin kami makan..hehehe.


Bergambar terakhir dengan family kakak yang dari Malaysia ni. Nama pun saya dah lupa..hehehe.


Sampai ke bandar HCM, kami berkejar pulak ke Water Puppet Show.


Menariknya. Saya suka.


Water puppet yang amazing sambil diiringi nyanyian dan muzik tradisional orang Vietnam.


Walau tak paham bahasanya tapi jalan ceritanya mmg boleh paham. Jangan risau, enjoy je. Kelakar pun ye jugak.


Inilah orang2 yang menjayakan Water Puppet Show. Amazing camana sebenarnya dorang buat show tu. Tertanya2 saya. Apapun we have a nice day. Malam tu turun lagi night market, ronda lagi Malaysian Street. Nanti saya share serba sedikit apa yang ada di Ben Thanh market dan Malaysian Street. Bye-bye.