Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Get Well Soon...


Semalam ziarah sahabat kita CT Elly.  Eh..ziarah husband dia.  Apapun, moga cepat sembuhlah ye Cik Mat.  Sian lak tengok haa.  Short entry je arini, semalam tak sempat nak buat auto publish..hihihi.  Have a nice weekend uols.

Monday, March 25, 2013

Met Zahidah ~ Blogger Sarawak



Last Saturday, jumpa Blogger Sarawak sorang ni..Zahidah.  Tapi skrg dia tgh study di JB.  Kebetulan dia turun KL jadi mohlah jumpa kejap.  Dulu saya jumpa dia di Kuching..seronok.  Anak2 pun ingat lagi kat dia.    Ni lepak minum coffee kat San Francisco di The Sphere, Bangsar.  Best lepak sini sebab tak ramai orang dan yang penting parking free..hahaha.


Lepas tu dia follow saya jumpa ex-opismate yang baru dapat baby di Desa Petaling.  Lupa nak snap pic.  Then kami gi dinner di Burger Ramly, esok saya story.  Pastu terus ke Downtown Cheras.  Masa pergi ni gelap gelita.  Rupanya dorang sambut Earth Hour...huhu.


Lebih kurang pukul 10 baru lampu dibuka.  Pastu apalagi, shoppinglah tanpa henti..hahaha.  Oklah, harap Zahidah tak seriklah jumpa kak dee anak beranak lagi.  Turun KL roger2 ok.

Tuesday, November 20, 2012

Wahida Birthday Celebration..


Last Sunday, baru Geng Pelangi berkesempatan celebrate birthday Puan Wahida My All..hehehe.  Makin hari dia bertambah cun & bertambah slim..me jeles ok..hehehe.


Kitorang lepak di Stars Archery, Berjaya Times Square.  Wahida dan suami dan yang kat depan tu anak bujang Amy Sweetdarling tengah beraksi.  Kemain seronok lagi dorang memanah.


Sis Amy ngan Sis Iyra pun main jugak.  Dee je malas nak main.  Lenguh tangan nanti...hehehe.


Kesian budak2 tak dapat main.  Tunggu umur 9 tahun baru dapat main tau.


Birthday cake yang comel.  Sedap, lembut dan paling penting licin boliau.


Birthday girl tgh tiup lilin.  Oh...sis Elly dan hero hindustannya tiba lewat sedikit.  Masa santap menyantap baru dorang ada...hehehe.


Korang tengok...orang lain semua dapat hadiah satu je.  Dia smpi 4 okey.  Apa yang dia dapat, biarlah dia je yang share & tunjuk kat korang..hehehe.


Oh ye..acara makan2 kami kat Mz. Nina sebelah Toast Box, Berjaya Times Square.  Bergambar ramai2 sebelum balik.  Geng Pelangi yang lain tak dapat hadir.  Masing2 ada komitmen lain.  Takpelah, yang ada ni pun dah cukup meriah..hehehe.  Harap Wahida suka dengan hadiah dia dan maaf atas segala kekurangan.

Tuesday, November 6, 2012

The Blogger..


The blogger who wrote her blog in English.  Started  to admire her If i'm not mistaken since 2009.  Ok, better write in BM..kalau tak banyaklah grammar mistake dan saya malu bila dia baca..hahaha.  

Well, nak dating dengan dia pun bukan senang.  So, kena cari 'umpan'.  Finally, last Wednesday akhirnya saya dapat juga minum2 dengan dia di Aseania CafeBar, KLCC.


Suka environment kat sini, cozy, perabut serba putih, bunga daisy kuning atas meja melengkapkan lagi seni dalaman cafe ni.  Lukisan hitam putih di dinding juga berjaya mencuri tumpuan saya.


Mujur saya juga peminat coffee mcm si dia.  So, saya order Cafe Latte.  Sedap tapi asyik sangat berborak, sampai sejuk air Latte saya.


Perut pulak diisi dengan pisang goreng Ala Bali ni.  Hai..sedapnyalah.  Dengan kelapa parut dan gula merah mmg membuka selera.


The blogger order keropok lekor & double espresso without sugar.  Buku J.K.Rowling - The Casual Vacancy itulah umpan saya..hahaha.  Taklah, gurau je.  Saya memang dah lama niat dah hadiahkan dia sebuah buku.  Kebetulan birthday dia pun, so saya terus tanya, buku apa yang dia nak sgt beli tapi masih belum dapat beli.  Saya tak boleh terus beli sembarangan.  Sebab si dia ni mmg kaki buku.  Koleksi dia je dah boleh buat mini library kot.  Takut terbeli buku yang dia dah ada.

