Wednesday, March 25, 2015

HCM Trip 2014 - Last Day: City Tour


Assalamualaikum, hari ni kita gi City Tour pulak. Ini ialah Notre Dame Cathedral di HCM atau Saigon Notre-Dame Basilica. Oh ye, hati2 kat HCM. Jangan sesekali naik beca. Tu semua menipu. Macam saya cakap, naik teksi Vinasun sahaja atau minta hotel yang arrangekan transport or tour utk kita.


Ia sebuah gereja.


Architecture dari Peranchis. Dibina antara tahun 1863 dan 1880 dengan ketinggian 190 kaki.


Ini pulak bangunan Saigon Central Post Office. Memang area ni boleh jumpa banyak pengantin buat photoshoot. Memang cantik kawasan sini. Bangunan lama kan unik.


Ni bahagian dalam. Memang cantik.


Pejabat pos ni masih beroperasi.


Cantikkan ruang ATM ni. Lantai pejabat pos ni pun menarik corak jubinnya.


Kalau ke HCM jgn lupa singgah sini.


Kemudian kami pergi ke War Remnants Museum di HCM.


Banyak pengangkutan tentera Amerika dipamerkan di sini.


Seriously, hati saya sakit, terseksa, perasaan saya bercampur-baur bila kat sini. Sedih geram semua ada. Perjuangan orang2 Vietnam menentang kekejaman Amerika. Gambar2 orang2 Vietnam, anak2 kecil..kesan dibom. Sadis. Hati saya meruntun, saya menahan sebak. Saya rasa semua bekas tentera Amerika yang datang menziarah Saigon menyesal atas apa yang mereka lakukan terhadap rakyat Vietnam dahulu.


Di luar muzium kita boleh lihat bagaimana rupanya Tiger Cages - Special Jail.


Antara hukuman yang ada.


Saya tak mampu tengok dekat. Menyedihkan.


Antara kenderaan tentera Amerika yang dipamerkan.


Lepas tu kami pergi ke kedai kopi vietnam. Dihidangkan ini tapi saya tak makan pun.


Nak cuba kopi vietnam yang pure. Mak aih..sampai migraine dibuatnya.


Yang ais ok lagi. Kalau ditambah susu baru boleh minum. Kalau O mmg sakit kepala.


Lepas tu kami dibawa ke kawasan rumah orang kaya2.


Butik rupanya. Apalagi, shopping dan shoppinglah tanpa henti.


Ini ialah Masjid Musulman - Saigon Central Mosque. Kami tak sempat turun sebab angin sangat kuat dan hari nak hujan. Dapat snap pic je.


Kat Ben Thanh market ada macam2. Ada kain ela, kain cotton, prada lace, kacang2, kasut dll. Ni kami tempah baju tradisional vietnam Ao Dai. Bagus dia ni, dia pilihkan kain. Kami bayar, malam tu dia hantar ke hotel. Jahitan kemas, cantik. Memang puashati. Korang kalau datang sini, bawak je RM banyak2. Dorang ni buka harga memang RM dulu. Vietnam Dong hanya guna utk makan, tambang teksi je. USD pun dorang terima. Majority peniaga boleh cakap melayu terutama yang jual2 kain ni.


Kalau gi HCM memang rambang biji mata.


Seluar ni pun kami beli. RM8 sehelai. Tiap2 malam turun, mesti beli. Sedap pakai tidur.


Antara baju yang ada, jubah pun banyak, tudung, telekung. Kiranya HCM ni mmg tempat paling sesuai untuk kaki shopping.


Next day, kami balik ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Ho Chi Minh city. Moga ketemu lagi. First time saya buat entry jalan2 utk 4h3m hanya dengan 4 entry sahaja..hahaha. Ok, nanti kita story trip saya ke Marudi, Baram, Sarawak pulak ye. Bye2.

5 comments:

masa g HCM last year...x smpt pun singgah bangunan bersejarah tu...kejar masa..maybe satu hari yg lain
 
wahhh dah mcm2 tempat ada yer...ehehhe
takut a tengok penjara tu...seramm..naik bulu roma!!

 
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
nekcik pun suka gi HCM ni..senang nak makan and jalan jalan...
haritu tak pergi Chuchi sebab nekcik suka mekong river cruise tu
 
banyak tak shopping kak?