Monday, December 5, 2011

Jom Gi Spa..


Keletihan..agak lama tidak bercuti  dari kerja.  Cuti2 Malaysia, selalu..hahaha.  So, hari ini saya mahu pergi spa.  Merehat-rehatkan diri.  Saya ada lagi 3 hari saja lagi dengan syarikat sekarang sebelum memulakan tugas di tempat baru pada 12.12.11.  Alhamdulillah, berkat doa kawan2 dan keluarga juga.  Doakan agar kesihatan saya juga tip top ye.  Nanti saya blogwalk.  Bye..take care.

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu..Best..


Saya ni baru je balik dari menonton Ombak Rindu di panggung terus on netbook buat entry.  Memang panas macam goreng pisang.  Kalau u oll nak book tiket kat GSC or TGV tapi penuh, pergilah tengok kat MBO.  Memang sure ada seat.  Masa saya beli tiket pun dah pukul 6.30 petang tapi masih banyak lagi seat utk show pukul 7.30 malam.  

Cerita yang best, panjang sket..2 jam, sedih sampai saya menitiskan airmatalah walau ditahan2..hahaha.  Scenery sawah padi yang terbentang luas, laut yang mendamaikan, ladang teh yang menyamankan...memang cantik.  Ditambah pulak dengan lagu yang best sesuai dengan jalan cerita, pelakon yang mantap2 memang akan membuatkan kamu menangis bersama, ketawa dengan adegan2 yg lucu (Aaron Aziz notty tau) dan tersenyum dengan happy ending bila keluar dari panggung.  So, boleh agaklah kan..camana cantiknya dan melankoliknya filem dia.  

Tapi ada banyak juga adegan ranjang yang tak sesuai untuk anak2.  So, kalau boleh, elaklah bawa anak2.  Nanti u oll yang malu sendiri.  Nak2 kalau anak2 tanya apa semua tu..huhu.  Lisa Surihani boleh tahan juga berlakon watak antagonis.  Dalam jahat ada baiknya.  Tak pernahlah dia berkasar ngan Maya Karin.  Maya Karin pya tudung dlm filem tu..sesuailah dengan watak gadis  kampung yang tak pernah keluar ke mana2.   Tapi bila dia dah kerja..ok sket.  Bergaya jugak.  Tapi si Lisa tu suka nau pakai baju style bengkung dlm movie ni.  Kata kawan saya, Lisa pakai PB kat luar...hahaha.  Si Azizah Mahzan tu pulak, jadi mak Aaron..seksi sketlah mula2.  Bukan si Maya je berkemban tau..makcik dia pun berkemban dlm cerita ni..hahaha.  U oll tengoklah, dari segi rating, Dee bagi 4.5 bintang / 5.  Tak rugi nonton, pasti puas hati.  


Kalau tak puashati, baca je novel.  Ada sedikit kelainanlah.  Tapi masih mengekalkan jalan cerita.  Dan kebetulan, Ombak Rindu memang favourite novel Dee...hehehe.  Selamat menonton!

Ralat:  Pengarah Osman Ali yang mengarah Ombak Rindu ialah juga pengarah filem Cun.  Produser Ombak Rindu ialah produser yang sama dengan filem Lagenda Budak Setan..maaf salah info.

Thursday, December 1, 2011

Puss In Boots..


Lepas berjalan sakan kat Tugu tu, kitorang pergi MBO @ Viva Home.  Hajat di hati nak tonton Happy Feet 2 tapi dah start, so tengok jelah Puss In Boots.  Pergghhh..mencabar gak tgk ngan fifi yang tak boleh dok diam.  Dengan budak belakang seat saya dok tendang2 kerusi.  Rasa nak sekeh je anak orang tu.  Tapi bila dengar mamanya ckp, jomlah ayah balik, budak ni tak reti dok diam.  Pastu dia marah2 anak dia, saya pun takdelah toleh2 belakang.  Yelah, anak2 kan..kadang2 mmg susah dikawal.

Berbalik pada cerita Puss In Boots ni, u oll wajib tonton ok.  Memang kelakar habis.  Ada Humpty Dumpty, ada kucing betina seksi, ada kucing jantan gatal, ada Jack and the Beanstalk dan mcm2 lagi.  Memang penuh dengan emosi.  Dee kasi 3.5 bintanglah out of 5 bintang.  Budak2 mesti suka.  Banyaklah pulak movie yang nak ditonton pulak bulan ni kan.  Takpe, kita tengok satu2 dulu.  Bye, u oll.  Take care.