Pergi jengah blog dia sekarang.  Orang yang saya impress dari dulu.  Kemahiran berbahasa Englishnya superb.  Cara penulisan menarik..jenis kalau saya baca kena concentrate dan mata terpaku di skrin.  Lately, semua pic yang dia amik pun sangat menarik.  Saya suruh dia beli DSLR..sbb saya rasa dia berbakat juga dalam photography.  Gambar pertama dan last tu pun saya ambil dari Instagram dia.

Dia juga seorang yang sangat suka sukan bolasepak..eh, bukan setakat suka je....ilmu dia dalam sukan tu pun tinggi juga tau.  Jangan cuba nak kelentong..hahaha. Eh..takleh share banyak2 pasal dia.  Pic dia pun tak boleh share.  Orang yang secretive ni membuatkan kita rasa lebih ingin mengenali.  Kepada Sha, terima kasih atas segalanya :)

Friday, October 19, 2012

Terima Kasih Daun Keladi..


Dulu 'dia' bagi ni.  I like sangat sebab hasil jahitan 'dia' sendiri.


Lepas tu, 'dia' bagi ni pulak, pun hasil jahitan 'dia' sendiri.    'Dia' suprisekan saya.  Oh..terharu sangat.  Kenal melalui blog dan tanpa disangka rupanya suaminya juga mengenali suamiku.  Terima kasih sahabat.  Terima kasih daun keladi, ada rezeki aku balas nanti..hehehe.  Happy weekend uols!

Tuesday, June 19, 2012

A New Hero Was Born


Aisshh...mmg tak dirancang.   Kalau rancang2 tu selalu tak jadi.  Kebetulan lalu di area rumah Minah Halimunan ni,  mohlah singgah jenguk Hero baru dia.  Kebetulan Ma (ibu Amy) pun ada.  Bertambah seronoklah bersembang.  Tengok tu...tidur je kerjanya.  Hidungnya..kemain tinggi lagi.  Walau Mamanya kata besau..hahaha.


Inilah permata hati Amy Sweetdarling, Mohd Zaim Afkar.  Sedaplah pegangkan.  Kalau tak silap 2.9kg.  Ingat nak gi ziarah kat hospital ramai2.  Tapi baby kena tahan kat wad.  Biar Mama dia jelah cerita why.  Alhamdulillah dah discharge pun.  Sekarang baby pun dah berada nun di Terengganu.  Selamat berpantang Amy.

Tuesday, May 15, 2012

Kenduri JMR & Bujal


Lepas pada celebrate Birthday Amy tu..esoknya kami terjah pulak majlis kenduri makan2.  Pergghh..nasi kat kenduri ni mmg mantap..sedap sangat sampai mimi bertambah-tambah.  Apa dia?  Semeja ngan sapa?


Semeja ngan blogger2 hot lah..hahaha.  Cer tengok bz memasing.  Sis Riben Merah, Sis Mummysyafie dan Sis CT Elly yang comel.


Korang tengok, bahagia tak pengantin?  Riang ria kat atas pelaminan.  Tak kenal pengantin?  Inilah JMR dan Nunu.  Pasangan merpati dua sejoli.  Sama cantik sama padan.


Wajiblah posing kat pelamin before balik.  Gambar ni biasa2 jelah kan.  Gambar yang ditag kat FB lagi cun.  Thanks Jamar & Nunu atas jemputan majlis kenduri di Klang ni.


Lepas makan2 kenduri, kita serbu majlis Aqiqah lak.  Bujal ni saya baru jugak kenal.  Seangkatan masa saya kenal Uncle Gedek dan Daddyziyyad.  Rumah dia kat Port Klang. Tak jauh dari rumah JMR tadi.  Alang2 mehlah singgah kan.


Tengok tangan domok sapa yang mencuit Aisyah sampai bangun.  Comel Aisyah.  Thanks pada Bujal dan Mamaainul yang mesra melayan kami.  Makanan sedap2.  Merasa air teh panas hasil bancuhan Bujal.  Mmg masyuklah.

Perjalanan saya hari tu tak terhenti sampai situ je..lepas tu pergi jumpa kawan lama saya yang lebih 10 tahun tak jumpa.  Punya sembang sampai lupa amik gambar.  Malam tu kami singgah gi makan Yong Tau Foo lak kat Kg Pandan.  Pastu Sis Iyra dan Sis CT Elly pun balik.  Eh..kul 11 malam tu saya sambung lagi ronda2 di  Downtown Cheras.  Esok saya pengsan...muahaha.  Oklah, bye.

Monday, May 14, 2012

Happy Birthday Amy Sweetdarling..


Last friday, kitorang berkumpul lagi sekali.  Kali ni di Fullhouse, Wangsa Walk.


