Wednesday, September 30, 2015

Trip to Langkawi 2015 - SkyCab


Assalamualaikum..trip pi Langkawi pulak adalah pada 22 Jan - 25 Jan 2015. Kali ni pergi bawak anak2 sempena birthday kawan baik saya. Dan juga upah saya pada anak2 sebab lepas ni saya nak fly jauh sikit..kehkeh.


Lepas ambil kereta, terus tuju Skyway Cable Car.  Berhenti ambil pic kat area Telaga Harbour Marina rasanya.


Yeay..dah sampai SkyCab. Anak2 excited nak naik. Mama dia dah bersedia nak rasa kegayatan.  Harga tiket boleh rujuk SINI.


Nikmatilah pengalaman yang menarik dan awesome ini.


Mujur pergi waktu bukan cuti sekolah tapi peak season untuk tourist sbb winter kan. Taklah ramai orang time ni.


Saya sebenarnya takut gak naik cable car..gayat. Yang genting punya ok lagi..huhu.


View Langkawi tak pernah mengecewakan.


Posing puas2..entah bila sampai lagi.


Anak2 pun enjoy gak datang sini. Lama dah dorang bising2 nak gi Langkawi. Akhirnya tercapai juga. Last saya datang pun masa Mimi masih kecil lagi belum setahun. Sekarang dah 10 tahun.


Masa saya datang ni Skybridge ni masih dibaiki. So takde peluang naik.


Lepas tu jalan2 sekitar Oriental Village. Nak gi 3D art belum siap masa ni.


Lepas tu kami pi makan Laksa Ikan Sekoq kat tepi jalan dekat ngan airport.


Pekena ayaq nyioq jugak.


Ha..inilah lorinya. Berderet orang jual laksa kat sini. Pilih jelah mana berkenan. Kalau tanya saya, biasa2 je rasa dia. Saya pernah rasa yang lebih sedap. Tapi sebab popular, kita singgahlah cuba.


Oh ya..malam tu kami menginap di Sandy Beach Resort dekat Pantai Cenang.


Family room takde kat belah pantai, maka kami terpaksa lintas jalan nak mandi laut.


Pantai Cenang yang indah.


Bersih..dijaga dengan baik oleh Majlis Perbandaran Langkawi. Pantai Cenang ni jauh lebih bersih dari pantai Kuta di Bali tu.


Ada macam2 aktiviti termasuk parasailing.


Budak2 puas mandi sampai matahari terbenam. Malam tu kami makan sekitar Pantai Cenang je berjalan kaki. Tak amik pic. Lately saya memang tak berapa rajin nak amik pic makan2. Maybe sbb lama dah tak blogging...hehe. Insyaallah jumpa lagi ye.

2 comments:

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
 
adeh..
sibuk betul dewi aja ni!!