Sejak akhir2 ini, saya sangat penuh dengan idea. Maybe sebab dikelilingi oleh kawan2 yang sangat ceria seperti sang pelangi. Korang tengoklah tu..ni masa Potluck kat depan PICC last Saturday. Tak plan pun, bila Cik Pepel cakap maktok nak masak nasi lemak dan bestnya kalau makan tepi tasik, terus sy cakap, jom potluck. Tengoklah kami yang keriangan gelak mengekek2. Masa ni sapa2 ada masalah terus lupa tau. Happy sokmo.
Nasiblah sapa yang jadi bahan. Suami orang pun boleh dijadikan bahan gelak ketawa. Eh..ini bukan nak malukan sesiapa, tapi tengoklah, nak snap pic orang lain tersnap aksi2 yg tidak disangka. U oll cer teka..cer teka, suami sapa lah tu ye..hahaha.
Kami yang perut krok2 bak kata Mimi tak sempat pun nak amik pic food, datang2 terus belasah makan sebab food sedap2.
Mana tak sedapnya, tengok sapa chef terhebat. Maktok amani lah. Nasi lemak dia memanggil2 tau. Thanks maktok kerana membenarkan kami menumpang sedikit kasih sayang. Thanks Cik Pepel sebab ibumu ini sangat2 sporting dan mengingatkan kami kepada ibu kami sendiri. Love u maktok!
Berapa kali tambah Elly? 3 kali? Wuhuu..kalau maktok yang masak dan kawan2 ada yg bawa meehoon goreng, ayam masak merah, nasi goreng dan popia sardin mmglah syokkan menjamu selera. Diet tolak tepi, sapa yang pakai PB hari tu adalah sangat rugi..saya tak pakai..hahaha.
Yang bujang2 tu mcm Ayumie ni belajar2lah jaga anak kami eh. Hahaha..jenuh kepit si Amani ni semata2 nak ikatkan rambut dia. Tapi dia mmg cute. Seronok melayan.
Baik mengaku cepat anak sapa, ramai je orang yang bersedia nak cilok budak ni bawak balik rumah..hahaha.
Dan seperti biasa, food2 yang tak habis, kenalah tapaukan. Jangan membazir. Maktok tu kalau boleh, semua pun nak suruh saya bawak balik. Maktok memang sayang saya or maktok ckp, dee ni kaki tapau..hahaha.
Apapun, thanks to Diva Tipuware ni sebab tolong bawakan tapau kosong sambil catwalk lagi utk kami2 ni. Ni semua tipuware dia tau. Tapi dia tak bawak balik apa pun.sayalah yang paling byk bawak balik. Mujur juga tapau, sebab ada insan2 yg lepas tu lepak2 di rumah saya kelaparan...hehehe.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua kawan2 di atas kerjasama potluck terkezut tempoh hari. Terima kasih maktok di atas layanan yang terhebat. Ada kesempatan, kita berkumpul lagi. Serius taman ni cantik walau panas sikit tapi disebabkan kami seronok berborak dan kekenyangan xde pulak aksi2 photoshoot dari kami. Ajak maktok ambil gambar lompat2 pun ok kan? Hahaha...salam seceria pelangi.
Link Rakan2: CT Elly, Mummysyafie, Iyra Mutalib, Ayumie, Cik Pepel dan Rasp. Thanks u oll, gambar dicilok dari FB2 mereka.
26 comments:
betul kate ko tu dee...diet tolak tepi dulu heheehhe
kty takde,kak amy sweetdarling takde..
sape lgi?
luper..
huhhh..
tapi memang seronok gathering begini..
paling suka pic hat ataih sekali...tgk kakDeee gelakkkk...memang tegambar HAPPI sangattt-sangat
saya suka ambik gambar kat sini....
tu yg buat meriah dan seronok!
saya pun suka potluck..
tapi kalau ajak kawan2 lelaki
banyak nye semua tak reti ber potluck..tahu datang makan..
nak free jer plaktuh...haih
Post a Comment