Ingat x entry sy pegi Bukit Fraser..kan sy ada ambil gambar depan sekolah sy sorang2. Bila sy tepek kt Facebook..wah kawan2 sy dh bisinglah. Semua nak jugak amik gambar depan sekolah..tapi nak pegi ramai2. Seperti biasa, sy lah yg kena organize. Xde satu reunion pun yg org lain organize..mmg sy jelah. Xpe..sy suka bila kawan2 sy puashati dan happy. So, perjumpaan terakhir sebelum Ramadhan, sy decide nak ajak dorang pergi makan Nasi Lemak Tanglin (sebelah sekolah sy je), ambil gambar depan sekolah dan berkaraoke. Sambutan kali ni mmg agak memberangsangkan. Yg x pernah join pun join sekali. So, aktiviti start pukul 10 pagi..breakfast di Tanglin. Tu sebelah sy..ada twinnya. Tapi kakaknya balik rumah kg mak mertua..tinggallah adiknya yg single. Ini Nana..kakaknya Jaja.
Tukang belanja tu si Watie Gebu's..eh pandai2 je sy bagi nama gebu's...x ingat pulak apa nickname dia. Dia belanja kitorang semua..5 meja. Sebelah tu suami dia. Mmg sporting habis. Gelak je tengok peel kwn2 wife dia yg sewel. Lepas makan..suami dia chow ar. X join kitorang..nanti dia lagi pening. Thx Watie..suruh Maxis bagi bonus banyak2 lagi ye tahun depan...hahaha.
Oh..ini apam kukus. Kwn sy mmg jual..tapi yg ni dia bagi kitorang makan. Dalam ada blueberry & strawberry filling. Nama dia Manal..u oll terjah blog dia ye kalo nak order. Sedap. Sebelah tu pulak coklat. Zila pulak yg jual. X tau berapa harga dan apa nama blog dia. Kalau tahu nanti sy update kemudian ye.
Dari kiri duduk belakang: Watie Gebu, Manal Gojes, Shidah Remos, Teacher Ayu Blur, Sham Semenggah, Azura (belum ada nickname nti kitorang bagi), Yuly Cool, Maz Shibam..
Dari kiri duduk di depan: Rita Montoks, Nana (belum ada nickname gak), Ina Superb (sylah tu), Murni Penyet
Bergambar di depan sekolah ramai2. Mmg havoc abis. Eh..Zila xde dalam gambar nih. Ada kawan2 yg anak dh 5..ada yg anak dh amik SPM & PMR pun tahun ni. Ada yg masih single. Seronok bila dpt jumpa ramai2..nak2 amik gambar depan sekolah. Kenangan terindah. Sejak berjumpa ni mcm2 nickname yg timbul. Itu yg lebih merapatkan kemesraan kami. Sy sayang kawan2 sy..muah2...u oll mmg the best!!
Bangunan utama sekolah..sebelah kanan bawah tu bilik Pengetua..kat atas tu kelas kitorang masa Form 5 Arts (Sastera). The only form 5 class yg duduk atas bilik Pengetua. Sebab nakal sangat..so, Pengetua letakkan kitorang kt situ. Dia selalu datang round intai2 kitorang. Tapi kitorang mmg x takut..siap main lompat getah dlm kelas. Dia dok bwh bengang je..gajah2 mana pulak yg melompat kt atas tuh. Kitorang dapat kelas terkotor pun bangga giler. Siap dapat award tuh..kehkehkeh.
Oh..ini padang sekolah. Kesian kan. Sukan sekolah buat kat mana? Kat Stadium Merdekalah. Almaklum sekolah tengah bandar...sebelah Masjid Negara tu je. Dulu padang ni botak. Sy selalu training hoki kat sini. Sekarang dh cantik..rumput pun dh penuh. Sekolah je tepi masjid..nakalnya nauzubillah. Tp xlah seteruk budak2 skrg. Aktiviti hari jumaat selain dari menyibuk di pasar jualan utk org lelaki gi solat jumaat..kitorang skodeng budak2 lelaki yg solat kt Masjid..siap pakai binoculars tu..kehkehkeh.
