Wednesday, September 30, 2015

Trip to Langkawi 2015 - SkyCab


Assalamualaikum..trip pi Langkawi pulak adalah pada 22 Jan - 25 Jan 2015. Kali ni pergi bawak anak2 sempena birthday kawan baik saya. Dan juga upah saya pada anak2 sebab lepas ni saya nak fly jauh sikit..kehkeh.


Lepas ambil kereta, terus tuju Skyway Cable Car.  Berhenti ambil pic kat area Telaga Harbour Marina rasanya.


Yeay..dah sampai SkyCab. Anak2 excited nak naik. Mama dia dah bersedia nak rasa kegayatan.  Harga tiket boleh rujuk SINI.


Nikmatilah pengalaman yang menarik dan awesome ini.


Mujur pergi waktu bukan cuti sekolah tapi peak season untuk tourist sbb winter kan. Taklah ramai orang time ni.


Saya sebenarnya takut gak naik cable car..gayat. Yang genting punya ok lagi..huhu.


View Langkawi tak pernah mengecewakan.


Posing puas2..entah bila sampai lagi.


Anak2 pun enjoy gak datang sini. Lama dah dorang bising2 nak gi Langkawi. Akhirnya tercapai juga. Last saya datang pun masa Mimi masih kecil lagi belum setahun. Sekarang dah 10 tahun.


Masa saya datang ni Skybridge ni masih dibaiki. So takde peluang naik.


Lepas tu jalan2 sekitar Oriental Village. Nak gi 3D art belum siap masa ni.


Lepas tu kami pi makan Laksa Ikan Sekoq kat tepi jalan dekat ngan airport.


Pekena ayaq nyioq jugak.


Ha..inilah lorinya. Berderet orang jual laksa kat sini. Pilih jelah mana berkenan. Kalau tanya saya, biasa2 je rasa dia. Saya pernah rasa yang lebih sedap. Tapi sebab popular, kita singgahlah cuba.


Oh ya..malam tu kami menginap di Sandy Beach Resort dekat Pantai Cenang.


Family room takde kat belah pantai, maka kami terpaksa lintas jalan nak mandi laut.


Pantai Cenang yang indah.


Bersih..dijaga dengan baik oleh Majlis Perbandaran Langkawi. Pantai Cenang ni jauh lebih bersih dari pantai Kuta di Bali tu.


Ada macam2 aktiviti termasuk parasailing.


Budak2 puas mandi sampai matahari terbenam. Malam tu kami makan sekitar Pantai Cenang je berjalan kaki. Tak amik pic. Lately saya memang tak berapa rajin nak amik pic makan2. Maybe sbb lama dah tak blogging...hehe. Insyaallah jumpa lagi ye.

Tuesday, September 29, 2015

My Short Trip to Marudi 2014 - Last Day


Assalamualaikum semua. Sambungan trip ke Marudi. Lepas je solat, kami terus balik ke Miri. Jalan macam ni tak berani nak jalan waktu dah gelap. Takde lampu.


Sebahagiannya dah ditarah untuk pertanian.


Bila tengok gambar ni rasa macam kat overseas lak.


Bukit tu nampak je tak tinggi tapi tinggi sebenarnya. Kalau tak mahir memandu tak boleh daki.


Kami singgah di Pantai Tanjung Lobang Miri untuk menikmati sunset dan juga makan malam.


Rugi pulak tak ke jeti tu untuk bergambar.


Matahari merak di ufuk timur dilitupi awan tebal. Subhanallah..ciptaan tuhan memang awesome.


As usual kalau ke Miri, jangan lupa singgah dekat Grand Old Lady ni.


Mesti ambil gambar di sini tau. Kenang-kenangan.


Yeah..I'm a Lady.


Not the Old Lady ok..hahaha.


Ini view dari Canada Hill.


Boleh juga tengok sunset dekat Luak Esplanade Miri.


Saya bertolak ke Miri Jumaat malam..Ahad malam tu dah pulang ke KL. Memang short trip. See you in my next trip.  Insyaallah.

Monday, September 28, 2015

My Short Trip to Marudi 2014


Assalamualaikum semua..hehehe. Punyalah lama tak update blog kan..kihkih. Tapi saya akan cuba habiskan semua review tentang trip jalan2 saya. Sayang pulak kalau tak abadikan dalam blog ni kan.  

Okeylah, trip ke Miri ni pada 14 November 2014 yang lepas.  Lama kan? Kemalasan blogging tahap dewa sebenarnya.  Masa ni hujan lebat..risau jugak sebab saya  kali ni saya travel sorang.  Flight pun delay sikit..tak lama lah dlm 10 minit je.

 
Alhamdulillah bila dah naik tu hujan pun dah takde.  Lega.  Sejak byk kes flight terhempaslah, hilanglah mmg saya takut.  Saya pulak jenis susah betul nak tidur dalam flight. Masa ni layan movie jelah. Sibukkan diri taklah terasa sgt.


Sampai je Miri, saya terus pergi tengok wayang citer Big Hero  6 dengan kawan baik saya tu.


Esok pagi2 saya breakfast Mee Jawa Pulau Melayu yang sedap tu. Boleh jenguk SINI utk dpt more info.  Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Marudi.

Sumber:  Google

Meh kita tengok kat mana terletaknya Marudi ni.  Marudi ialah sebuah bandar yang terletak di Sungai Baram yang terletak di utara Sarawak.  Sungai Baram ni pulak bersempadan dengan Sabah dan juga Brunei.  Dari Miri ke Marudi dalam sejam perjalanan..sejauh lebih kurang 60km.  Tapi 60km dia bukanlah mcm kita lalu highway yang cantik2 tu kan.