Bersama kek yang comel.  Sedap.


Birthday girl tengah tiup lilin.  Lagi best sebab satu Fullhouse nyanyi lagu birthday.  Tak gitu Amy?


Anak merajuk sebab tak dapat tiup lilin.  Mak kena redha jelah..hahaha.  Kitorang?  Teruskan posing..hehehe.


Muka gembira dapat kad dan hadiah jam dinding..muahaha.


Surprise!  Jam tanganlah..bukan jam dinding..kotak je besau..hihihi.  Tengok muka birthday girl happy.  Malam tidur pun senyum tu..dapat jam tangan idaman.


Food saya malam tu..soft crab.  Sedap.  Air tiramisu coffee jelly tu pun sedap tapi perut saya meragam.  Gastrik..huhu.


Chicken chop ni serious sedap.  Korang kalau gi Fullhouse, recommended order yang ini.


Tak taulah manager dia ke or owner..tapi serious sporting.  Mr Longan nama dia.  Kenapa longan?  Kitorang2 je tau..hahaha.


Happy Birthday lagi sekali dari kami semua untuk our dearest sister..Amy Sweetdarling.  Walau kali ni Sis Rasp & Sis Ayu tak dapat join tapi tetap meriahkan.   Harap Sis Amy happylah dengan majlis yang sempoi ini dan hadiah yang tak seberapa dari kami2 semua.  Doa kami agar sis terus berbahagia..love u sis! 

Wednesday, February 1, 2012

Selamat Hari Wilayah & Selamat Tinggal..


First, nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah untuk semua warga KL, Putrajaya dan Labuan.  Selamat bercuti ye geng.  Ke mana u oll?  Saya?  Cuba tengok gambar bawah tu..saya nak fly2 lagi..hehehe.


Ye, saya akan fly ke sebuah negara berdekatan.   Taklah jauh sangat tapi memerlukan passport.  Ini adalah trip oversea saya yang pertama.  Eh..ada yang dah tahu kan ke mana..hehehe.  Btw, passport pun mmg saya baru je buat semata-mata utk trip ini.  Bersama geng2 blogger...itu yg syok tu.  Trip ini adalah bersama Sis Wahida, Sis Mummysyafie, Sis CT Elly dan Sis Iyra termasuk kawan baik saya Sis Tina.  Dari last year saya plan semua ni.  Alhamdulillah akhirnya tiba waktu kami fly sama2.

Pada semua, doakanlah keselamatan kami pergi dan balik.  Pada suami dan anak2, jangan bimbang, Mama akan call kalian.  First time tinggalkan mereka lama2.  Dulu pernah juga tinggalkan dorang masa pergi Penang tapi hanya 2 malam aje.  Kali ni 5 hari 4 malam...huhu.  Moga saya tak menangis kerinduanlah kan..hahaha.  Harap suami saya dapat menguruskan persekolahan anak2 dengan baik.  Of course semua keperluan mereka saya perlu labelkan...hari Khamis, hari Jumaat dan sebagainya.  Hari sekolahlah yang paling crucial kan.  

Oh ye...kitorang naik KLM Royal Dutch Airline dan akan berlepas dari KLIA..can't wait.  Meanwhile, take care ye semua.  Again, doakan kami ye.  Miss u oll!!

Friday, January 27, 2012

Makan2 With Geng..

Kejadian dah lama, masa ni mmg set2 nak jumpa tapi saya kata saya bz.  Tup2 saya terpacul..apalagi geng2 pun menjerit sakanlah.  Geng yg ini mmg suka nau buat surprise.  Ni masa makan Cheese Nan..kali ke berapa?  Tak ingat dah..mmg byk kali dah..hahaha.  Sis Iyra and Mummysyafie sekeluarga pun join sekali. 
 Sis Elly bawak boipren kecik....hehehe.
 Me & kids.
 Alamak...rindunya kat Sis Pepel, Amani dan Maktok.  Suami dia takleh ar...hahaha.
 Lepas tu 'hang out' lagi,  pekena Char Kuey Tiow Mali's Corner kat Setapak.
 Nasi lemak dia pun sodap sangat.
 Kali ni Sis Elly bawak boipren besau..hahaha.
Mummysyafie mcm biasa bawak suami dan anak2.  Sis jgn marah Dee letak gambar ni ye.  Btw, I miss all of you including Sis Rasp, Sis Wahida, Sis Amy Sweetdarling and Sis Ayumie.  Rindu nak komen2 kat FB.  Memandangkan kita semua sangat bz, maka minggu depan jelah kita jumpa ye.   Can't wait nak fly together2.  Moga perjalanan kita selamat pergi dan balik.  Amin...