Atas permintaan kawan2 di Facebook, silalah ambil resepi Puding Sagu Gula Melaka ni. Sy baru je buat semalam..hehehe..makan sejuk2...sodap!! Eh..u oll buat tau..senang giler!!
Puding Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:-
200 gm biji sagu mata ikan
200 gm gula melaka/gula merah
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
Sedikit garam
Daun Pandan
Cara-Cara:-
1. Masak sagu dgn air mendidih, masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya. Toskan dan masukkan dalam bekas yg diingini dan simpan dalam fridge.
2. Untuk kuahnya, masak santan pekat dimasak dgn daun pandan. Masukkan sedikit garam. Sentiasa kacau, jangan sampai pecah santannya. Kemudian boleh simpan juga dalam fridge.
3. Sebagai pemanis, masak gula melaka/gula merah bersama sedikit air untuk mendapatkan sirap yg pekat.
4. Untuk hidangan,sagu yg telah disejukkan di letak di dalam mangkuk/bekas, dituangkan kuah santan pekat sejuk tadi ke atas sagu. Diikuti dengan sedikit sirap gula melaka. Sedap dimakan ketika sejuk.
Sumber gambar dan resepi dari sini ye. Thx Dapur CT!!
27 comments:
nnti nak buat lah..
senang jer pun.. hehehe
=)
nak nakkkk!kihkih
2 hari sudah kot i buat nie...
simple je kan resepi dia sis...
Post a Comment