Saya rasa kat Sarawak ni kalau tak buka mata luas2 mmg sesat barat. Signboard kecik ni adalah...dari jalan besar mmg tak jumpa pun..hehe.


Tu dia jalan! Ini memang satu-satunya jalan darat dari Miri ke Marudi.  Melalui bukit2 yang mencabar ni lah. Sebab tu kebanyakan orang kat Sarawak ni bawak kereta 4wd.


Berhenti kejap utk ambil gambar.  Punyalah lama peram citer ni kan..kereta ni pun tuan dia dah jual. Yang tinggal plate no dia je..hehe. Kesian kereta ni dah tak larat nak panjat bukit2 kat sini.


Kalau jenis mabuk..memang akan muntah2.  Bersiap sedialah dengan beg plastik.  Gi toilet siap2 sebelum memulakan perjalanan tau.  Kalau berani buanglah kat tepi2 jalan dalam hutan tu.  Jadi apa2 saya tak tahu..kehkehkeh.


Ada rumah panjang tapi tak ingat namanya.


Jalan punya jalan dalam hutan ni terjumpa lak traffic light.  Apa lak fungsi traffic light ni kan?  Rupanya jambatan tu kecik hanya muat untuk satu kenderaan je. Maka kalau hijau..laluan utk kita lah..yang sebelah sana kena tunggu. Jangan bila merah korang jalan pulak sebab jambatan ni menaik memang tak nampak kereta dari sana. Kang tak pasal2 kena reverse.


Jambatan ni merentasi Sungai Arang, Marudi.  Sungai ni warna air dia memang hitam macam arang.  Dulu2 sebelum ada jambatan tu, kereta kena naik feri utk menyeberang.


Selepas Sungai Arang tu perjalanan lagi teruk.  Jalan berlubang sana sini.  Kiri kanan tu macam paya. Boleh ke saya terbayang buaya2 tu keluar dari paya melintang atas jalan ni.  Teruk betul..hahaha.

Saya rasa kasihan pada orang Sarawak.  Berpuluh tahun merdeka tapi infrastruktur masih teruk sedangkan mereka kaya dengan hasil bumi. Moga pembinaan Pan Borneo Highway lepas ni akan membuatkan Sarawak tambah maju.


Yeay, akhirnya kita sampai ke Sungai Baram. Nak menyeberang kenalah tunggu feri.


Tambang feri ni dulu RM15 sehala sekarang dah RM1 je.  Thanks to the new Sarawak CM.  Beroperasi 6 am - 8 pm je.  Kalau musim perayaan atau ada Baram Regatta tu maybe dilanjutkan waktu operasi.


Orang first time naik feri kat pendalaman Sarawak ginilah. Posing sana sini.  Bukan selalu datang sini pun kan...hehehe.


Feri ni dia macam biarkan hanyut je..nanti bila dah dekat ke seberang baru dia on kan enjin untuk tarik feri ni menghadap ke jalan raya depan tu. 


Sampai je merayap2 dulu satu kampung. Mak kawan saya takde kat umah. Pergi pengilan @ kenduri kahwin.


Ini pejabat Jabatan Laut Sarawak, Marudi.


Ini pulak Masjid As-Salam Marudi.  Betul2 depan rumah kawan saya. 


Ini pekan Marudi. Ada saya lepak minum tapi tulah pic hilang..hehe.


Ini Pasar Rakyat Marudi.  Dah petang takdelah orang berniaga kan.


Perpustakaan Marudi.


Lepas tu kami ke SMK Marudi nak cari mak kawan saya tu.


Inilah dewan sekolahnya. Ada kenduri kahwin tapi segan pulak nak turun kan..hehe.


Oh..kita boleh juga naik Twin Otter (Mas Wings) untuk ke Marudi dari Miri Airport.  Tambang dalam RM65..kalau dapat offer murah serendah RM29. Perjalanan pun 20 minit je. So, tak perlu layan mabuk2 jalan darat tu kan. Cuma flight ni tak terbang tinggi..kuatkan semangat ye..hahaha.


Ni sekolah rendah kawan baik saya.


Lepas tu singgah ke Dewan Suarah Baram.


Marudi juga boleh dihubungi melalui Bot Ekspress.  Mengambil masa 3-4 jam perjalanan ke Marudi.  Dulu 4x sehari beroperasi tapi sekarang dah kurang. Yang tinggal di ulu masih bergantung pada perkhidmatan bot ni..yang lainnya dah guna jalan darat.


Bawah tu ada petrol station untuk bot ekspress.  Sungai ni 400km panjang.  Sungai ini juga dikenali sebagai Batang Baram macam Batang Lupar yang popular kat Sri Aman tu.


Ini pulak ialah Fort Hose. Bangunan bersejarah ni dinamakan sempena Charles Hose, Residen Baram pada tahun 1891. Bila google katanya tempat ni muzium. Rugilah saya sebab masa saya datang tempat ni tutup.


Ada taman..so jomlah kita ronda2.


Takde apa sangatlah..jambatan mcm ni kalau kat Sarawak mmg banyak.


Kalau korang nak datang sini datanglah masa ada Baram Regatta. Perlumbaan perahu panjang ni diadakan 2 tahun sekali.  Rajin2lah google untuk dapatkan info bulan berapa sebab tak tetap.


Oklah, mak kawan saya dah balik. Kita rehat dulu sebelum pulang ke Miri.  Nanti saya sambung ye.  Ada 2 entri je untuk trip kali ni. Insyaallah jumpa lagi.