Ini pulak kelas sy masa Form 2 kalo x silap. Yg atas tu. Bawah tu bilik masakan. So, semua budak Home Science (Sains Rumahtangga) mmg dok bangunan tu lah. Skrg dh makin cantik..siap ada siarkaki. Dulu..nan ado. Sebelah tu dulu kantin..tp skrg kantin dh dipindahkan kt depan. Tennis court kitorang dh xde..huhuhu. Sedihnya.
Bergambarlah we oll ramai2 kat depan main building. Nak masuk ni pun ckp ngan guard. Dia bagi limit time ar. So, kenalah cepat2. Oh ye..yg ujung tu baju pink tu..Rita Montoks kan..sebelah dia Suzi..sebelah Suzi tulah Zila. Perut flat giler..jeles2. Yg Rita tu pulak..anak 4..yg sulung PMR tahun ni. Jeles bila tengok dorang masih solid molid. Petua bagi wey!!
Inilah tangga depan bilik Pengetua..and also tangga nak ke kelas kitorang. Budak2 MGS ni mmg xleh dipisahkan dengan tangga. Junior pun terikut-ikut..kehkehkeh.
Lepas tu terus pergi Pavillion. Karaoke time. Ni baru sampai..so, semua baik je lagi. Ada jugak yg x join. Semua yg join 12 orang. Dapat bilik besar..toilet pun ada kt dalam sekali. Senang. Sorang byr RM40. Oklah kan..5 jam tuh..termasuk makan.
Bila dh start..tengok..semua kerumun depan monitor. Smpi ada yg nak masuk dlm monitor tu pun ada. Yg panjat..biasalah..standard. Nak rasa mcm buat konsertkan...kehkehkeh. U oll yg dh tengok video tuh..taulah macamana havocnya. Kalo rakam keseluruhan kejadian..mmg gelak x abis2lah. Lagu semua yg standard kena joget punya. Kalo yg slow tu..sylah nyanyi..hahaha. Feeling terlebey.
Tengok tuh..Shidah Remos..over giler. Hahaha..tapi dialah yg membuatkan suasana sgt2 kecoh. Mmg seronok. Oh..napa panggil dia Shidah Remos..sebab masa sekolah..rambut dia mmg sentiasa ada remos. Tak tau apa remos? Alah..jambul lah...kehkehkeh. Kena tengok album MGSKL sy kt Facebook..baru tau..hehehe.
Oh..sopannya time makan je. Time lain..hancus!!
Bergambar ramai2 itu wajib..nak2 bila dh smpi penghujung. Lepas ni sy nak buat trip pergi Langkawi..satu bas. Masa deepavali nanti. Awal2 dorang dh request bas mesti ada karaoke. Sy rasa tahun ni paling aktiflah kami semua. Insyaallah..hubungan ini akan terus dikekalkan. Sy dan kawan2 dh set nk lawan nyanyi kt karaoke ngan junior nih. X sabar...list of activities menanti. Thx pada semua yg belanja tu..moga dimurahkan rezeki kalian. Sy pening pala organize pun xpe..demi kawan2..sy sanggup. Friends..you are the best!!
30 comments:
well-established ni skola ni.
mr noble: gambar ni ada flash..sebab tu terang..yg benornya gelap..
aku ingat nak snap gak gambar depan sekolah .huhuhuuh..
sesekali jumpa kan kak..mmg bes!
anak2 n hubby sume duk umah erkk..hehehehe
tapi geng skolah mmg best of the best laa :D
kira yang hadir ni mmg sporting la..mesti kecoh giler kan. paling best kalau terjumpa x teacher uols kat skul tu.
Taty
Post a Comment